iHeart : Temuduga


Hari ini (Oktober 15, 2012), Hafiz ada TEMU DUGA PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 di Melaka.MySpace Hohoho, aku sangat gembira bila nama dia dipanggil untuk temuduga ini. Dan aku sangat nervous untuk mengetahui macam mana temuduga dia hari ini. MySpace

Aku berdoa dan berharap sangat dia dapat kerja ini. Bukan apa, sudah lama dia menganggur maka aku harap dia akan mula bekerja selepas ini.MySpace At least dia akan ada duit dan masa depan untuk diri dia sendiri (aku bukan harap untuk orang lain pun). Sekurang-kurangnya nak isi minyak motor tak perlu nak pow duit Nenda. MySpace

Itulah, bila aku lihat fortune cookies yang berwarna-warni di jual di pasaran ni, aku harap sangat dia akan dapat memilih dalam tu tertulis “Insya-Allah, kejayaan milik anda hari ini.” MySpaceSeriously, memang aku harap dia dapat cookies tulis itu.

Nak tunggu dia habis temuduga hari ini, rasa lama sangat. Yelah, aku tak sabar nak call tanya macam mana penemuduga tadi tanya dia. Macam-macam aku nak tanya. Bukan apa, aku terlebih excited ini fikir dia dapat temuduga ni. MySpace

By the way, ini aku ambil dari website melvister mengenai 10 tips-tips temuduga yang aku kira sedikit sebanyak dapat membantu Hafiz atau sesiapa saja yang akan ditemuduga. Harap tips-tips ini dapat membantu. Insya-Allah… MySpace

  1. Kelihatan professional, kemas dan boleh dipercayai amatlah penting semasa sesi temuduga.
  2. Sentiasa yakin dengan diri sendiri dan setiap langkah untuk memasuki bilik temuduga diselang-selikan dengan bacaan selawat.
  3. Jaga bahasa anda apabila berkomunikasi. Ucapkan selamat pagi ataupun berilah salam setelah anda melangkah masuk ke bilik temuduga. Ingat, kemesraan penting kerana anda hanya dapat tunjukkan dan tonjolkan keperibadian anda dalam tempoh 30 minit sahaja. Tunggu penemuduga menghulurkan tangan dahulu. Kemudian barulah berjabat tangan.
  4. Sentiasa tegakkan badan dan tunggu dahulu jemputan dari penemuduga barulah anda mengambil tempat duduk. Ucapkan terima kasih. Setelah duduk, elakkan daripada meletakkan siku atau barangan di atas meja.
  5. Duduk dalam keadaan tenang dan jangan mengoyangkan kaki.
  6. Setelah penemuduga itu memulakan kata barulah anda bersuara. Setiap soalan yang ditanya sebolehnya dijawab dahulu didalam hati. Cara ini dapat mengelakkan anda dari menjawab sesuatu soalan dengan tergopoh-gapah.
  7. Jawapan yang diberikan pula hendaklah tepat dan pendek. Sentiasa menjawab soalan yang diajukan ditambah dengan contoh kelebihan dan pengalaman anda dalam sesuatu bidang.
  8. Kenal pasti siapa ketua panel penemuduga berikan jawapan dan segala tumpuan kepada beliau.
  9. Jangan sesekali meninggikan suara. Cukuplah sekadar bertindak tegas untuk menunjukkan keperibadian anda.
  10. Ucapkan terima kasih dan jangan lupa akhirkan kata-kata dengan harapan anda agar dapat menjadi sebahagian dari jabatan/syarikat itu sekiranya diterima.

Aku ucapkan All The Best untuk Hafiz. Moga doa iringan aku sampai ke hati dan minda penemuduga untuk menerima Hafiz bekerja. Insya-Allah… MySpace

Pssst… Jadi, bila pula aku nak dipanggil untuk PTD? Serious aku nak sangat kerja tu! MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s