iHeart : 1434H untuk Hafiz


Cerita tentang Awal Muharam, mestilah tentang Hijrah. Tahun ini aku berhijrah dah, dari 50% pakai tudung kepada 70% pakai tudung. Okaylah kan, nak 100% tu belum sampai tahap lagilah. Hehehe…MySpace

Jadi, apa hijrah yang kalian buat tahun ni? Harapanku janganlah berhijrah ke arah negative pula ya? Mana tahu kalau ada pula yang terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak elok, nah… MySpace

Hijrah ni memang bagus, sebabnya kita akan rasa satu pembaharuan yang sihat dalam diri kita. Takkan selamanya nak sesat. Agak-agaklah buta jalan tu kalau torch light ada di tangan. MySpace

Orang yang aku nak tengok berhijrah sangat-sangat adalah Hafiz.MySpace Aduyai, tak tahulah macam mana nak beli suntikan cahaya hijrah pada dia. Dia tu bukannya tak tahu tapi buat-buat tak tahu. Nanti kalau terkena sekali, baru nak taubat. Aduyai, sakit kepala aku fikir adik aku seorang ni. Aku bukan apa, aku takut kalau terkena sekali tu terus impak yang besar tu. Tu yang aku takut. Masa tu aku nak tolong pun dah terlewat. Aduyai, rungsing. Harap tahun baru ini memberi ‘nur’ dalam hidup dia. Aku nak sangat tengok dia berhijrah ke arah yang lebih baik daripada sekarang.MySpace

Psstt… Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun tau hari ni. Moga tahun baru ini memberi keinsafan kepada kita ke arah kebaikan. Insya-Allah. Salam Maal Hijrah semua. Jumpa lagi tahun depan dan harapanku tahun ini kita sama-samalah mengisinya dengan ibadah yang bermanfaat, inysa-Allah. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s