iHeart : Semangat Nak Cantik


Masa zaman aku mengandung ni, especially 3 bulan pertama tu memang aku tak larat nak mengemas diri. over look white cloud Pakai bedak sekadar wajib saja. Nak pakai foundation memang haram sebab aku tak larat nak clean up face aku lepas balik kerja. happy white cloud Rambut janganlah cerita. happy white cloud

Bila aku balik cuti masa seminggu CNY tu, bukan kata FG terkejut tengok aku malah keluarga aku di MLK pun nak pitam tengok keadaan rambut aku. Punyalah nak cerita tahap malas gila aku nak kemaskan rambut sendiri. bird onion head

Sampaikan tak pernah-pernah Nenda merungut tentang rambut aku, kali ini dia suruh aku pergi potong rambut.  cheer1 onion head Nah, nampak sangat serabai rambut aku. Hahaha… Tapi tak juga aku pergi ke kedai gunting rambut memandangkan masa cuti CNY kebanyakkan kedai tutup. Jadi rambut aku terselamatlah.  cool onion head

Jadi, bila dah 4 bulan ni, aku dah tak muntah-muntah lagi jadi aku segera mengambil peluang emas ini untuk membaiki semula rambut dan muka aku. embarrassed4 onion head Yelah, aku rasa permukaan Bulan pun lagi okay dari muka aku. Sebab aku tak berapa rajin nak menjaga diri kan masa 3 bulan mengandung tu. Hahaha…  hehe onion head

Jadi, aku mulalah mencari semula serum repair rambut dan muka.  lol2 onion headTime-time sekarang inilah aku rajin pakai lotion setiap hari. Hahaha… Masa inilah aku realize betapa tak bergerak barang seinci pun barangan kecantikan aku di atas meja solek tu. Nampak sangat aku tak berapa nak endah tentang kecantikan aku masa mengandung ni. Hahaha…  relax1 onion head

Psst… Aku rindukan barangan kosmetik aku di KL. Huhuhu, nak bawa datang ke SDK agak leceh pula. Ah, stress!!!  sigh onion head

Untuk FG : Sila jangan cut my hair. I can manage my hair sekarang ni. Ngeh ngeh ngeh…  victory onion head

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s