iHeart : Gossip-gossip… Ahaks!


enter

Baru-baru ini aku dapat complaint dari salah satu kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) aku di mana menyatakan yang kerja sekolah PSK tersangatlah banyak dan membazir masa belajar mereka kerana PSK tidak masuk dalam SPM pun. Erk!!! bad atmosphere onion head Terkejut aku apabila kena panggil atas alasan tersebut. Yelah, selalu kena panggil sebab cikgu tak buat kerja (tiada latihan) tapi aku ni kena complaint sebab terlalu rajin pula. Nah, pelik tu! bird onion head Ish, sudah memang tanggungjawab aku sebagai seorang cikgu untuk mengajar dan mendidik mereka (biar pun subjek tersebut tiada dalam SPM pun).

Pssst… Tak terkejut aku kalau PSK akan masuk dalam senarai subjek SPM macam Pendidikan Moral yang pada mulanya tiada dalam PMR tetapi wajib ambil bila di SPM sebab ramai yang tidak bermoral apabila meningkat dewasa. Jadi, kalau ramai yang tidak bersivik macam ni, memang no wonder kalau PSK masuk dalam subjek SPM. admire onion head

Dan yang paling best baru-baru ini aku dilawati oleh orang-orang penting pentadbiran semata-mata kerana aku denda pelajar berdiri di luar kelas. bike onion head Actually aku bukan sengaja nak denda pun, aku cuma nak bagi mereka senaman pagi-pagi sedikit (memandangkan jam 6.45 pagi pun sudah tidur siap dengan air liur meleleh lagi atas meja masa aku tengah syiok mengajar, mana tak hangin kan?). Sebab itu bila nama aku naik untuk di lawati oleh semua orang penting pentadbiran atas alasan nak observe minggu depan, aku memang tidak terkejut. Well, susah jadi popular ni. cheer1 onion head

Datang nak observe kelas belakang, what the meaning kan? Nak dalam paper PERFECT tapi datang observe kelas belakang, FULAMAKATAK (agaknya aku boleh buat magic supaya budak-budak tu genius fokus belajar tiba-tiba). Nanti mulalah berhelai-helai kertas weakness aku. Wah, bolehlah tahun depan dapat kelas depan kalau macam tu complaint kan? cheer2 onion head

Masa tu aku wonderlah macam manalah kalau aku denda berdiri atas kerusi. confused onion head Mesti automatic nama aku disenarai hitamkan dan masuk agenda pertama dalam meeting yang dibuat khas untuk membincangkan perihal aku. Hahaha… Gila glamour aku ni kan? Masa ni teringat aku masa si Paul kena panggil sebab suruh berdiri atas kerusi semasa Ujian Lisan tahun-tahun lalu. Ahaks!

Normal kalau ada perempuan bekerja yang pakai stoking warna coklat tu masa bekerja pada siang hari. Jarang akan pakai warna lain sebabnya nak nampak lebih sopan sedangkan ada kalanya sebab pakai adalah untuk mengelakkan blister di kaki. Yelah, sekurang-kurangnya kalau ada stoking tu, percentage nak kena blister di kaki tu akan berkurangan sedikitlah daripada tiada apa protection langsung di kaki. crying2 onion head Jarang ada yang akan pakai stoking hitam memandangkan profesion aku ni tak berapa nak sesuai pakai stoking hitam semasa bekerja (unless aku kerja promoter perfume ke).

Tapi baru-baru ini ada yang pakai stoking hitam membuatkan ada desas-desus berbunyi-bunyi. Yelah, gaya dah macam pramugari pula kan? Aku okay je dia nak pakai apa pun sebabnya itu lebih baik dari dia show off bare legs kan tapi yelah, lain orang lainlah pendapat. Aku yang dengar, senyum-senyum saja. Well, stoking pun nak jadi isu. Agaknya kalau aku pakai trend bunga sekuntum besar di tudung mesti orang nak cakap juga kan? Hahaha… dong onion head

Masa tu aku fikir, mujur dia pakai stoking satu warna. Kalau dia pakai yang warna-warni atau bercorak-corak bunga-bunga nanti, nah pengsan pula kau tengok nanti. Hahahaha… Nanti ada pula yang tulis di FB, “ada orang pakai pelangi di kaki”. Hahaha… evil smile onion head

Cerita gosip seterusnya adalah mengenai CCTV. Oh, sekarang ini banyak dah CCTV. Memang masuk TV sokmo. Especially kat kantin. good job onion head Memang obvious nampak aku makan apa dalam CCTV. Mujur belum boleh pasang microphone je, kalau tak mesti apa aku gossip akan masuk FB. Hahaha… Lawaklah kalau tengok tempat yang dipasang CCTV. Tak macam nak tengok pencuri atau students (takut ada kes buli ke, merokok ke) tapi nak intai-intai cikgu buat apa di sekolah. Ahaks! Tak nak pasang dalam bilik guru ke? Boleh tengok siapa yang online sokmo FB. Hahaha… hehe onion head

https://i2.wp.com/www.taiwandns.com/wp-content/uploads/2011/11/security-badge-15.jpg

Tapi yang peliknya walaupun ada dah CCTV di sekolah, tapi masih lagi ada kes kereta cikgu kena simbah dakwat hitam kaligrafi Cina tu. Aik, tak cukup ke CCTV dan security yang dah di upah oleh sekolah? Nak kena tambah CCTV lagi ke? hypnosis onion head Cakap tentang security, ada satu gossip lain tentang security guard sekolah aku. Ada seorang tu (nama aku tak tahu) dia siap masuk sembang-sembang tentang FB dia dengan cikgu di sekolah dalam bilik guru di mana dalam bilik guru itu hanya ada seorang guru itu sahaja (cikgu perempuan pula tu). Wow, berani tu masuk sembang-sembang cerita tentang FB dan latar belakang hidup dia. Kagum aku tentang kriteria macam mana sekolah aku hire security guard sekolah aku. Itulah, nak cari under budget kan? Hahaha… Tak tahulah peruntukkan sekolah pergi mana kan? hehe onion head

Dan lastly adalah tentang isu spring roll aka popia goreng. Aku tak tahulah sama ada agama lain ada beritahu tentang halal-haram ni tapi kadang-kadang yang haram pun orang twist jadi halal pada zaman sekarang ini. Bukan apa, ada AJK makanan tu dia siap simpan 4 bekas besar untuk dibungkus pulang dan hanya hidang satu bekas saja pada majlis baru-baru ini. Siap bila di tanya pada pelajar yang in charge, “Setiap tahun pun memang kena asing khas untuk cikgu tu bawa balik”. Wow, AJK tu sudahlah belum kahwin (mana tahu dia nak bawa balik bagi anak-anak dia makan ke) dan sampai 4 bekas tu dia bungkus bawa balik. info onion head Aku rasa bukan untuk dia seorang saja tu. Hahaha… Mesti ada geng yang pesan nak bungkus popia dan mestilah bukan aku dalam senarai tu kan? Tapi sampai hati dia buat macam tu. Kami tak puas makan pun popia tu sebab nak ambil banyak pun rasa guilty sebab takut ada yang lain tak dapat rasa. Lainlah cerita kalau kuih tu berlebihan so kalau dia nak angkut bawa balik kuih extra tu aku fahamlah kan. Tapi nak sedapkan hati, mungkin nak sedekah di rumah anak-anak yatim makanan tu. Hahaha… Positif kan aku ni? hot1 onion head

Apa-apa pun ini adalah rahsia kita. Jangan bocorkan pada orang lain. Kalau sudah baca tu, diam-diam saja. Jangan kecoh-kecoh pada orang lain. Nanti aku malaslah nak jadi popular sangat. Aku sudahlah cukup glamour sekarang ini. Hahaha… Nanti kena cop gila glamour pula. Apa-apa pun hidup ini tak lari dari gosip-gosip panas kan? Dan adanya orang macam aku ni, lagi bikin panas kan? Hahaha…  lonely onion head

Pssst… Kalau ada gossip tentang orang lain maka tak mustahillah ada tentang aku juga kan? Apa agaknya tentang aku? Adakah tentang imej aku yang tiada pakai make up kecuali bedak saja? Well, natural beauty kan? Padahal malas nk pakai make up sebab bangun lewat saja aku ni. Hahaha…  lol2 onion head

7 thoughts on “iHeart : Gossip-gossip… Ahaks!

  1. e cig reviews forum says:

    Wonderful article! This is the kind of information that should be shared across the net.
    Disgrace on the seek engines for not positioning this submit upper!

    Come on over and discuss with my site . Thanks =)

  2. Madeleine says:

    Every weekend i used to go to see this web site, for
    the reason that i want enjoyment, since this this web page conations actually pleasant funny material too.

  3. scam says:

    Excellent goods from you, man. I have understand your stuff previous
    to and you are just extremely excellent. I actually like
    what you have acquired here, certainly like what you’re stating and the way
    in which you say it. You make it enjoyable and you still take care of to keep it sensible.

    I cant wait to read much more from you. This is really a great website.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s