iHeart : Salam Aidiladha 1433H


Salam Aidiladha aku ucapkan pada semua umat Islam tidak kiralah di mana saja anda berada.MySpace Sesungguhnya ini adalah kali pertama aku meraikan Hari Raya sebagai seorang isteri bersama FG. Nervous!MySpace Sebab sebelum ini aku meraikan dengan keluarga aku di MLK tapi kali ini aku dengan FG bersepakat untuk beraya di rumah sanak saudara FG di Perak dan Kedah.

Tapi kerana ketiadaan masa yang cukup maka aku tidak sempat hendak membeli baju baru untuk Aidiladha kali ini. Aku pakai saja baju-baju lama yang masih elok.MySpace Nak buat macam mana, nak beli dengan FG tapi tak cukup masa. Jadi kena flexible, pakai apa yang ada. Janji rock! MySpace

Hari Raya Aidiladha atau dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban.MySpace Dikenali sebagai Hari Raya Haji sebab bagi yang berkemampuan akan menunaikan haji pada waktu itu dan Hari Raya Korban sebab bagi yang berkemampuan bolehlah bersedekah daging lembu, kambing dan unta pada orang ramai.MySpace Ada sejarah tentang korban ni. Tapi nak details tulis dalam ni, nanti jadi subjek Pendidikan Islam pula. Mungkin di lain entri, insya-Allah. MySpace

Okaylah, back to topik. Seperti biasalah, pagi raya memang pergi solat Hari Raya Aidiladha dulu. MySpaceAku memang kalau boleh tiap-tiap tahun nak pergi. Cuma tahun ini gugup sikit sebab solat di Perak. Mana biasa lagi dengan environment Perak. MySpace

Lepas solat mestilah kena mohon ampun maaf pada keluarga (especially my husband) dan paling penting calling orang di MLK.MySpace Walaupun jauh di mana, biarlah dekat di telinga (by call). MySpace Tapi sangat berbeza pagi raya aku kali ini sebab kali ini tak dapat bersalaman dengan Nenda, Acik, Ain, Hafiz…MySpace Tapi kali ini bersalaman dengan FG dan keluarganya. Agak lain sedikit. Tapi ini tetap juga buat aku rindukan mereka di MLK. MySpace

Selepas itu bolehlah makan-makan dan melawat-lawat saudara-mara dan kalau ada di kawasan tersebut ada korban, maka bolehlah pergi menolong.MySpace Bukan apa, nanti bolehlah bawa daging korban sedikit ke rumah. Untung-untung boleh buat asam pedas atau sup atau kari. Uh, sedapnya.MySpace Kalau di MLK mesti akan masak asam pedas. Aish, rindunya nak balik MLK. Dan kalau di MLK mesti kami pergi ambil daging korban. Sedap woo makan daging fresh. MySpaceSudahlah daging mahal sekarang ini tau! Aish rindu sangat nak balik MLK. Bila rindu macam ni, tengok gambar-gambar family di MLK dalam Apple buat makin rindu. Agaknya mesti mereka pun rindu pada aku kan? MySpace

Ops, lupa nak beritahu! Psstt… Ini adalah TOP SECRET tau!MySpace Aku belum daftar haji di Lembaga Tabung Haji lagi. Aduyai, entah tahun bila aku dapat pergi ni.MySpace Tapi insya-Allah, kelak nak sampai juga di sana. Dan insya-Allah aku juga nak sembelih En Moo (lembu) untuk korban kelak. Siapa tahu bilalah tarikhnya nanti.MySpace Hahaha… Orang cakap En Moo adalah kenderaan tunggangan di Padang Masyhar. Aku nak naik dengan FG! Mesti!!! MySpace

Ops, lupa nak mention! Salam Aidiladha dan Selamat Bercuti! Enjoy!!! MySpace Aku nak pergi ke rumah saudara FG ni, daaa^^ MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s