iHeart : Happy Birthday Ain (October 18) & Hafiz (October 23)


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran untuk adik-adik aku iaitu Ain (October 18) dan Hafiz (October 23).MySpace Wah, diam tak diam angka umur masing-masing dah cecah 20-an. Habislah, tak tak boleh nak act macam budak-budak lagi ya.MySpace Dan untuk semua yang turut sama share October, Happy Birthday. Diingatkan agar bertambah satu angka usia, bertambahlah kematangan sedikit. Bukan apa, nanti tidaklah dipandang senget oleh sesetengah orang (nanti telinga sendiri juga yang pedih dengar desas-desus liar tu). MySpace

Untuk Ain, umur sekarang ini dah layak mendaftar mengundi ni. Apa lagi, sila tunaikan tanggungjawab anda untuk mendaftar mengundi. Kalau ada sesetengah tempat, umur ni dah layak masuk club, konon umur ni dah matang kan? Dan dengan umur ni dah banyak dapat lesen nak buat apa yang selama ini tak boleh buat. Hah, amacam? Mau try? Hahaha… MySpace

Tapi atas alasan umur inilah ramai yang tersilap memilih jalan sesat. Aduyai, susah mau cerita sebab pada zaman 2012 ni mana-mana umur pun (terutama angka umur selepas ini) perlulah menjaga diri 100%. Sebabnya orang jahat di luar sana sudah berevolusi selera menyakitkan manusia bukan setakat umur belasan tahun malah umur sebulan pun ada yang kena rogol. Dan umur tahap nenek 80 tahun pun masih ada yang mahu beraksi panas. Jadi pendek kata, memang kena menjaga diri sangat-sangatlah ya. Berkawan tak salah, tapi berhati-hati memilihnya.

Dan aku berdoa agar diri kau sihat sejahtera walau ada di mana pun. Jaga kesihatan baik-baik (dan makan minum juga)MySpace walaupun aku tahu kau sibuk dengan kerja-kerja yang penting dan kerja-kerja sampingan yang tak berapa nak penting sangat tu. Jangan pernah berubah ke arah yang negatif tapi berevolusilah ke arah cemerlang (daripada level baik). Dan aku doakan agar perjalanan belajar dan hidup kau baik-baik saja. Janganlah buat muka ketat (tahulah tension) tapi senyumlah sikit. Senyum itu satu sedekah tau. Kan baik senyum selalu, dapat pahal tau! MySpace

Dan bila dah ada motor ni, janganlah pula kau merempit ke tempat-tempat yang tak sepatutnya. Beringat tentang masa depan sebab masa depan bergantung pada kita yang hari ini mencoraknya. Jangan tertuang warna hitam ya, nanti terus rosak satu canvas lukisan hidup. Sikit-sikit warna hitam ada tu okay (sebab natural kalau semua warna ada dalam perjalanan canvas hidup) tapi kalau selalu ada tu maksudnya berus yang kau pegang tu kenalah tukar yang baru ya.

Duit tu berjaga-jaga sedikit. Tunggu dah kerja baru enjoy extra. Untuk sekarang ini cubalah berbelanja seadanya. Jangan pula habiskan pada belanja yang nafsu semata-mata (terutamanya bil telefon kau yang dah bil berjela-jela panjang ni). Beringat sebelum kena, jangan cakap nanti aku tak pesan pula ya. MySpace

Dan jangan lupa berdoa (solat) dan mengingati Allah s.w.t. Bersyukur hari ini kau diizinkan-Nya untuk capai ulangtahun kelahiran ini. Kita tak tahu esok lusa kita diberi peluang lagi untuk ke tahun berikutnya atau tidak. Hidup ini satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Jangan sia-siakannya. Muda memang sekali tapi hidup di Bumi ini pun sekali juga. Takkan nak tinggalkan Bumi ini dengan nama yang busuk kan? Fikir-fikirkanlah. Selamat Hari Lahir yang ke-21. I LOVE YOU! Jaga diri baik-baik ya. MySpace

Untuk Hafiz, ini sekarang dah umur suam-suam kuku kahwin ni. Nah, molek benar umur kau ni kalau nak kahwin (umur 25). Tapi masalahnya dengan soal ekonomi yang huyung-hayang maka janganlah kau nak buat kerja gila kahwin pula kan lepas aku kahwin ni. Apa pun aku doakan agar kau dapat kerja tetap yang baik dan sekaligus boleh menyara kehidupan kau. Sekarang mungkinlah senang sebab Nenda ada umur lagi tapi sampai bila kan? Nenda tak hidup selamanya dan aku juga sudah berkeluarga sekarang ni. Dengan tahap malas kau sekarang ini, susah aku mahu cakap. Celoteh banyak pun tak guna, aku cuma mahu kau cari kerja a.s.a.p. MySpace

Hidup ini satu anugerah, aku tak tahu kau hargai tak nyawa kau ni tapi insya-Allah umur kau panjang lagi (dan sekarang ini pun aku doakan kau panjang umur lagi). MySpace Come on lah okay, aku nak kau tengok anak aku kahwin (maksudnya lama lagilah kan umur kau tu). Dan sentiasa aku doakan kau panjang umur walaupun setiap kali pun kau cakap nak pendek umur (nak bunuh diri lah konon).MySpace Tapi aku tahu kau takkan sampai hati nak buat macam tu sebabnya tanggungjawab kau banyak lagi. Kau kena hidup untuk tanggungjawab yang kau galas tu. Pasti! (Aku tahu sebab aku dah mati hidup semula masa Jun 26, 2010 dulu). MySpace

Aku doa kesihatan kau bertambah bagus walaupun aku tahu kau bakal hidap penyakit (sebab asyik minum minuman bergas dan rokok). Sebab tu kau kena cari kerja dan kerja bagus-bagus sebab bila kau sakit nanti kau dah ada duit simpanan nak guna untuk cover sakit. Sebab awal-awal lagi dah tahu semua orang akan sakit kan? So, please be logic. MySpace

Dan nanti bila kau dah ada kerja nanti, barulah kau cari girl yang boleh jaga dan tahan perangai malas kau tu ya? Untuk tahun 2012-2013 ni janganlah kau cari dulu sebab tolonglah stabilkan ekonomi kau dulu. Nanti 2014 mungkin aku akan pertimbangkan soal ni. MySpace

Dan tolonglah rajin berusaha mencari kerja. Sila kejar cita-cita dan impian kau. Aku hanya boleh nasihat tapi yang lakukan itu adalah kau.MySpace Jangan asyik statik di tempat yang sama, jangan merangkak perlahan tapi berlarilah ke masa depan yang lebih baik. Setiap kali berputus asa, fikirkan masa depan yang macam mana yang kau mahukan. Insya-Allah kau akan bangkit semula. Tapi kalau kau asyik mengelak memikirkan masa depan (asyik fikir masa sekarang saja)MySpace memang sampai bila-bila pun tak akan maju. Masa depan, kita sekaranglah yang mencoraknya. Corak apa mahu, berus di tangan kau! Fikirkan okay? MySpace


Dan silalah kau berubah ke arah positif. Letih aku tengok kau asyik sesat jalan. Sampai bila kau nak berpusing-pusing sesat di tempat yang sama? Nikmat yang kau ada sekarang ni, bila-bila saja boleh kena tarik semula kalau kau enggan bersujud syukur pada Allah s.w.t. Bila aku tegur cakap,”Ya, aku tahulah”
MySpace tapi bila aku tengok masih sesat lagi, pening kepala aku. Tension tau! Ingat-ingatlah kehidupan selepas mati. Tertahankah kau nak kena seksa api neraka lama sangat kalau dosa kau terover banyak dari pahala kau? Mmmm…

Psstt… Lupa pula nak wish pada diri sendiri (birthday aku October 24).MySpace Masa dulu aku pernah tanya Mum, kenapa tak lahirkan Hafiz sama tarikh saja dengan aku? Mum cakap memang plan nak sama tarikh tapi dah dia (Hafiz) tak sabar nak tengok dunia maka tercepatlah sehari dari tarikh plan. Kalau tak memang dah sama hari betullah. Tapi apa-apa pun masih lagi kami sambut bersama-sama. MySpace

***Happy Birthday juga pada Mak Ngah Robiah (October 12), Busu Ipin (October 19) dan adik sepupu aku, Nurul Aiman (Oktober 20). Semoga panjang umur dan murah rezeki. Insya-Allah… MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s