iHeart : Oh pen merah…


Naik cuti seminggu, ada perkara yang tidak menarik menunggu iaitu beberapa gunung Everest  scared pink mouse buku untuk di semak (dan itu tidak termasuk kertas eviden PBS). Yelah, aku dah janji pada pelajar untuk menyemak buku kerja mereka selepas cuti dan guess what, ada 4 class aku kena semak buku kerja sahaja. Hahahaha… Yuuuhhuu, that’s why I love my career. cheerleader pink mouse

Jadi, aku rasa macam kena standby pen merah banyak untuk menanda semua buku kerja, kertas-kertas eviden dan mestilah buku latihan yang memang sentiasa masuk setiap minggu untuk disemak. Wow, jangan tanya macam mana keadaan meja aku selepas cuti ni. Aku pun rasa seram nak duduk di meja kerja sendiri lepas ni. faint pink mouse

Dan, mesti tak boleh nak lupa adalah aku kena sediakan soalan Peperiksaan Pertengahan Semester (I) yang kali ini aku kena sediakan 3 set soalan. Yeah, nanti nak stapler kertas lagi. Bestnya kerja aku selepas cuti ni!!!! bored pink mouse

Aish, macam merungut & mengeluh semacam saja entri aku ni kan? Tapi hakikatnya kerja aku memang tengah banyak ni (sampai masa cuti pun fikir hal kerja). Ini belum cerita yang kena key-in markah online (SAPS & SPPBS). SPPBS sudahlah kena key-in masa cuti sebab asyik tunda tarikh key-in. Ngada-ngada betul sistem SPPBS ni. cockroach killer pink mouse

Arrgghhh… Aku ingat 24 jam pun tak cukup sehari nak siapkan semua kerja aku ni. Hahaha… cold pink mouse

Tapi apa-apa pun yang paling sepanjang April ini ada saja majlis sekolah kena attend pada setiap Sabtu. Wow, kerja 6 hari seminggu (best tu). hidden pink mouse

Jadi kalau ada orang yang nak complaint tak puas hati dengan cikgu sebab asyik naik gaji tapi cuti memanjang, apa kata ganti sebulan kerja aku mesti akan tahu betapa 24 jam tak cukup pun nak settle kan semua perkara. sad pink mouse

Sudahlah perangai students seorang-seorang cukup punya baik. Ish, time aku pregnant macam inilah nak naik tanduk. Belum lagi tengok tanduk aku panjang mana lagi kan? Siaplah, tunggu aku habis berpantang lepas bersalin nanti. Tahulah kalian langit dengan Bumi tinggi atau rendah. devil pink mouse

Pssst… Untuk cikgu-cikgu yang nak apply pertukaran penempatan sesi Jun 2013 ini, silalah online segera ya. Borang sudah buka sepanjang April ini. Hehehehe… writer pink mouse

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s