iHeart : Doakan Keselamatan Aku Di Sini


Berikutan kekecohan di Lahad Datu & Semporna maka Ujian Setara 1 sekolah aku juga berlaku kekecohan apabila ibu bapa datang berpusu-pusu mengambil pulang anak mereka semasa Ujian Setara 1 berlangsung. Seminggu kena tunda Ujian Setara 1. Sampai ada guru yang kena set semula soalan. Sangat menyusahkan. crazy monkey 170

Apa-apa pun aku tak nak comment lebih-lebih kes di LD & Semporna tu. Sentiasa aku berdoa dan berserah kepada Allah s.w.t untuk melindungi semua di SBH ini. crazy monkey 165 Tapi kepada keluarga mereka yang terkorban, aku ucapkan takziah. Semoga Tuhan merahmati jasa-jasa mereka mempertahankan Malaysia (tak nak guna SBH sebab SBH adalah negeri dalam Malaysia), tanah tumpah air kita. crazy monkey 065 Wah, patriotik tak aku ni?

Tapi kes kali ini memang menyusahkan ramai pihak. Aku yang nak mengajar pun jadi haru-biru (terutamanya nak buat PBS). crazy monkey 080 Mujurlah aku ini penyabar orangnya (saja nak puji diri sendiri). Kepada pelajar-pelajarku, silalah balik ke sekolah untuk menyambung pelajaran kamu. Rugi tak datang sehari, kami (guru-guru) tidak menunggu kamu tahu tak? crazy monkey 106

Dan kepada keluargaku di MLK & KL (especially FG), aku tahu kalian risaukan keadaan aku di sini tapi percayalah pada pentadbiran Malaysia untuk menangani isu ini dan berdoalah untuk keselamatan aku di sini.  crazy monkey 114 Insya-Allah, berkat doa semua maka isu di sini akan berakhirlah. Kuasa Allah s.w.t kita tak boleh lawan tau. Percayalah yang Allah s.w.t tahu apa yang berbaik untuk aku di sini. Kalian berdoalah untuk keselamatan aku dan percayalah pada qada & qadar Allah s.w.t. crazy monkey 066

Pssstt… Kedengaran macam positif saja aku ini kan? Tapi rutin harian aku di sini masih lagi sama. Cuma doa aku selepas solat saja semakin panjang. Macam-macam aku doa. Hari-hari aku SMS FG minta maaf. Huhuhu… Esok lusa, aku pun tidak tahu apa akan berlaku. crazy monkey 077

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s