iHeart : SPM 2012


Baru sekarang aku nak komen mengenai SPM 2012 kelas 5B. Yelah, nak buat macam mana; aku sibuk sedikit sekarang ini. Jujur aku akui yang aku agak terkilan melihat bilangan A+ tahun ini menurun sedangkan aku tahu yang ramai yang dapat A tu boleh di push untuk dapat A+. Tapi yang sudah lepas biarlah, nak buat macam mana kan?

Tapi kali ini yang aku nak sharing adalah, ini adalah magical bila ada dari kelas 5B dapat score A (walaupun hanya A-) dalam SPM. Yelah, sebelum-sebelum ini sampai naik lenguh mulut aku membebel bagi kesedaran pada mereka tapi “harapan” saja. Sangat seronok aku melihat ada yang dapat A-. Bangga sekejap. Yelah, mestilah bangga sebab 2 tahun aku mengajar; tak sia-sialah mulut aku penat dalam kelas. Tahniah ya pada 3 orang tersebut. (Tak boleh nak type nama, nanti ada pula yang cemburu.)

Tapi yang tak bestnya tahun ini dari 5B ada 2 orang yang GAGAL. Aduyai, last year seorang dari 5B tapi kali ini up pula 2 orang. Risau aku kalau SPM 2013 ini up lagi jadi 3 orang GAGAL. Aku sangat sedih sebabnya aku rasa 2 orang itu tidaklah tak tahu langsung nak buat Sains tapi malas nak belajarlah tu. Ke sekolah pun tidur saja. Aduyai.

Sebab itu sekarang ini aku “bakar” kelas 4B supaya mereka bersemangat nak belajar. Sebab 3 orang yang dapat A- tu pun bukannya dapat A pun masa PMR tapi masih lagi manage dapat A- dalam SPM. Yang penting berusaha keras belajar. Kalau bercerita kosong dalam kelas saja memang “harapan”. Aku harap sangat 4B (SPM 2014) ini lebih ramai dapat A dalam SPM. Insya-Allah. (Aku memang sentiasa positif dan percaya pada pelajar-pelajar aku. Yelah, kalau bukan aku siapa lagi nak percaya pada kemampuan mereka. Apatah lagi aku ini Guru Tingkatan mereka.)

Ramalan untuk 5B SPM 2013 ini, aku rasa bakal ada yang gagal juga memandangkan ada yang memang tidak menunjukkan minat mahu belajar langsung dalam kelas. Tapi ada juga yang akan score ke A (insya-Allah). Apa-apa pun aku berharap agar semua LULUS Sains. Itu pun sudah cukup membanggakan aku. Cubalah ya 5B SPM 2013 ni tau!

Pssst… Untuk pelajar 5C SPM 2012 yang dapat A+ (5 orang), A (8 orang) dan A- (17 orang), aku ucapkan tahniah. Aku berbangga sangat pada mereka terutamanya yang dapat A+ (walaupun aku sudah duga siapa calon-calon A+ tersebut). Sayangnya Cikgu tak dapat berjumpa dengan kamu masa ambil keputusan SPM 2012 masa tu. Tapi apa pun Cikgu amat berbangga dengan keputusan kamu. Moga kamu dapat sambung pengajian ke tahap yang seterusnya dan perolehi kejayaan lagi. Insya-Allah. Overall tiada yang gagal dari kelas 5C, semua pun lulus. Itu pun cukup buat Cikgu tersenyum bila lihat slip keputusan kamu. Tahniah ya. Belajar rajin-rajin lepas ini di tahap seterusnya. Jangan main-main lagi, fokus okay?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s