iHeart : Legoland Trip


Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Kami dengan tidak dirancang telah pergi ke Legoland di Nusajaya Johor untuk melihat sendiri dunia Lego di sana. MySpaceSebenarnya kami rancang nak ke A Famosa di Melaka saja (sebab kebetulannya memang aku balik ke MLK minggu tersebut) tapi tiba-tiba planning bertukar menjadi pergi ke Legoland. Hahaha, sudahlah pergi selepas majlis kahwin Rozi jadi dengan baju kurung aku ke Legoland. Nah, ayu gitu. Tak apalah, yang penting kami dah pergi Legoland pada November 11. 2012. MySpace

Kalau sudah sampai sana tapi tak ambil gambar di pintu gerbang memang tak sah lah kan? Tapi kami pergi berdua maka nak ada gambar bersama tu memang susahlah (ada ke patut ada seorang “kakak” tu bila kami minta tolong ambil gambar dia cakap NO?, peh macamlah susah sangat nak tolong ambil gambar yang tak sampai berapa saat tu pun). Jadi, apa mahu buat (bukan semua rakyat Malaysia berbudi bahasa macam kami, hahahaha).

Kebanyakkan aktiviti di sana kami cuba tapi masalahnya kebanyakkannya adalah untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang menemani kanak-kanak. Aduyai, mana pula kami nak pinjam anak orang lain untuk bermain permainan yang disediakan. Nah, rugi tak bawa budak-budak kan?MySpace Bagus kalau adik-adik sepupu aku ke Legoland ni, boleh aku join sekaki nak cuba permainan yang dikhaskan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun (dan bersama penjaga untuk yang 3 – 4 tahun ke bawah).

Makanan yang ada okeylah harga dia, sama macam di luar juga. Tapi ada juga yang tak berapa nak masuk akal harga dalam tu. MySpaceTapi yang menariknya, kita boleh keluar masuk seharian di sana maka bagi yang berkeluarga (wah, suka-suka saja aku suggest kan?) maka kalau nak jimat duit bolehlah bawa makanan dari rumah siap-siap dan simpan dalam kereta. Masa lunch saja boleh berpicnic di kereta. Hahaha…MySpace Itu kalau keluarga yang memang asal Johor bolehlah kan? Kalau luar Johor macam kami ni, bawa bekal celah mana? Hahaha… Dan kalau yang parking dekat okay juga nak picnic, yang parking jauh macam mana? Nah, pandai-pandailah mengkreatifkan diri ya? MySpace

Tapi kami makan Pizza saja dalam tu (sebab dekat dengan surau nak solat lepas makan tu). Dan jangan terkejut, kami order yang 4 orang makan (padahal berdua saja).MySpace Memang buncit perut kami nak menghabiskan semua makanan dan minuman tersebut. Hahaha…

Yang aku paling asyik terlentuk tengok mestilah di Miniland (yang ada banyak replika bangunan yang comel-comel).MySpace Aku sangat kagum dengan ketelitian pekerja-pekerja yang menyusun Lego ini. Yelah, kalau di masjid tu bukan sahaja siap latar luar masjid tapi orang bersolat pun ada (ada yang tengah sujud, ada yang tengah ruku’). Sangat teliti kerja mereka. Aku memang tabik spring!MySpace

Punyalah buat kerja gila, sebab nak tengok suasana Miniland tu pada waktu malam, maka sampai Legoland tu tutup baru kami berangkat balik ke MLK. Pukul 8 malam baru dia tutup. Suasana Miniland pada waktu malam lagi meletup! MySpaceEspecially banguanan lambang kemegahan Malaysia, KLCC. Serupa seperti yang nyata. Jadi, betullah dalam TV ada beritahu yang mereka buat sama seperti yang sebenar cuma di kecilkan skala. Nah, serius KLCC nampak macam KLCC sebenar di KL. MySpace

Mereka juga kreatif dalam mempersembahkan Miniland ni. Contohnya ada yang menunjukkan komuter tersasar dari landasan (nampak tak dalam gambar 1?) MySpacesempena dalam berita mengisahkan komuter tersasar dari landasan sebab musim hujan. Dan paling menarik adalah fenomena Gangnam di mana di depan KLCC (lihat gambar ke-2) ada orang Lego sedang menari tarian Gangam. Terbahak-bahak aku dengan FG lihat. Update sungguh Legoland ni kan? Tabik spring!!!! MySpace

Dan untuk setiap permainan yang melibatkan basah terkena air, mereka ada menyediakan kemudahan dryer di situ. Jangan rebut-rebut, sekali masuk boleh 5 orang nak keringkan badan. Hehehe, kami pun ada beli gambar kenangan di sana. Hahaha… Habis melayang RM 30. Hahaha… MySpace

Oh ya, kalau nak beli Lego pun banyak di sini. Kami beli juga key chain (aku beli Harry Potter) dan Lego. Sampai rumah terus buat, hahaha. Teruja punya pasal lah tu. Dan untuk yang bahagian-bahagian legonya yang m.i.a maka boleh beli component di sini (jual macam gula-gula, timbang gram punya). MySpace

Tapi aku paling tak boleh terima adalah pembuangan sampah merata-rata. Come on lah Malaysian, tong sampah punyalah banyak disediakan di sana tapi nak juga buang di celah-celah pokok yang ditanam untuk tujuan mencantik dan menceriakan kawasan Legoland.MySpace Aku memang terbakar sungguhlah (siap aku tolong kutip sampah untuk buang dalam tong sampah yang tak sampai 1 meter pun). Entahlah, macam tiada kesedaran sivik pula rakyat Malaysia ni. Bikin malu saja. MySpace

Seronok tengok budak-budak ini main air macam ni. Teringin nak join tapi malu. Hehehe… MySpace

Oh ya, oleh kerana demam Legoland maka kami juga sedang giat mengumpul Lego Ferrari Shell yang keluar 2 set (3 kereta setiap set). Dan demi melengkapkan set maka setiap kali nak beli satu model kena isi RM 40 dulu. Sanggup tu sebab nak Lego punya fasal dan akhirnya 1 set siap. Tunggu set ke-2 keluar (November 29) untuk isi minyak kereta lagi (hahaha). MySpace

Pssst… Tapi kalau ada semua model tapi tiada orangnya susah juga cuma kalau nak 2 orang Lego ini kena beli minyak hitam. Aduyai, siapa pula aku nak suruh beli minyak hitam untuk dapatkan 2 model orang Lego ni? Rungsing-rungsing. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s