iHeart : Selamat Hari Pekerja!


worker

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua orang yang bekerja seperti aku ini!!!! Uh, seronoknya dapat bercuti dan berehat-rehat di rumah (biarlah sehari saja pun). Dan paling best sebab ada banyak rancangan menarik di TV pada hari cuti sebegini. 

Apa yang buat hari ini special? confuse teapot Sebab hari ini ada sekali saja setahun maka Hari Pekerja ini jadi special sebab hanya pada Mei 01 saja di sambut. Kalau di sambut setiap bulan mesti jadi tak berapa special kan? Hahaha… (walaupun aku rasa semua orang harap Mei 01 tu wujud pada setiap bulan, ngeh ngeh ngeh). 

Macam mana kamu semua habiskan cuti Hari Pekerja ini? idea teapotAku mestilah menghabiskan masa depan YouTube untuk melihat Detective Conan Series (tapi versi Malay lah ya). Gila tengok Detective Conan sekarang aku ni. Tak tahulah kenapa. Kalau tak percaya boleh tanya pada FG. Dia pun tak faham kenapa aku asyik layan Detective Conan setiap kali ada free time. Hahaha…  tv baby 01

Selain Detective Conan, aku juga rajin menonton di YouTube Doraemon Series (Malay juga ya). Klasik tu tengok Doraemon ni. Kan bagus kalau ada Pintu Suka Hati tu, boleh pergi balik KL-SDK ikut suka hati. tv baby 16 Hahahahaha, mulalah berangan terlebih aku ni kalau tengok Doraemon ni. Hahaha…  tv baby 31

Tapi itu tak bermaksud aku abaikan rancangan di TV (walaupun rumah sewa aku ini hanya ada TV 1, TV 2 dan TV 3 saja) sebab aku lihat untuk cuti Hari Pekerja kali ini macam ada banyak rancangan yang menarik ni.  Huhuhu… Apa-apa pun, enjoy hari cuti ini sebaik-baiknya tau! Rehat sehabis baik. Lama lagi nak tunggu Mei 01, 2014 pula tau. Hahaha… 

Pssst… FG buat apa hari ini ya? Kasihan dia, sibuk betul bekerja minggu ini. Mujurlah ada Mei 01 untuk FG rehat sehari. Risau aku kalau dia asyik bekerja sampai lupa makan-minum-mandi-solat. Huhuhu… FG, sila rehat! Awak bukan robot tau!  tv baby 47

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s