iHeart : Hari Graduasi


Bagi pelajar Tingkatan 5, ini adalah salah satu event yang mereka nantikan di mana pada setiap kelas yang free time (dan 2 masa terakhir setiap hari sekolah), mereka akan sibuk membuat latihan untuk Majlis Sijil Tamat Sekolah mereka.MySpace

Hari Graduasi T5 ini tahun ini sepatutnya aku tidak diberi peluang untuk memberi sijil tamat sekolah pelajar 5B kerana aku dengan officially telah dilucutkan jawatan Guru Kelas 5B mulai bulan Jun lagi.MySpace Sebabnya aku tiada pun lagi kelas dengan 5B lagi (atau mana-mana kelas lain pun sebenarnya). Aku ini seorang guru yang freelance. Bagus kan?MySpace

Tapi apa mahu buat, masih lagi aku naik ke pentas memberi Sijil Tamat Sekolah 5B. Hahaha…MySpace Sebabnya dah pengacara tu sebut nama aku, takkan aku tak naik pula kan? Nanti kecoh pula satu astaka tu nanti. Hahaha… MySpace

Event ini juga akan menonjolkan kemahiran-kemahiran pelajar yang pandai bermain gitar (atau mana-mana instrument lain) dan kita dapat lihat kerjasama antara pelajar semasa membuat persembahan.MySpace Biasanya pelajar yang pandai bermain gitar ini adalah pelajar yang popular di sekolah. Popular part baik atau buruk, itu no comment. MySpace

Tapi punyalah nak tunjuk yang pelajar yang ada talent bermain instrument ini amat popular, sampaikan sekarang ini pelajar Tingkatan 1 juga ada yang register kelas music untuk belajar bermain alat music untuk persembahan masa T5 nanti (padahal lama lagi, 5 tahun lagi kot!).MySpace Tak kisahlah, yang penting mereka tidak mengganggu p&p dengan talent mereka tu. Bukan apa, talent mulut (bercakap non-stop) itu pun dah cukup memeningkan kepala cikgu, apatah lagi kalau ada tambahan music. Memang bergegar kelas nanti. MySpace

Okay, berbalik pada Hari Graduasi. Pada Hari Graduasi inilah mereka akan memakai baju t-shirt collar dengan design kelas masing-masing.MySpace Masa tu ada juga guru kelas mereka yang akan pakai t-shirt yang sama dengan mereka tapi ada juga yang tidak pakai (especially cikgu perempuan Melayu sebab leceh nak tukar-tukar baju nanti). Tapi pakai atau tak pakai, cikgu pun kena beli juga t-shirt tu.MySpace Itulah, kalau every year jadi guru kelas T5 memang berlambak t-shirt kelas nanti.MySpace Tapi apa-apa pun masa Hari Graduasi tu aku tak pakai pun. Hehehe… MySpace

Ops lupa mahu terangkan persembahan mereka. Persembahan biasanya nyanyian choir satu kelas. Tapi ada juga kelas yang separuh saja yang membuat persembahan (kerana separuh lagi tak nak nyanyi dan tak nak beli baju kelas).MySpace

Tak kisahlah, yang penting setiap kelas ada persembahan nak buat dan setiap lagu perlulah gabungkan 3 bahasa sekurang-kurangnya iaitu BM, BI dan BC.MySpace Lirik lagu ada yang ubah sendiri dan ada yang copy 100% lagu artis. Tapi yang pentingnya, ada lagu. Tak kisahlah macam mana sekali pun lagu tu. Yang penting liriknya tiada mengandungi unsur-unsur yang tidak mencerminkan tamadun sesat. Selain dari itu, semuanya okay. MySpace

Dan persembahan 5B tahun ini adalah lebih baik daripada 5B tahun lalu. Dan tahun ini ada seorang saja yang tidak hadir (Zawier).MySpace Kalau kamu baca, sila tuntut sijil kamu okay? Lagu yang dibawa juga menarik (BFF-Sahabat-Kau Ilhamku-The Reason). Paling best The Reason sebab aku dulu pernah gilakan lagu itu sampai sanggup naik ke bumbung kolej nyanyi malam-malam (ahaks, teringat zaman remaja dulu).MySpace Malu pula bila teringat cerita tu (yelah, sampai aku kena marah free-free sebab memekak malam-malam, hahaha).MySpace Apa-apa pun aku suka sebab mereka enjoy dengan persembahan mereka. Apa yang penting (kerjasama “Wonder Pets?”) MySpace

Dan lupa pula nak share information, ramai guru lain sangat sukakan warna t-shirt 5B (dan obviously semua pun tahu that is one of my favorite color – peach pink!MySpace Dan mereka semua puji t-shirt kelas 5B (yeaaahh).MySpace Yelah, most buat warna hitam, tapi 5B warna memang stunning kan? I like! MySpace

Psst… Jangan lupa minggu depan (November 05) mula sudah SPM.MySpace Jangan asyik leka bermain sampai terlupa nak belajar. SPM ini penting untuk masa depan kamu.MySpace Apa-apa pun Cikgu doakan semua berjaya dalam kehidupan yang kamu pilih sendiri. Harapan Cikgu agar semua dapat keputusan yang baik untuk SPM 2012 ini.MySpace Cikgu maafkan kamu dan halalkan segala ilmu yang telah diajar kepada kamu sejak 2011 lagi. All the best! (ruang ini di highlight kan untuk semua T5 SMSS, bukan 5B sahaja, harap maklum) MySpace

One thought on “iHeart : Hari Graduasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s