iHeart : Tee 5 B 2012


Kali ini aku nak cerita tentang baju kelas 5 B yang mereka reka untuk pakai semasa persembahan Hari Graduasi dan Sijil Tamat Sekolah 2012 yang biasanya akan berlangsung pada awal November (atau akhir Oktober – rujuk pada takwim sekolah masing-masing).MySpace Tapi kali ini akan dibuat pada 30 Oktober 2012. Rasanya, sebab belum keluar tarikh yang betul-betul comfirm.

Dan inilah draf yang mereka reka untuk baju mereka. Simple! Dan untuk berbincang dengan aku, Fung Kar Ying telah MMS aku gambar baju ini lagi. Hahahaha…MySpace Punyalah nak cakap mereka dah siapkan tempahan baju (takut aku marah kalau aku balik nanti baju tak siap lagi). Apa pun tahniahlah kalau dah proceed tentang baju. Duit baju memang aku dah bagi pada Guru Tingkatan 5 B sekarang ini (Pn Satidja) jadi suppose tiada masalah. MySpace

Dan inilah hasilnya secara live baju tersebut yang baru aku dapat pada 02 Oktober 2012. Akhirnya penantian aku untuk dapat lihat macam mana baju yang real sampai juga. Tahniahlah sebab berjaya juga baju kelas 5B ini siap. Ops, aku tengah puji mereka sekarang ini diam-diam saja. Tak boleh kecoh-kecoh. Hehehe… MySpace

Dan walaupun aku bukan Guru Tingkatan mereka lagi tapi since aku bekas Guru Tingkatan maka aku beli juga sebagai kenangan.MySpace Jadi aku tak tahu nak cakap apa selain Terima Kasih kerana bagi aku tempah baju tu juga. Tapi tak tahan betul tulis nama aku “FARA” di situ. Hehehe… Dan saiz S lagi tu. Hahaha, lucu lah mereka ni. MySpace

Apa pun, aku tak sabar untuk melihat persembahan mereka (walaupun bukan aku yang di atas pentas bersalaman dengan mereka memberi Sijil Tamat Sekolah mereka). Lepas tu bolehlah ambil gambar dengan mereka di kawasan sekolah. Bukan susah pun.MySpace Apa pun aku doa dan harapkan mereka buat yang terbaik dalam SPM 2012 ini (terutamanya subjek Sains aku dan Bahasa Melayu – ada pula tak dapat sijil SPM kalau tak lulus BM ni).MySpace Kalau tahun lalu ada seorang pelajar aku yang gagal dalam Sains SPM, aku harap tahun 2012 ini semuanya 100%. Insya-Allah. Aku yakin yang mereka boleh melakukannya (termasuklah pelajar kelas 5 C dan 5 A). MySpace

Kalau dulu aku telah suruh collect RM 25 untuk sehelai baju, tapi tak sangka pula baju berharga RM 35.MySpace Maka kenalah top up lagi RM 10 (pada yang sudah bayar RM 25 tapi yang belum bayar apa-apa kenalah bayar RM 35). Mujur mereka pandai timing masa gaji nak keluar. Kalau tak memang haru ungu betullah. Sudahlah lepas wedding ni aku macam kering sikit. Hehehe… MySpace

Pssst… Tapi Cikgu tak janji ya nak pakai baju ni. Tapi kalau lepas tu nak ambil gambar sama-sama itu boleh. Okay?MySpace Jadi jangan marah ya kalau Cikgu pakai baju lain. Hehehe… Oh ya, pakai smart-smart uniform sekolah masa nak ambil Sijil Tamat tu. Biar nampak handsome dan comel gambar kamu pada majlis tu. MySpace

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s