iHeart : Memori Aku Dengan Kucing


Semua orang pastinya akan ada seekor haiwan yang akan diminati dan mostly memanglah kucing kan (dan anjing kalau yang bukan beragama Islam)?MySpace Tapi kalau kucing boleh jadi haiwan yang diminati maka kucing juga boleh jadi haiwan yang paling di anti (untuk sesetengah orang). Dan aku? Well, tidaklah aku ini tergolong dalam orang yang akan membela kucing tapi tidaklah juga aku tergolong dalam orang yang tidak suka kucing kerana aku dengan kucing ada sejarahnya sendiri yang buatkan aku tidak rasa nak bela dia tapi tak pula benci pada dia (50-50). MySpace

Dulu arwah Mum ada bela kucing dan ada saja gambar aku dengan kucing (yelah, bukannya aku anti-kucing pun).MySpace Alkisahnya macam mana aku boleh tak so into kucing adalah, apabila masa aku sekolah menengah dulu dan kucing yang Mum bela itu namanya Tompok, dia telah melukakan hati aku dengan memakan Cadbury aku satu bar sampai habis semasa aku tengah seronok tertidur di depan televisyen. MySpace

Aku ini sungguhlah gilakan coklat dan tak peliklah kalau aku tertidur semasa makan coklat. Tapi dek kerana kucing yang mencabar kesabaran aku tu kerana dia dengan beraninya memakan (sampai habis pula tu) Cadbury aku semasa aku tengah tidur sedangkan sardine (makanan kucing dalam tin) dia ada saja lagi dalam bekas makanan dia.MySpace Uh, berasap kepala aku apabila aku terjaga dari tidur dan mendapati Cabury aku m.i.a dan mulut Tompok penuh dengan coklat! Come on lah, dah buat salah tu silalah bersihkan mulut tapi siap tayang-tayangkan lagi sisa-sisa coklat di mulut dia tu.MySpace Anginlah aku kan?

Jadi sebagai balasannya aku potong misai dia sebelah (tanda protes). MySpaceMum cakap kalau kita potong misai dia, kucing akan jadi penakut so aku potong misai dia dengan harapan dia akan bertaubat dengan kesilapan dia. Tapi apa yang berlaku adalah, dia semakin menunjuk berani. Dan semakin hebatlah perang dingin kami. MySpace

Bayangkanlah apabila aku pulang dari sekolah dan dalam bilik aku (di lantai) berterabur bulu burung dan darah burung tu ada kesan seret dari luar sampai dalam bilik aku. Hysteria aku tengok darah, bulu dan burung dalam bilik aku. MySpaceOh Tuhan, masa tu aku memang tak boleh nak fikir apa lagi. Rasa macam nak rebus dia hidup-hidup saja.

Maka sejak itu kami telah berperang sehinggalah dia hilang dari rumah. Dia hilang pun sebabnya Mum pergi berkursus dan tiada di rumah maka sepanjang Mum tiada di rumah maka dia tidak pulang juga ke rumah kerana dia tak suka tengok aku (mungkin) dan akhirnya bila Mum pulang dari kursus dia tidak juga pulang maka aku andaikan dia sudah ada penjaga baru yang tahan dengan kerenah dia yang mungkin melayan dia lebih baik dari aku melayan dia. MySpace

Maka lepas itu Mum menukar haiwan pula kepada ikan laga. Dan syukurlah ikan tidak boleh makan coklat kalau tidak mestilah aku goreng ikan tu. Hahaha… MySpace

Anyway, entri kali ini aku nak tulis adalah pengalaman sebenar aku yang menunjukkan kerana kucing juga; perang saudara boleh meletus (berlaku pada aku dengan my Mum di mana Mum salahkan aku apabila kucingnya tak balik-balik ke rumah dari dia berkursus, tragic kan?).MySpaceMySpaceMySpace Aku menasihatkan pada sesiapa saja yang ada membela kucing supaya menjaga betul-betul kucing anda. Pastikan bahan buangan di buang dan dibersihkan dengan cara yang betul kerana takut ini akan menimbulkan rasa tidak selesa pada jiran-jiran berdekatan dengan kawasan perumahan anda. Dan kalau boleh, sangkarkan kucing anda supaya dia tidak masuk ke rumah orang lain mencuri makanan orang. MySpace

Bukan apa, ini kisah benar. Kucing adalah golongan yang subur sepanjang tahun dan mampu melahirkan anak sehingga 8-10 ekor sekaligus.MySpace Dan kucing juga cepat membesar dan jenis pandai survive mencari makanan (susah nak mati punya). Kucing akan mark (dengan air kencing dan muntah) tempat yang dia senang cari makan dan akan selalu melepak di kawasan tersebut dan membuat territory tersebut sebagai rumahnya. MySpaceJadi kalau rumah anda ada yang sudah cuba memberi makanan kepada kucing maka tidak peliklah kalaulah selepas itu kucing tersebut berpindah di rumah anda dan membuat rumah anda seperti rumah penjaganya. Jadi kalau tak nak ada kucing beraja di rumah anda maka silalah jangan pernah bagi makanan pada kucing (walaupun sebenarnya itu hanyalah sisa-sisa makanan yang anda bagi sebab tak nak membazir buang dalam tong sampah tapi kucing tidak dapat fikir begitu ya?). MySpace

Jadi, sebaik mana pun hubungan persaudaraan itu tapi apabila ada satu peluang kecil untuk Iblis mencucuk jarum kejahatan; kalau tidak kentalkan Iman mestilah bergaduh besar punya kan? Aku tak tahu nak pesan apa, tapi untuk pihak-pihak yang menjadi mangsa atau pemangsa (atau sebaliknya – bergantung kepada pemikiran masing-masing) untuk perang saudara hanya kerana kucing, MySpacesilalah fikir-fikirkan semula sama ada berbaloikah anda berperang saudara kerana seekor haiwan yang tidak faham apa yang sedang anda perangkan?

Pssstt… Mujurlah aku not so into kucing kan? Kalau tidak mestilah sudah mengasah pedang aku nak berperang saudara kan disebabkan seekor kucing? Hahahahaha… MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s