iHeart : Happy Birthday My FG!!!!!!!!


Happy Birthday My FG!!!!!!!!!!!!  Surprise tak dapat delivery hari ini di pejabat? Hahaha… Mesti ada yang usik FG di pejabat hari ini kan? Hahaha… Mujurlah birthday setahun sekali, kalau tiap-tiap bulan maka tak laratlah aku nak delivery macam ini.

https://i1.wp.com/flowerpicturegallery.com/d/4201-2/elegant+red+roses+wedding+bouquet.jpg

Kali ini aku delivery roses (itu wajib) dan kek Secret Recipe!!!  Huhuhu, walaupun aku yakin FG tak mampu nak habiskan semua kek itu seorang diri tapi memikirkan dia dapat makan sepotong kek itu pun sudah cukup menggembirakan aku. Tahu tak apa yang sweetnya kek tersebut? Itulah kek Secret Recipe pertama yang kami makan bersama. Aku tak pasti sama ada FG ingat atau tidak tapi aku mestilah ingat (sebab itu antara my fave Secret Recipe Cake!).

Dengki rasanya bila fikir FG makan kek itu tanpa aku di sana (biasalah, PHD aku pada FG memang tinggi sokmo). Kena claim kek bila jumpa FG nanti ni! Hahaha…

Macam tak ikhlas pula bunyinya aku ini kan? Eh jangan fikir bukan-bukan ya, apa pun yang aku buat; aku memang ikhlas tau!

Aku tak pasti kek tersebut sempat sampai ke rumah atau tidak (sebab aku tak tahu sama ada di pejabat FG ada peti sejuk atau tidak dan sama ada kawan-kawan FG akan menjeling-jeling bagi signal nak minta sedikit kek atau tidak) tapi yang penting motifnya FG dapat makan. Yang lain tu tak berapa nak penting. Ngeh ngeh ngeh… Tapi aku pastilah yang roses tu mesti sampai ke rumah punya. Hahaha…

Hadiah? Well, FG tak inform apa-apa lagi. Katanya masa jumpa nanti baru nak beritahu. Berdebar pula aku kalau dia minta benda pelik-pelik. Mana la tahu, aku yang mengandung tapi dia pula yang lebih-lebih mengidam. Susah juga tu. Hahaha… Tapi seriously memang tak sabar nak jumpa FG. Cepatlah masa berjalan. Letih pula aku nak tunggu seminggu lagi. Hahaha…

Pssst… FG, I love you!

2 thoughts on “iHeart : Happy Birthday My FG!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s