iHeart : I’m 26!!!!


Yes, hari ini October 24, 2012. Hari ini umur aku 26 tahun… Yeah! HAPPY BIRTHDAY TO ME, MYSELF & I!!!!! MySpace

Lalala, seronok sangat aku rasa bila tarikh October 24 ni datang setiap tahun. I mean, aku rasa sangat teruja dan bersyukur sangat kerana Allah s.w.t memberi peluang kepadaku untuk sampai setahun lagi ke depan.MySpace Tahun ini sekali lagi aku bertemu dengan tarikh ulangtahun hari kelahiranku, alhamdulillah. Yelah, dengan apa pengalaman yang telah aku lalui sebelum-sebelum ini aku memang rasa bersyukur sangat dapat berjumpa dengan October 24, 2012. Alhamdulillah. MySpace

Aku berasa bersyukur kerana pada awal-awal tahun lalu aku diberi nikmat sihat dengan begitu cemerlang sekali (kalau nak dibandingkan dengan tahun lalu) tapi masuk saja pertengahan tahun kedua, En Demam, Cik Selsema, En Batuk, Cik Pening Lalat, Cik Sakit Kepala… MySpaceOh, semualah mula datang menyerang aku bertubi-tubi satu per satu (macam berjanji datang satu pakej pula mereka tu). Tapi tidak mengapalah, mungkin itu dugaan duniawi. Mana tahu nanti diakhirat nanti aku dikurniakan sihat tidak bernoktah. Nah, bagus kan? MySpace

Dan tahun ini aku berharap tahap kesihatan aku makin baik. Aku bukan apa, kalau aku sakit ni teruk sangat. Penat orang sekeliling aku nak kena jaga aku. Sudahlah tahap kesensitifan aku tinggi sikit bila sakit ni (mudah baran saja). Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Dan tahun ini aku dipertemukan dengan October 24 dengan status seorang isteri (untuk kali pertama). Wow, hebat kan? MySpaceAku bersyukur doa aku agar majlis perkahwinan aku dipermudahkan menjadi kenyataan. Tak sia-sia aku buat solat hajat malam-malam kan? Dan aku harap agar perjalanan hidup aku (terutamanya perjalanan perkahwinan aku) dipermudahkan dan dilancarkan. Aku berdoa agar sentiasa kukuhkan kepercayaan dan keyakinan antara kami dan kuatkan iman dalam hati kami agar kami berada di jalan yang lurus. Dan jauhkanlah segala hasutan Syaitan yang durjana tu. Jauhkanlah godaan dunia yang boleh merosakkan perkahwinan kami. Insya-Allah. MySpace

Moga aku dikuatkan dengan kesabaran dan ketabahan yang setebal yang diizinkan-Nya. Hanya Allah s.w.t saja yang tahu bisikan hatiku tentang pahit-manis perjalanan hidup aku yang mana hanya pada-Nya saja tempat aku mengadu. Cakap tentang mengadu, sedih juga kan bila tiada Mum untuk mengadu nasib.MySpace Pahit telan sendiri, manis pun rasa sendiri. Sabar saja menjadi intipati bila macam ni. Mujurlah sekarang ni ada FG. Apa-apa pun mesti lepas pada dia. Baru tenang sikit hati aku. Hahaha… MySpace

Dan aku berdoa agar kerjaya aku dipermudahkan urusan. Bukan apa, sebab aku kan mohon pertukaran penempatan sesi Januari 2013. Maka, aku risau juga keadaan di tempat kerja baru. Rungsing seolah-olah macam kali pertama aku masuk kerja pula kan? Tapi Tuhan mengetahui segala-galanya yang terbaik untuk aku. Aku yakin tentang perkara itu. MySpace

Aku berharap tahun ini ekonomi aku makin kukuh dan stabil dan apa yang aku impikan akan dapat aku capai tahun ni. Aku hanya mampu merancang saja, tapi Allah s.w.t menentukan tapi aku tahu Dia tahu betapa kuat keinginan aku ni. Hahaha… Moga diizinkan. Amin. Sebab aku kan nak sambung belajar (insya-Allah 2013 ni). Hehehe…MySpace

Dan aku berdoa agar keserian wajah aku di luar dan di dalam makin bercahaya dengan keimanan. Bukan apa, lumrah seorang wanita untuk care tentang looks kan? Hahaha… (Aku tengah terfikir nak belajar pakai bulu mata palsu ni, kikikiki). MySpace

Serta aku berdoa agar tahun ini (2013) aku akan dapat juniors.MySpace Kihkihkih… Faiz & Diyana juniors (nah, kembar lagi tu). Hahaha, insya-Allah… Kalian, tolong doa-doakan jugalah ya? Mesti seronok tukar status kepada Mummy pula. Kihkihkih, berangan kuat kan aku ni? MySpace

Dan lastly sekali, aku doa agar aku diberi peluang berjumpa October 24 akan dengan FG ada di sisi aku. Insya-Allah. MySpace

Pssst… Teringat masa kali pertama aku jumpa Cik Bebiri, masa tu aku memang tengah demam teruk gila-gila. Hahaha… MySpaceTeringat juga masa Puan Panda kena menjaga aku selepas aku accident. Ahaks, sensored tak boleh cerita! MySpaceTeringat masa Wani dan Azy kena urut kepala aku kerana aku muntah-muntah sebelum fly. Hahaha… Lemah antibodi aku bila demam ni (siap pakej dengan muntah-muntah).MySpace Teringat pada Ain menjaga aku di hospital masa aku mamai-mamai kena bius. Lenguh tangan dia urut badan aku. MySpaceTeringat Acik yang selalu urut kepala aku sebab aku kalau lambat makan mesti mabuk sakit kepala masuk angin. Hahaha…MySpace Bila fikir kembali, aku sangat berterima kasih pada kalian. Tanpa kalian membantu aku dulu, pasti aku tiada di sini sekarang ni. Terima kasih. MySpace

Tapi paling teringat bila FG sakit kepala melayan kerenah aku bila aku merajuk. Hahaha… MySpace Tak boleh blah! Ops, rindu pula dengan FG walaupun sekarang ni dia di sebelah aku saja pun. Gedik kan? Hahaha… MySpace

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s