iHeart : Kerja @ 2013


Selamat Tahun Baru 2013. Tak sudah-sudah aku ucap Selamat Tahun Baru kan? Apa mahu buat, mood tengah berapi, macam inilah semangatnya. Aku rasa ini mestilah sebab aku datang awal sangat di SDK (Dis 25) padahal meeting Dis 27. Hahaha, apa mahu buat sebab hari itu saja yang tiket affordable. Hikhikhik…

Wah, aku macam tak percaya kali ini aku dapat berjaga dan mendengar bunyi bunga api di SDK (sebab selalunya setiap tahun aku pasti tertidur menunggu detik Januari 01).

Tahun ini dimulakan dengan hujan yang turun dan aku tak pasti macam mana konsert ambang tahun baru di SDK ini dalam keadaan hujan macam ini. Tapi aku lihat dalam televisyen di KL (Dataran Merdeka) cuaca tidak seperti di sini, syukurlah. Tahun ini aku tidak sendiri (selain Azy ada juga dengan aku di Sunny) sebabnya aku ada Jr dalam perut ini menemani aku walaupun aku berharap FG ada dengan aku. Aku tak pasti FG di KL macam mana, tapi aku rindukan dia. Harap-harap semuanya okay tahun 2013 ini, insya-Allah.

Impian 2012 aku banyak dimakbulkan dan aku dikejutkan dengan perkara yang diluar jangkaan aku juga. Jadi tahun ini aku kena lebih matang memandangkan aku akan bergelar “Mommy” dan perancangan aku kena lebih tersusun daripada 2012. Kalau ada 5 perkara yang aku akan listkan dalam 2013, rasanya mestilah isu duit adalah no2 (sebab mestilah FG no1 kan?). Aku terasa yang 2013 ini aku perlu manage duit aku dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelum-sebelumnya. Pening tu!

3 perkara yang lain adalah pengurusan lain yang aku masih samar macam mana aku nak buat tahun 2013 ini. Tapi aku yakin bila tiba masanya kelak, aku pasti tahu nak buat apa. Apa-apa pun nak sampai ke detik itu memang berdebaranlah seluruh sel dalam badan aku memikirkannya. Aduyai memang cepat berubanlah aku kalau asyik memikir macam ni. Hahaha…

Apa-apa pun sekarang ini sudah mulai start bekerja dan tugas aku pada tahun ini masih lagi seperti sebelum-sebelum ini iaitu pastinya Guru Tingkatan cuma kali ini kelas 4 B. Aku juga telah bertukar Guru Penasihat Unit Beruniform Pengakap (sebelum ini Pandu Puteri). Yang lain masih lagi sama. Dan tugasan baru iaitu AJK Kebajikan (I have no idea) dan AJK Makmal sudah dilucutkan daripada aku. Tahun ini juga aku kembali mengajar subjek Pendidikan Moral dan kali pertama mengajar Pendidikan Sivik. Sains tu memang ada jugalah setiap tahun. Nervous jugalah nak ajar Tingkatan 1 memandangkan ada PBS yang aku masih tidak biasa lagi mengendaliannya. Tak kisahlah apa pun tugas yang diberi, aku akan cuba yang terbaik melakukannya. Insya-Allah.

Namun begitu, memandangkan tarikh deliver Jr adalah Julai 27 maka aku berkemungkinan hanya mampu berkhidmat memberikan sehabis baik tugasan yang diberi sehingga Mei 24 sahaja. Yelah, selepas ini aku akan bercuti memandangkan nanti tidak boleh lagi nak terbang semasa sarat mengandung. Jadi, maaflah kawan-kawan di SDK, rezeki Allah bagi bukan aku rancangkan asyik bercuti setiap tahun. Yelah, bila fikirkan kembali hanya pada tahun 2011 sahaja aku bekerja full a year (dari 2010-2013). Well, bukan aku yang pinta mahu cuti sokmo ya. Maaflah kalau menyusahkan ramai pihak. Tapi itu bukan mahuku.

Cakap tentang akan cuti bersalin ini, habislah sekolah aku nanti sebab bukan aku seorang sahaja yang akan bercuti selepas Jun tapi ada lagi cikgu-cikgu lain yang turut akan mengambil cuti bersalin (hahaha, lebih kurang 7 orang termasuk aku). Kelam kabutlah sekolah aku selepas ini (sebab sekarang ini pun cikgu sudah tidak cukup). Aku berharap ada cikgu baru akan sampai ke sekolah aku nanti memandangkan kami ketiadaan guru sekarang ini. Amin.

Pssst… Wani masih lagi belum sampai di SDK, mengamuklah Boss minggu pertama ini. Hahaha…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s