iHeart : Dinner Board SS


Ini adalah kali pertama dinner board sekolah Sung Siew buat selain di Hotel Sabah pada 13 Oktober 2012 pukul 7 malam.MySpace Hohoho, tapi masih lagi masakan dan setting daripada Hotel Sabah (sebab aku detect menu yang dipilih pun sama saja macam sesebelum ini).MySpace Kali ni buat di Batu 4, dan aku nak pergi sebab kali pertama jejak kaki di situ. Yelah, aku bukan kaki main paint ball pun (di situ ada paint ball) atau perenang (sebab aku mana pandai berenang pun) maka memang susah nak tengok aku jejak kaki di situ.

Aku, Azy dan Kak Haiza saja yang pergi, Wani tak pergi kerana Kak Nani ada datang ke rumah kami meramaikan channel (hehehe). Taklah, mula-mula Wani macam nak balik Nilai tapi tak jadi pula last minute. Tu yang dia ada tersadai di rumah, mujur Kak Nani datang weekend ni.MySpace By the way, mujurlah FG bagi aku pergi sebab katanya next year dah tak boleh pergi. Cet, yakin sungguh aku dapat pindah KL kan dia tu. MySpace

Dinner board Sung Siew ni melibatkan ahli board (atau some people label as PIBG sekolah) dan gabungan 3 buah sekolah Sung Siew iaitu Sekolah Tadika, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Jadi agak ramai jugalah orang yang datang ke dinner tersebut.MySpace Baju mestilah formal jadi aku pun pakai simple saja. Ni formal kan, jadi dalam kepala aku memang kalau formal adalah baju kurung saja (senang, boleh pakai ke sekolah nanti). Tapi most pakai dinner dress lah. Cantik-cantik semuanya. MySpace

Sekolah aku kebanyakkannya cikgu yang beragama Islam tidak datang ke dinner board kerana upacara pembukaan doanya oleh Paderi (sebab ahli board majoriti daripada ahli gereja) dan toast Cheers yang penuh ayat-ayat kitab Bible. Mujurlah air minuman toast tu sudah tukar ke air oren (kalau tak sebenarnya guna air arak). Tapi apa-apa pun yang penting aku datang untuk makan (jadi yang lain tu tak nak fikir sangat). MySpace

Ada persembahan daripada Tadika dan Sekolah Rendah. Sekolah Menengah tiada volunteer untuk persembahan selepas Kak Saunah (bekas kerani) pindah ke sekolah lain. Jadi kami semua duduk diam-diam saja. MySpace

Dan acara sebegini mestilah ada cabutan bertuah dan masalahnya aku ni selalu betul dapat nombor tak bertuah. Tension betul! MySpace Huhuhu, tapi apa mahu buat. Mujurlah setiap kehadiran di beri satu bekas Tupperware sebagai tanda kenangan dan penyejuk hati bagi yang tak bertuah tu (macam aku contohnya).MySpace Dan bekas makanan ini ada 3 warna (setakat yang aku nampak) dan aku punya warna pink (mestilah, tak mungkinlah warna lain kan?). Apa pun terima kasih untuk bekas Tupperware ini. Aku sangat suka. MySpace

Psst… Punyalah nak cakap betapa sangat teruk preparation Hotel Sabah kali ini, sampai ada gelas pecah, MySpace PA sistem asyik berdengung volume MySpacedan back drop alphabets baru nak pin pada background pentas.MySpace Sangat teruk kan? Ops, dan manners pekerja dia pun agak tak berapa bagus (siap tuang air dengan muka masam).MySpace Memang tak patut. Aku betul-betul rasa preparation pekerja Hotel Sabah jika di tempat selain di Hotel Sabah perlulah diperbaiki. Sebab so far kami dinner di Hotel Sabah, okay saja. Ini di Batu 4, macam tak prepare pula. Teruk… Teruk… Teruk… MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s