iHeart : Pilihan A , B , C atau D?


Cara hidup zaman 2012 (dan seterusnya pada zaman akan datang) memang sangat digital.MySpace Semuanya berteknologi canggih dan bukan lagi macam masa 90-an dulu masa zaman aku hidup dulu. Benarlah kata orang, zaman memang sudah berubah. Kalau dulu, nak pakai telefon bimbit canggih, mestilah orang dewasa yang sudah bekerja tapi sekarang ini ramai remaja yang belum bekerja pun sudah memiliki telefon bimbit canggih (dan ada kalanya mengalahkan orang yang bekerja kecanggihan telefonnya). Inilah buktinya cara hidup kita sudah digital tidak macam dulu lagi (jadi, Malaysia memang sudah maju kan?).

Aku bersyukur dan berbangga bila menyebut (dan menulis) Malaysia Maju.MySpace Sesungguhnya aku terasa slogan tersebut sudah menjadi nyata dengan kebanyakkan orang sudah membawa tablet dalam beg masing-masing. Zaman sekarang lelaki pakai handbag macam perempuan sebab nak letak tablet, takkan nak pegang 24 jam kan? Dulu, lelaki dikatakan tak macho kalau bawa beg tapi sekarang, siapa yang tiada bawa beg tu means orang tu mundurlah sebab tiada tablet. Dunia macam sudah berpusing 360 degree kan?

Entri kali ini aku nak share pengalaman zaman lampau aku (wah, ayat tak boleh blah). Zaman aku belajar dulu.MySpace Bukan apa, tiba-tiba aku teringin nak tulis tentang kisah ini memandangkan aku ada mesej untuk disampaikan pada adik-adik aku. Jadi, entri kali ini mesejnya ada dalam semua entri ini. Aku harap mereka baca dan faham mesej yang hendak aku sampaikan ini. Tapi untuk pembaca yang lain, anggaplah ini satu nasihat dari aku.

Masa aku umur 17 tahun, aku sudah kehilangan Mum (meninggal dunia akibat migraine). Aku rasa ini satu penangan yang sangat teruk sebab sebelum-sebelum ini keluarga kami adalah satu keluarga yang tersusun dan kehilangan CEO secara tiba-tiba memang menggoyahkan pentadbiran keluarga. Aku dengan pengetahuan zero tentang pentadbiran keluarga, memang satu bebanan yang berat digalas di bahu aku. Masa tu aku agak menyesal sebab aku sebelum ini selalu mengelat belajar ilmu ekonomi rumah tangga (ERT) dari Mum. Jadi aku memang tahap dewa rungsing pada masa tu. MySpace

Tapi, langit bukan selalunya mendung tahu. Jadi, mujurlah ada Nenda, Pakcik-Pakcik dan Makcik-Makcik (semua dari keluarga Mum) datang menyelamatkan kami dan meringankan beban di bahu aku. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana diberi nafas baru untuk meneruskan kehidupan ini kerana aku yakin yang Dia ada rancangan yang lebih baik untuk aku. MySpace

Semakin aku meningkat dewasa, aku belajar berdikari dan aku hendak menjadi dewasa secepat yang mungkin.MySpace Selalu aku beritahu diri aku sendiri dulu yang aku nak cepat dewasa untuk tidak menyusahkan keluarga Nenda lagi. Cukuplah mereka terbeban dengan bermacam-macam perkara (sehingga melibatkan mahkamah dan pihak polis). Aku tak mahu menyusahkan dan terhutang budi yang teramat banyak lagi. MySpace

Mungkin sebab itulah apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan pinjaman pendidikan kepada aku, Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya aku (sebab aku tak nak menyusahkan mereka lagi).MySpace Aku cuba sehabis baik tidak mahu terhutang budi lagi dengan mereka dan bila sekarang ini sudah bekerja, aku cuba membayar budi kedua-dua pihak tersebut dengan constant. Alhamdullillah, aku berjaya membalas apa yang aku terdaya. Tahniah kepada diri aku sendiri kerana tidak menjadi seperti kacang lupaka kulit. MySpace

Aku sebenarnya seorang yang penakut. Aku takut kalau aku ditanam budi terlalu banyak, maka aku takut aku tidak mampu membalasnya. Aku tahu setinggi mana harapan orang (lagi tinggi ditanam budi, lagi tinggilah harapan) dan aku tahu manusia akan sedih dan kecewa apabila mereka telah meletakkan satu harapan yang tinggi dan bila mana jika balasan yang diterima tidak seperti yang diharapkan maka, mulalah sesi ungkit-mengukit yang aku kira tiada orang pun yang sanggup dengar apabila peristiwa lama diungkit berkali-kali (apatah lagi jika perkara itu perkara yang mahu dilupakan).

Sebab itulah aku tidak mahu memberi mereka mengharap yang terlalu tinggi dengan aku. Aku yang meletakkan satu gap antara mereka dan aku supaya aku tidak akan terlalu banyak memakan budi mereka.MySpace Ada kalanya aku pernah berminggu-minggu tiada kredit dalam telefon tapi masih lagi aku survive. Dulu, ada saja kemudahan sms percuma di laman web (aku tidak jumpa sekarang ini). Jadi mudahlah untuk berhubungan (walaupun tiada kredit). Percaya atau tidak, tapi itulah aku dulu. MySpace

Zaman tersebut, aku berada di kalangan mereka yang sangat berduit (kaya dengan duit ibu bapa).MySpace Pada zaman aku masih menggunakan bas ke kolej, ramai kawan-kawan aku sudah membawa kereta ke sana. Walaupun ada yang bawa kereta lama ibu bapa, tapi itu satu kelebihan aku. Pada waktu telefon aku hanya sekadar hanya monotone dan orang lain sudah pun memilik radio di telefon, aku hanya mampu tersenyum saja. Apa mahu buat, semua orang akan ada kelebihan yang berjuta-juta daripada aku semasa zaman tersebut kerana mereka memiliki satu kelebihan di mana aku tiada kelebihan tersebut; iaitu ibu bapa. MySpace

Pada zaman tersebut aku memang mahu ikut trend masa itu tapi aku sedar aku tidak mampu memilikinya sebab aku tahu duit aku banyak lagi nak pakai ke arah lain. Masa keluarga aku asyik turun naik mahkamah, duit mana lagi kalau bukan duit aku digunakan separuh untuk membayar peguam. Pada zaman adik-adik aku, duit mereka fully untuk mereka dan aku tidak pernah pun cemburu dan mengungkit sebab aku tahu pada zaman tersebut mereka bukan tahu apa-apa pun (dan bukan salah mereka pun mahu kami turun-naik mahkamah sampai macam itu sekali). MySpace

Jadi, apabila aku sudah bekerja barulah aku mulai cuba membeli apa yang aku mahu dulu. Walaupun kelakar sebab ada kalanya barang yang aku mahu itu sudah lapuk dek zaman, tapi suatu masa dulu aku memang sangat impikan barang tersebut. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku apabila aku dapat membeli barang-barang yang pernah dalam my most wanted list! Gembira sampai rasa macam ada kepak tumbuh di belakang dan aku boleh terbang naik ke awan. MySpace

Jadi, apabila adik-adik aku mulai memanjakan diri dengan cara hidup digital zaman sekarang ini, aku hanya mampu berdoa agar mereka tahu apa yang mereka lakukan. Kerana hidup ini banyak pilihan. Aku mungkin memilih jalan hidup yang low profile dan meletakkan gap sini-sana tapi sekiranya mereka mampu untuk membalas semula budi-budi yang mereka pilih itu maka aku berharap mereka tidak bersifat seperti kacang lupakan kulit. MySpace

Dan pilihan jalan kehidupan juga ada yang lurus, ada yang bengkok, ada yang berduri dan sebagainya. Aku sedih melihat adik-adik aku melalui jalan yang berbagai-bagai alkisahnya tapi aku sedar yang itu adalah pilihan mereka sendiri. Kalau mereka sudah memilih jalan tersebut maka aku berharap mereka kurang-kurangkanlah merungut-rungut mengenai jalan yang mereka pilih itu (sebabnya kau sendiri yang pilih tahap kesukaran jalan yang kau lalui tu). Aku di sini dari jauh yang melihat, aku hanya mampu doakan agar kalian tabah dan kuat menghadapi dugaan. Amin. MySpace

Tapi satu saja yang aku nak ingatkan, pilihan yang kalian buat itu bukan semestinya kalau sudah decide terus forever mesti dengan decision itu, NO!MySpace Bila-bila sahaja boleh pilih jalan yang lain dan bila-bila masa saja boleh berubah fikiran. Yang penting kalian sudah tahu dan berani menghadapi risikonya, itu saja. Cuma bila-bila saja boleh cari aku untuk minta panduan memilih jalan hidup. Aku takkan paksa ikut pilihan yang aku cadangkan tapi sekurang-kurangnya aku hendak kau tahu apa pilihan yang kau ada dalam hidup ini. MySpace

Pssst… Aku sekarang ada di laluan hidup baru di mana laluan ini crossing dengan FG dan selepas itu kami berjalan bersama-sama. Jadi, susah & senang laluan itu, mestilah aku dan FG akan tempuhi bersama-sama. Ya Allah, Kau permudahkanlah perjalanan hidup kami. Amin. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s