iHeart : 2013


Aloha! Wah, macam aku di Kepulauan Hawaii pula nak beraloha-aloha padahal duduk Malaysia saja pun.   Bukan apa, aku jadi terlebih excited bila memikirkan tahun 2013. Okaylah, tukar tone greeting, Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia (merangkap Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Selamat Tengah Hari, Selamat Petang, Selamat Malam) aku ucapkan pada semua pembaca wordpress. Wow, sedar tak sedar dah habis berlalu setahun. Hohoho… Macam-macam telah berlaku kan?

Anyway, aku cuma nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua orang (tidak kiralah bangsa, agama, budaya, negara). Hopefully 2013 akan lebih bawa banyak kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup kalian seperti hidup aku juga (amin).

Bila masuk tahun baru, tak sah kalau tiada azam baru. Tapi masalahnya azam lama tercapai ke? Nah, kalau macam ada sesetengah kawan aku yang masih single tu, bagus azam tahun ini kalian ada commitment dengan someone special. Bukan paksaan tapi kalau asyik sibuk bekerja, bila pula nak mendirikan rumah tangga? Ops, jangan marah kalau ada yang terasa. Sengaja tak nak tulis nama sebab orang itu tahu-tahu sendirilah kan?

Untuk yang baru mendirikan rumah tangga, sila jangan gaduh-gaduh ya bila sudah serumah tu. Masa inilah Tuhan nak menguji tahap kesabaran anda level mana. Well, kan orang cakap “sabar itu separuh dari iman”. Jadi, banyak-banyakkan bersabar tau.

Untuk yang on the way menerima orang baru tahun 2013 ni (macam aku), mesti seronok kan? Yelah, nanti boleh belajar shopping baju kanak-kanak pula (starting dengan baby’s clothes). So, barangan sendiri kena hold dulu ya sebab preparation untuk orang baru tu memang sangat memakan duit yang banyak. Sila start menyimpan duit. Hohoho…

Untuk yang sudah lama mendirikan rumah tangga, mungkin azam kalian sudah lebih besar (macam rumah, kereta etc). Aku doakan hajat kalian tercapai. Insya-Allah.

Apa-apa pun, azam aku masih lagi FG comes 1st. Yelah, ngamuk dia kalau aku letak baby’s 1st. Jealous la tu. Jadi, nak tak nak kena letak dia dulu baru boleh baby. Sabar je lah kan?

Okaylah, Selamat Tahun 2013. Selamat memulakan kerja dengan penuh integriti dan bertanggungjawab bagi membangunkan negara dan bangsa. Amin.

Psssstt… Since website yang aku guna icon-icon comel tu sudah tutup maka 2013 aku menukar ke website lain yang tidak kurang juga comelnya. Harap-harap kalian suka dengan icon-icon baru ini. Enjoy!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s