iHeart : Pau Kisses Hershey


Macam sudah lama kami tidak buat pau, jadi apabila tiba-tiba Kak Nani datang weekend tu bawa pau marble purple kacang hitam buat rasa macam nak makan pau pula cuma masalahnya kami tiada inti kacang lagi (sudah habis makan masa buat pau dulu).MySpace Jadi kebetulannya coklat Kisses Hershey Almond aku ada sebungkus lagi tak dimakan maka kami pun bersepakat nak habiskan coklat tu dengan menjadikan dia inti pau kami. MySpace

Tapi disebabkan sepeket Kisses Hershey tu memerlukan 2 adunan maka aku dan Kak Nani pun masing-masing mengadun doh sendiri. Aku buat pau warna pinkMySpace dan Kak Nani buat warna oren MySpace (actually bekas pewarna pink aku tu di campur dengan kuning maka jadilah warna oren). Sebabnya kalau nak doublekan 2 adunan dengan seorang saja uli doh, memang tercabut tangan (sebab berat beb doh tu masa uli sebati sampai lembut). MySpace

Ini adalah kali pertama aku membuat doh pau sendiri,MySpace selalunya aku tolong masukkan inti saja. MySpaceDan uli 2 cawan tepung gandum itu saja (15 minit saja pun aku uli) agak heavy. Sudahlah masa tu pau aku macam agak marble (sebab tak sebati warna) jadi aku bersungguh-sungguhlah uli sampai semua pink. Mujur jadi kan? MySpace

Tapi warna pink tu memang comelMySpace (ops, oren okay juga tau Kak Nani, hehehe). Tapi sayangnya inti Kisses Hershey tu tidak pula cair (lebih-lebih lagi sebab ada Almond).MySpace Dan kata Kak Nani dia pernah guna Cadbury Dairy Milk (yang kosong tu) pun tak cair juga. Maka kami berpendapat yang perlulah gunakan coklat yang cair atau kalau mahu juga guna Cadbury maka kenalah cairkan dia (double boil) dulu barulah jadikan inti. MySpace

Maka kami bersepakat yang mungkin cara yang terbaik (sebab leceh nak double boil Cadbury) adalah gunakan Nutella Coklat. MySpaceKalau nak buat ala-ala chef bolehlah gunakan whip cream dispenser yang mahal dan canggih-manggih tu (gambar 1)MySpace atau whip cream dispenser kit yang murah sedikit (gambar 2)MySpace atau piping bag @ pastry bag yang Kak Nani selalu guna semasa decorate awan larat kek birthday aku masa tu (gambar 3) MySpaceatau nak mudah lagi boleh gunakan plastic biasa lepas tu lubangkan sedikit saja untuk mudah pegang dan picit inti coklat masuk comel-comel dalam doh pau (gambar 4).MySpace

Tapi kalau nak guna sudu (gambar 5) MySpacemacam aku biasa-biasa buat tu pun boleh juga. Lagi syiok apa, inti boleh masuk lagi banyak. MySpaceHahaha, tak boleh buat berniaga aku ni (asyik nak letak inti banyak saja, hahaha). MySpace

Berhujung minggu di SDK memang tak sah kalau tiada makanan. Lebih-lebih lagi kalau Kak Nani datang.MySpace Huhuhu, entah mengapalah berat badan aku boleh naik mendadak sekarang ini kan? Hahaha…MySpace Yelah, sampai ramai kawan asyik tegur baju makin fit (pening kepala fikir).MySpace So untuk mengatasi masalah ini maka kalau Asuwarni baca, aku hendak dia tahu yang aku nak bawa balik tali skipping dia ke KL untuk menguruskan badan (hahaha). Jangan marah ya Asu. Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Selain kami berpau-pauan ni, Azy juga ada membuat pes rojak untuk makan-makan depan tv.MySpace Hohoho, sedap woo (lebih-lebih lagi kalau makan dengan buah jambu,MySpace buah mangga masam sikit). Since pokok buah mangga sedang berbuah sekarang ini maka asyiklah kami makan rojak buah mangga (kalau ada buah-buahan lain pun kami makan juga).MySpace Selagi pes ada, selagi buah ada dan selagi Azy tak demam dan batuk-batuk maka selagi itulah makanan ini ada depan tv. Bahaya kan? MySpaceSebab makan rojak ni ralit tau (lebih-lebih lagi depan tv).MySpace Sedar-sedar saja dah habis berpinggan-pinggan (mujur tak makan pinggan) makan.MySpace Sedar-sedar saja berat di penimbang berat dah naik. Hahaha… MySpaceTapi tak juga kami ini sedar diri, masih lagi kami makan bersungguh-sungguh depan tv walaupun angka di penimbang tu asyik naik (hahaha). MySpace

Jadi, sekarang ini pada minggu-minggu terakhir ini memang kami sibuk menghabiskan makanan. Macam pesta makan pula rasanya. MySpaceHahaha…

Apa-apa pun aku nak conclude kan yang Pau CoklatMySpace memang terbaik (apatah lagi pakai Kisses Hershey kan?) dan tak mustahil aku akan buat lagi. Tapi kali ini aku rasa macam nak pakai Bread Maker dan Mixer.MySpace Teringin nak jadi MySpaceduta Chef Celebrity Malaysia.MySpace Hey, I’m serious tau! MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s