iHeart : Minggu Peperiksaan


Hari ini (Oktober 9, 2012) bermulanya Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 di seluruh Malaysia.MySpace Dan ini bermaksud ramai pelajar tingkatan lain yang diberi cuti rehat berikutan peperiksaan PMR ini (wah, sangat seronok dan aku sangat cemburu).MySpace

Dan tahun ini juga aku tidak berpeluang untuk menjaga PMR (mujurlah, sebab aku ada banyak kerja file nak kena buat).MySpace

PMR kali ini dijadualkan sehingga Oktober 16, 2012. All the best untuk semua pelajar seluruh Malaysia yang menduduki PMR pada hari ini ya?MySpace Apa yang telah kamu belajar selama 3 tahun (atau 4 tahun untuk peralihan) ini kamu tulis sebaik-baiknya di answer booklet PMR (dan OMR juga). Inysa-Allah, preparation kamu selama ini tidak sia-sia jika kamu telah berusaha sebaiknya.

Dan pada Oktober 8, 2012 (kelmarin) aku nampak pelajar T3 sibuk mencari guru untuk memohon berkat.MySpace Gila, esok nak peperiksaan baru hari ini nak cari mohon maaf. Padahal patut hari-hari selepas kelas kena mohon ampun daripada guru kan? MySpace Cet, inilah mind set pelajar. Nak exam baru nak hargai guru (wah, emo pula aku tiba-tiba).MySpace

Hahaha, tapi macam mana pun yang uniknya pasti guru akan selalu mendoakan kejayaan pelajar walaupun pelajar itu walaupun pelajar itu selalu bergosip tentang dia (ahaks, ini cerita pengalaman sendiri). MySpaceSebab itulah orang cakap kerjaya guru ini sampai ke syurga kan? Wah, terharu pula bila aku fikir. MySpace

Dan di sekolah aku, ini juga bermaksud Peperiksaan Akhir Tahun juga bagi semua pelajar kecuali pelajar Tingkatan 5 (sebab mereka ada SPM).MySpace Dan pada minggu yang serentak ini, sekolah memang dalam mode study (di mana-mana pun akan nampak pelajar study).MySpace Aku tidak pasti sekolah lain bagaimana masa pengurusannya tapi di sekolah aku memang kami sedang dalam mode busy.MySpace Dan aku pun busy juga ya (walaupun kalian tengok aku sedang very freely update entri).MySpace Students busy study, teachers pun busy preparing exam papers. Nah, nanti nak kena marking, key-in dalam SAPS, ready the report cards (and all the files)… Hohoho, banyaknya kerja. Nak pura-pura pitam boleh tak? MySpace

Apa-apa pun Selamat Menjawab Peperiksaan sebaiknya aku ucapkan pada semua pelajar SMSS yang aku pernah ajar semasa tahun 2009/2010 (sebab inilah batch yang menjawab PMR 2012) dan yang currently dengan Final Exam juga. Aku doa yang terbaik untuk mereka, selalu! Insya-Allah. MySpace

Ops, lupa pula. Especially untuk Adik Maizatul Azwa (@3B SMSS 2012), buat yang terbaik ya! I do believe you’ll be fine. Insya-Allah… MySpace

Pssst… Untuk T5 yang sedang berstudy week, aku harap mereka sedang prepare yang terbaik untuk peperiksaan SPM yang bakal menghampiri November ini.MySpace

Dan untuk Ain yang sedang study juga untuk exam UPM dia, aku ucapkan All The Best dan kau (Ain) mesti buat yang terbaik. Mesti, no choice for you. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s