iHeart : Cuti… Cuti… Cuti…


Wooohooo, seronoknya bila cuti! Boleh bangun lambat dan paling best, rasa relax saja. Apa yang aku nak berkongsi kali ini adalah pengalaman aku ke Kedah buat kali ke-2 bersama-sama FG sekeluarga. rice ball Actually kami ada majlis kahwin di sana. Sepupu FG kahwin. Since masa kali pertama aku datang, masa tu padi baru menghijau (baru naik) tapi saiz XS. Kecil lagi, petak sawah pun berair lagi.panda  Huhuhu, kecewa sangat sebab selalu aku gambarkan dalam kepala (akibat terpengaruh dengan iklan Cuti-cuti 1Malaysia di TV) adalah petak sawah padi yang menguning tu (peh, cantik!).cheetah Jadi masa pergi kali ke-2 ini aku fikirkan aku akan diberi peluang untuk melihat sendiri kekuningan padi di Kedah tapi sayangnya masa aku datang kali ini, bukan petak sawah padi menguning yang aku lihat tapi coklat (sebab sekarang sedang musim membajak nak menyemai benih selepas ini). Arggghhh, kecewa lagi kali ke-2.  Yellow onion headTapi tak apalah, mungkin aku kena pergi kali ke-3 bersama-sama Junior baru boleh nampak padi menguning. Huhuhu… yellow hair girl

231177_304451106326129_1582712684_n

Kali ini juga kali pertama aku ke rumah Tok FG. piece of cake Huh, mengingatkan aku rumah Nenda lama-lama dulu. Retro beb! Aku nak mandi pun tak berapa senang sebab mata asyik melilau sini sana. Hahaha… Rumah lama, biasalah kan lubang-lubang sini sana tu. crazy rabbit Dan aku juga berpeluang menjejakkan kaki di Pantai Merdeka di Kedah. Masa aku datang tu ada majlis Hari Keluarga di sana, ramai tu orang. Nak cari seat memang susahlah. soldier baby

Apa-apa pun, start cuti bila terus-terus kena travel sini-sana memang agak penat sikit. Apatah lagi masa pregnant ni kaki aku cepat lenguh dan berbisa-bisa sakit. Tapi bak kata orang, jauh berjalan maka luas pemandangan jadi bertambah pengetahuan (eh, betul ke begini rhythm falsalah ni?) smiley faces FG ada malam-malam nak urut kaki aku akibat penat berjalan-jalan. Ngeh ngeh ngeh… Bila lagi nak bermanja kan? teapot

Cuti ini juga aku kali pertama makan steak mahal. leaf Hukhukhuk, tapi lembutlah daging di Tony Roma’s. Tak sia-sia satu set cecah RM 80. Tapi memang puas hatilah cuma nak makan selalu tu memang tak boleh lah… Hehehe…. Mujurlah makan sebab celebrate birthday FG, kalau tak memang aku tak masuk kedai ni. blacko

1077acf4776a95840c45447b639a24d6

Cakap tentang birthday, masa cuti ini juga aku berpeluang meraikan birthday Atun (adik FG) di TGI Friday. Makan steak lagi. Hehehe… Hohoho, tapi Tony Roma’s steak sedap lagi (harga pun mahal lagi). Ini pun satu lagi kedai aku 1st time makan. Huhuhu, kampong betul aku ni kan? mouse girl

Pssst… Kami pergi makan di Kedai Chop & Steak di Kg Baru juga. Hahahaha… sayang tak dapat port yang best sebab ramai sangat orang masa tu. Tapi cuti kali ini asyik makan daging saja. Mana tak bulat pipi dan perut aku. Hahaha… pink cat

Ops, lupa pula. Thanks to FG yang susah payah bawa juga aku pergi makan di tempat pelik-pelik (semata-mata nak makan ABC – air batu campur) walaupun dia penat sebab semuanya pergi masa hari bekerja dia.white cloud Sudahlah dia balik malam dah, kena pula drive jauh-jauh bawa aku pergi makan. text line Hahaha… tu yang best masa mengandung ni, nak makan di mana semua di layan. Hahaha… Lepas tu mulalah dengar aku complaint berat dah naik, baju dah sendat. Hahaha…  smileys

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s