iHeart : Dilema Bulan April


Bulan April datang lagi.

Sedar tak sedar setahun bertambah lagi ulangtahun pemergian arwah Mum. Maksudnya untuk 2013 ini sudah 10 tahun aku tidak ber-ibu.bad luck crazy rabbit Aku rasa macam sekejap saja setahun berlalu. Betullah kata orang, kalau kita tidak mengira masa maka masa memang akan berlalu sangat cepat tapi jika kita menghitung masa maka kita akan rasa terseksa menunggu masa berlalu. boohoo crazy rabbit

Dan April 2013 ini aku sambut dengan bacaan doa dan Yaasin untuk arwah Mum di sana. Sejajar dengan ulangtahun kelahiran Mum (April 04) dan ulangtahun pemergian Mum (April 11). Aku tak pasti sama ada adik-adik aku yang currently berada di MLK dapat pergi ke kubur Mum atau tidak, tapi aku yakin mereka juga mengingati Mum dengan cara masing-masing yang aku tidak dapat lihat tapi aku boleh rasa. calm down crazy rabbit

Aku tahu dan sentiasa percaya berita aku berbadan dua ini telah sampai ke pengetahuan Mum di sana. Dan aku pasti Mum di sana gembira mendengar berita yang dia bakal bergelar Grandma tidak lama lagi pada usia 54 tahun (kalau arwah masih lagi hidup) tapi sayangnya aku tak akan dapat melihat riak wajah Mum apabila mengetahui yang aku sedang berbadan dua sekarang ini. boohoo crazy rabbit

Adakah Mum akan menangis gembira mendengar berita ini? dunno crazy rabbit Atau mungkinkah dia akan memeluk aku apabila aku memberitahunya berita baik ini? dunno crazy rabbit Atau mungkin Mum terlalu happy sampai tak tahu nak bagi response apa. dunno crazy rabbit Entahlah, aku pun tak pasti yang mana satu reaksi Mum sebabnya aku tahu yang aku tak mungkin akan dapat tahu yang mana satu response Mum. head crazy rabbit

Aku wonder adakah Mum akan selalu menelefon aku bertanya khabar tentang aku dan baby dalam kandunganku macam mak orang-orang lain juga. flying crazy rabbit Aku wonder soalan apakah yang akan aku terima jika Mum menelefon bertanya tentang kesihatan aku semasa mengandung ni? Mungkinkah sama ada bagaimana alahan aku semasa pregnant ini? flying crazy rabbit Atau mungkin ada apa-apa yang aku teringin nak makan ke?flying crazy rabbit Sebab aku tak akan pernah nak tahu sebab telefon aku tak mungkin akan ada call atau SMS dari Mum bertanya tentang diriku masa aku mengandung ini. nah crazy rabbit

Aku juga tertanya adakah Mum juga akan sibuk-sibuk seperti ibu-ibu orang lain mencari dan memberikan cadangan nama untuk anak lelaki atau anak perempuan. up down crazy rabbit Mungkinkah nama yang diberi itu panjang berjela-jela atau pun hanya ringkas sahaja? up down crazy rabbit Aku tertanya-tanya sama ada Mum akan bercerita pada aku bagaimana dia dulu semasa mengandung memilih nama untuk aku dulu. up down crazy rabbit

Susahnya bila terlalu banyak berfikir ni. Sebab apa pun yang aku fikir semuanya tiada jawapan. Sebabnya aku memang tidak akan tahu apakah reaksi Mum untuk semua soalan yang ada dalam fikiran aku. help crazy rabbit

Itulah malas untuk aku berfikir banyak-banyak tapi kadang-kadang susah untuk membuang perasaan cemburu pada kawan-kawan apabila ibu mereka menelefon bertanya khabar di depanku. dizzy crazy rabbitWalaupun aku tahu aku tidak berhak nak rasa begitu sebab apa yang mereka ada itu memang tidak akan aku dapat galang gantinya lagi. Tapi bila bulan April ini datang, perasaan sebak itu menjadi susah di kawal. Tiada apa yang boleh aku lakukan selain menitiskan air mata sayu. boohoo crazy rabbitSusahnya menjadi perempuan, mudah sangat perasaan emosi terusik. Apatah lagi semasa mengandung ini, tahap kesensitivitian aku menjadi tinggi sedikit berbanding waktu-waktu biasa. shake crazy rabbit

Kadang-kadang bila aku berselisih faham dengan FG, aku menjadi sangat sedih. on jail crazy rabbitYelah, sebab FG satu-satunya tempat untuk aku mengadu nasib tapi apabila kami bergaduh; aku akan rasa lost sebab tak tahu nak cari siapa untuk mengadu. Aku bukannya boleh mengadu pada siapa-siapa atau lebih tepat lagi aku mana ada Mum nak mengadu rasa tidak puas hati. no no crazy rabbitThe only solution yang aku akan buat adalah aku akan solat dan menangis lama-lama sampai tertidur dan mata aku bengkak dan aku demam keesokkan harinya.  sleeping crazy rabbit Pilu tahu tak jika tiada ibu untuk berkongsi rasa apabila kita menghadapi kesukaran. pheew crazy rabbit

Mujurlah perselisihan antara aku dan FG tidak pernah berpanjangan. pheew crazy rabbit Sungguh pun begitu, dalam saat aku nak melepasi masa tersebut; hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu macam mana keadaan jiwa aku tatkala itu. Masa itu memang aku akan cuba bersikap redha menerima ketentuan Ilahi mengenai perjalanan hidupku yang penuh dugaan ini tapi walau macam mana aku elak pun pasti aku akan mengeluh letih dengan dugaan hidupku yang tidak putus-putus. Masa itu sibuklah aku menuding jari pada orang lain dan masa itulah persoalan “kenapa aku” akan terlintas dalam fikiran aku. Allahuakbar. drama crazy rabbit

Apa-apa pun sekarang ini aku cuba mengawal emosi aku (walau pun aku sudah sepeket tisu habis semasa menulis entri ini) sebab aku sedar aku ada baby untuk dijaga.taichi crazy rabbit Walau pun baby dalam diri aku ini belum tahu apa-apa tapi aku sedar yang perasaan aku juga dapat dirasai olehnya. Aku tidak mahu dia stress dan sedih dengan keadaan aku bulan ini. Aku mahu baby rasa tenang dan happy saja.ballerina crazy rabbit Aku mahu Junior rasa disayangi oleh mommy-nya. Yelah, sudahlah aku stress marah-marah dalam kelas jadi takkanlah di rumah juga mahu stress emosi pula. Nanti Junior lahir akan asyik stress pula. Stress pula aku nak menjaga dia nanti. love you crazy rabbit

Psst.. Kepada adik-adik aku yang bakal bergelar Aunty & Uncles, aku tak tahu macam mana perasaan kalian apabila aku memberitahu yang aku sedang berbadan dua. blush crazy rabbitAdakah kalian happy macam aku juga atau rasa terkejut sebab rasa macam aku baru saja berkahwin lepas itu mengandung pula? dance with me crazy rabbitApa-apa pun aku harap kalian happy sebab aku sangat happy bila mengetahui aku mengandung dan bakal bergelar mommy tak lama lagi. Walau pun aku akui yang aku sangat nervous untuk menerima tanggungjawab tersebut tapi aku akan cuba buat yang terbaik. Insya-Allah. patpat dance crazy rabbit

2 thoughts on “iHeart : Dilema Bulan April

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s