iHeart : Attention!!! Aku Pregnant!!!!


Terkejut tak baca title entri aku kali ni? MySpace Hahaha, jangan terkejut sebab ini perkara betul ni. Kalau tak percaya boleh tengok gambar yang FG snap untuk ujian hamil yang kami beli di Watson. Hahaha…MySpace Tapi ops, tu bukan urine ya? Untuk di ambil gambar maka urine sudah kena throw away (hahaha). Itu air pili paip biasa saja tapi bacaan yang ada tu tak bagi kesan pun (sebab dia sekali guna saja) walaupun tukar airnya. MySpace

photo

Apa maksud dua jalur? Itu maknanya positif hamil.MySpace Kalau satu jalur saja yang kelihatan maka negatif hamil.MySpace Aku pun baru tahu masa nak buat test masa tu. MySpaceSo basically perempuan yang disahkan mengandung di klinik sebenarnya kebanyakkannya dah buat ujian sendiri di rumah pun (macam aku).MySpace Sebab lepas tu aku ke klinik untuk double comfirm (walaupun actually aku tahu memang positif pun) dan untuk mengetahu estimate weeks pregnancy aku. MySpace

So soalan pertama yang doktor akan tanya adalah, “Bila tarikh period terakhir?”.MySpace See, tu memang basic question. Sebab itulah aku selalu marah Ain kalau dia tidak peka dengan tarikh period dia.MySpace So kalian pembaca pun perlulah peka dengan tarikh period anda (tak perlu semua hari tapi cukuplah marking hari pertama saja). MySpaceJadi, dari tarikh akhir period dia akan estimate berapa minggu kandungan dan bila bayi akan lahir. Macam aku masa aku ke klinik tu, doktor beritahu sudah 6 minggu macam tu. Hahaha… Macam tak percaya kan? MySpace

Macam mana perasaan aku dan FG bila dapat berita ini? Gila tak nervous!!!MySpace Masa tu soalan pertama muncul dalam kotak fikiran aku adalah, “Sudah bersedia menjadi Mum ke?”. MySpaceTapi dalam masa yang sama aku happy (sampai senyum ke telinga).MySpace Nah, FG pun sama. Susah nak cakap, bermacam-macam perasaan ada. Yelah, sebelum ini kami baru berbincang dan buat planning 2013 dan surprise; planning kena edit lagi.MySpace Apatah lagi tarikh dijangka lahir adalah pada bulan Ramadhan (di mana kami sepatutnya honeymoon di Jerman pada 2013 tu) maka nampak gayanya kena postponed rancangan tu kan?MySpace

Orang pertama aku inform adalah adik-adik aku. Gila happy nak jadi Uncles & Aunty.MySpace Aku siap pesan, “Raya ni kena standby aku duit raya tau”. Huhuhu…MySpace Lepas itu aku call Nenda dan ada ke patut response dia adalah, “Kau jangan nak tipu aku, kau selalu saja cakap KAU MENGANDUNGI LEMAK”. Hahaha… MySpaceSiot lah kan Nenda cakap macam tu (nampak sangat aku ini kaki kenakan dia kan?).MySpace Lepas aku beritahu Nenda terus banyak SMS masuk dari semua Pakcik & Makcik aku ucap tahniah. Happylah tu nak jadi GrandPa & GrandMa. MySpace

Dan actually aku selepas tu rasa nk tweet saja di Twitter atau update status di Facebook tapi apabila memikirkan apa guna aku ada blog kalau aku tak gunakannya jadi aku pun ambil keputusan nak umum beritahu kawan-kawan melalui entri di WordPress saja. MySpaceKalau kalian subscribe atau memang mengikuti maka akan update life aku macam mana. Kalau tidak, apa mahu buat; you’ll be the last to know lah kan? Tapi actually walau aku update di WordPress pun, Twitter dan Facebook aku akan update juga kan? So, suppose tiada masalah kan? MySpace

Tentang FG pula, mula-mula mestilah beritahu pada Mak (dan kemudiannya Mak beritahu pada Abah). Tahu tak apa jawapan Mak bila aku beritahu dia? Macam ini cara aku beritahu dia. MySpace

D : Mak, kami baru balik dari klinik. Doktor cakap…

Mak : Positif pregnant ya? Berapa minggu dah?

Nah, ternganga aku dengar.MySpace I mean macam mana Mak tahu kan (sebab aku pun tak perasan). MySpaceApa-apa pun lepas tu barulah kami beritahu adik-adik FG. Hazwan & Rahimah excited dengar. Response Rahimah, “Wah, ini rezeki ni. Mana tahu dapat pindah lepas ini.” Masa tu aku pun terfikir, iya kan? Mana tahu rayuan aku diterima (rezeki budak). Hahaha… MySpaceResponse Atun lagi kelakar. Aku beritahu dia macam ni. MySpace

D : Atun, nanti bakal jadi Aunty.

Atun : Eh, kenapa pula? Atun muda lagi. Tak nak lah jadi Aunty. Eh jap, akak pregnant ke?

Aduyai, sakit perut aku ketawa dia reply macam tu.MySpace Naim pun gelak gila-gila bila aku mention dia bakal jadi Uncle. Nah, lawaklah adik-adik FG ni.MySpace Apa-apa pun, aku tak dapatlah nak beritahu pada Asraf (sebab dia di Jerman). Mesti dia happy sebab sebelum balik Jerman dulu dia ada mention tak nak balik Malaysia kalau tiada “orang baru”. Sekarang ini kenalah dia balik sebab sudah bakal ada new comer before dia sampai Malaysia nanti. Tapi sayanglah sebab aku tak dapat nak berjalan-jalan di Jerman (seperti yang aku tengok dalam tv tu). MySpace

Dan aku percaya Mak & Abah mesti sudah beritahu semua family yang lain tentang new comer ni. Yelah, Abah & Mak nak dapat cucu kan? Mestilah excited. Macam Nenda aku yang nak tukar jadi Moyang sebab dapat cicit. Yelah, aku faham sebab aku pun rasa macam nak beritahu semua orang through TV3 saja (hahaha). Mungkin inilah feeling nak jadi Mum kan? MySpace

By the way masa ke klinik tu doktor bagi aku pil folic acid untuk aku makan selama awal 3 bulan ni. Dan pesannya akhir Januari aku sudah boleh ke hospital untuk pemeriksaan.MySpace Dan yang paling doktor tu kagum dengan aku ialah sebabnya aku tidak mengalami mual-mual yang kebanyakkan perempuan alaminya pada awal proses hamil (dan FG pun tidak ada apa-apa juga). Alhamdulillah lah kan, kalau tidak macam manalah aku nak buat kerja seharian kalau mabuk-mabuk. Huhuhu… MySpace

Mungkin sebab itulah aku tidak notice pun yang aku pregnant (sebab tiada sebarang symptoms dan selera makan aku pun laju saja) kecuali aku asyik pening kepala, demam selsema dan tak sedap badan beberapa minggu ini.MySpace FG pun demam sebab tumbuh geraham bongsu terakhir (sebab itulah tiada hint yang menunjukkan aku ini hamil). Tapi aku ada notice perubahan badan aku (jadi buncit melebihi buncit level biasa). Tapi masa tu aku fikir sebab aku banyak makan (masa cuti memang badan mudah naik). Yelah, sampai nak pergi ke majlis orang kahwin pun aku punyalah susah payah pakai korset. Hahaha… Tapi baru sekarang aku tahu sebabnya badan aku naik macam belon (hahaha). MySpace

Anyway, bila dapat berita gembira macam ini aku terfikirkan arwah Mum. Mesti dia happy bila dia tahu dia bakal jadi Granny kan? MySpaceBagusnya kalau dia ada di sini untuk aku bila aku dalam pantang nanti. Tapi realitinya mestilah dia tiada kan? Apa mahu buat, itu takdir Allah s.w.t untuk kehidupan aku.MySpace Mungkin ada hikmahnya yang aku tidak perasan. Aku ingat nanti kalau balik ke MLK, aku nak singgah pusara Mum nak beritahu dia yang aku hamil. Mesti dia excited nampak aku kunjungi dia kan? Yelah, aku sentiasa yakin walaupun Mum sudah pergi tapi rohnya masih ada melihat kami (anak-anaknya). MySpace

Dengan ini maka 2013 ini aku yakin semua kedai di pasar raya aku aku masuki untuk window shopping. Huhuhu, gila tak?MySpace Dulu kedai macam ini tak pernah masuk pun, sekarang ini kenalah intai-intai. Sudahlah barangan budak lagi mahal dari barangan dewasa (oh tidak!).MySpace FG, sila kerja kuat!!! Huhuhu… Banyak kita nak pakai duit masa 2013 ni. MySpace

Pssst… Since aku pun tak sangka aku pregnant sekarang ini maka aku sebelum ini sudah tempah movie 6D untuk aku dan FG. Konon, nak tengok masa Krismas.MySpace Bila sudah dapat berita hamil macam ni, maka tiket ini perlulah aku jual pada orang kan? (sebab tak sesuai 6D ditonton oleh perempuan hamil).MySpace Aduyai, ada sesiapa yang nak beli? Hohoho… MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s