iHeart : Diari Mom-To-Be


Aku 1st time buat check up di SDK adalah di klinik swasta. Yelah, tak mungkinlah aku nak ke klinik kerajaan memandangkan procedure di sana agak melecehkan berbanding dengan di swasta. ballerina crazy rabbit Dan itulah kali pertama aku tengok embrio dalam uterus aku sendiri. flying crazy rabbit Indahnya ciptaan Allah s.w.t tak boleh nak story. Bayangkan hilang segala mabuk pening mual yang aku alami bila tengok Junior dalam ultrasound tu. Biarlah masa tu saiz baru 4 cm. Kecil saja kan? smooth crazy rabbit

Kemudian kali ke-2 aku pergi adalah pergi check paras gula dalam darah. patpat dance crazy rabbitAlhamdulillah parasnya adalah normal. Aku sangat berterima kasih pada Azy sebab sanggup dua kali pergi balik ke klinik bawa aku dan Wani untuk kali ke-2 pemeriksaan tu. blush crazy rabbit

Dan kali ke-3 aku pergi lagi unik. Aku rasa nak menangis gembira tengok macam mana Junior dalam placenta actively gerak sini sana. happy dancing crazy rabbitMasa tu aku fikir, bilalah aku boleh nak rasa pergerakan dia ni. Sebab active sangat! yesss crazy rabbit Sangat excited aku jadinya bila tengok dia gerak-gerak tau. Masa tu aku rasa excited sangat nak tunjuk pada FG tapi masa cuti CNY tu kami terlalu sibuk dan tiada masa ke klinik jadi FG belum lagi dapat tengok Junior. Tak apalah, cuti Penggal 1 nanti aku akan pastikan FG dapat tengok dan paling best cuti itu dalam Mac. Jadi makin bersejarahlah bulan Mac dalam hidup kami. teehee crazy rabbit

Apa-apa pun aku sangat happy dan tak sabar nak jadi mom. Hari-hari aku pegang perut aku sebab tak sabar nak rasa pergerakan Junior tapi belum lagi. Lagilah aku berdebar kan? taichi crazy rabbit Nanti bila check-up seterusnya aku akan update lagi. Hehehe… Mana tahu lain kali aku akan inform jantina Junior pula? Ops, ke nak surprise? Hahaha… yeah crazy rabbit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s