iHeart : Sains 2013


Sekarang ini kalau sudah akhir tahun, memanglah Ketua Bidang dan Ketua Panitia akan sibuk-sibuk mencari guru di bawah naungan unit masing-masing. Dan tempat aku kerja ini pun mestilah sibuk memujuk guru-guru mengajar (sekurang-kurangnya satu kelas) subjek tersebut.MySpace Bertahun sudah aku mengajar subjek Sains (PMR & SPM) sejak 2009 lagi. Memang dah tertulis agaknya di muka aku yang aku mengajar subjek Sains (hahaha).MySpace Dan subjek Sains SPM memang aku sudah masak akan jenis soalan yang akan keluar. Mungkin sebab aku sudah lama mengajar subjek ini.MySpace

Dan insya-Allah aku terasa teringin pula nak marking paper Sains SPM selepas ini.MySpace Bukan apa, sekurang-kurangnya aku akan belajar cara menyemak kertas dan perkara ini aku akan boleh share dengan para pelajar aku supaya tak buat silly mistakes. Cuma tahun 2012 ni aku tak apply untuk menanda kertas lagi (sebab aku baru saja bergelar Mrs kan, jadi biarlah honeymoon dulu). Insya-Allah 2013 aku akan cuba apply untuk tanda paper. MySpace

Tapi masalahnya aku ini graduan Kimia (subjek yang memang aku gilakan sejak sekolah lagi). Jadi mestilah aku teringin dan sangat mahu diberi peluang mengajar subjek Kimia.MySpace Aduyai, tapi masalahnya di SDK ini terlalu ramai guru graduan Kimia di sekolah aku dan mestilah aku tidak diberi peluang merasa mengajar subjek Kimia. Kecewa… MySpace

Tapi dalam Kimia, aku memang sangat sukakan praktikal (masuk makmal). Sangat seronok buat eksperimen yang colorful.MySpace Aku suka tengok perubahan bahan semasa buat eksperimen (kecuali perubahan tu melibatkan bau-bauan busuk seperti bau telur tu, yikes).MySpace

Dan aku sangat suka menulis report untuk eksperimen sebab aku akan banyak belajar dengan digging information tentang bahan tersebut. Banyak sangat perkara yang aku akan belajar. MySpace

Dan bila memikirkan ini semua, aku rindukan zaman belajar di universiti dulu.MySpace Ini membuatkan aku tak sabar nak sambung study dan merasai pengalaman itu semula. Huhuhu, bila nak sambung study ni??? FG, sila jawab soalan ni!!!! MySpace

Tapi actually mengajar Sains SPM pun satu pengalaman yang berharga juga. Pelajar yang ambil subjek ini berbeza pemikirannya dengan pelajar yang ambil subjek Sains Tulen (macam aku dulu).MySpace Dan aku belajar sesuatu yang baru juga masa tahun pertama aku mengajar subjek Sains SPM ni. Dan pemikiran mereka yang unik ini, selalu bikin tawa dalam hidup aku. Memang fun ajar subjek ini. Environment dia tak seserius mengajar subjek Sains Tulen. MySpace

Jadi, apabila KB Sains & Matematik sibuk bertanya tentang pilihan kelas Sains SPM 2013… Aku susah nak beri jawapan. Bukan sebab aku memilih kelas (atau nak fight untuk subjek Kimia), tapi sebab dalam kepala aku memikirkan mungkin aku tidak akan berada di SDK pada 2013 nanti MySpace(mungkin aku akan dapat pertukaran penempatan di KL). Jadi jawapan yang aku beri pada KB, “Boleh tak bagi jawapan selepas 21 Oktober?”. Tahu kenapa Oktober 21, sebab keputusan pertukaran penempatan untuk sesi Januari 2013 akan keluar pada hari itu. MySpace

Aku akui yang aku sangat nervous untuk keputusan Oktober 21 ni. Macam-macam aku fikir dan selalu aku fikir sama ada ready tak aku untuk 2013 nanti.MySpace Tapi apabila memikirkan ada FG di KL yang akan bersama dengan aku susah dan senang, maka aku kuatkan hati aku yang tak berapa nak kuat sangat ni (ahaks).MySpace Jadi, in the end aku berdoa setiap hari siang dan malam agar aku dapat pindah ke KL supaya dekat dengan FG. Dan aku berharap kalian yang membaca entri ini juga, sama-samalah berdoa agar permohanan aku diluluskan. Dan jika kalian juga ada memohon untuk pertukaran ini, aku berdoa untuk kalian juga agar kalian dapat ditukarkan di tempat yang dimohon.MySpace

Apa-apa pun, aku percaya Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk aku. Kalau betul rezeki aku di KL, maka aku yakin pasti pertukaran ini diluluskan.MySpace Kalau masih lagi rezeki aku di SDK, maka mungkin permohonan aku tidak diluluskan.MySpace

Aku memang merancang begitu begini tapi Dia saja yang tahu di mana tempat yang aku patut berada. Jadi, kalian juga kena yakin dan percaya seperti aku juga.MySpace Walau apa pun agama yang kalian anuti, pasrahlah dengan ketentuan Tuhan okay? Aku tahu mudah untuk aku bercakap tapi susah untuk dilaksanakan, tapi insya-Allah yang jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh apa yang kita mahu maka Dia pun tahu menghargai usaha kita. Bertawakal dan pasrah saja lah okay? MySpace

Pssst… The best part tentang word CHEMISTRY adalah bila aku teringat masa aku tanya FG proposed aku, MySpace “YOU & I have a strong bond chemistry that unexplained in words but can be shown in marriage. Would you marry me?” MySpace

Hehehe, sweet kan my husband tu. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s