iHeart : Dari Miss to Mrs


Persediaan untuk menukar status dari Miss kepada Mrs memang banyak prosedurnya. Bukannya boleh terus kahwin saja kalau sudah suka. Ini bukan untuk bangsa Melayu saja, untuk semua bangsa juga di Malaysia. Samalah juga seperti aku. MySpace

Kalau pasangan itu sudah ready dan pilih tarikh bila dia mahu kahwin, maka barang-barang yang perlu dia sediakan awal-awal adalah barang iringan hantaran sama ada masa merisik, bertunang mahu pun kahwin.MySpace Yang patut disurvey awal adalah harga pasaran emas yang turun-naik. Bila harga turun tu, silalah borong cepat-cepat ya? Sama juga dengan barang iringan lain, baguslah tunggu masa Mega Sale Y.E.S (Year End Sale). MySpace Tapi sesiapa yang bidan terjun mahu kahwin tiba-tiba, memang pitamlah kalau beli on the spot last minute (sebab harga memang melambung-lambung mahal). Jadi, sila rancang dengan bijak majlis perkahwinan anda. Janganlah bersikap gelojoh tak sabar pula ya? Tak lari ke mana kalau itu memang jodoh anda. MySpace

https://i1.wp.com/www.weddingringmart.com/product_images/d/128/TIR0070__85491_zoom.jpg

Kemudian bolehlah masuk merisik dan bertunang. Sekarang ini ramai yang buat sekaligus saja dua majlis ni (sebab zaman sekarang ramai pasangan jauh-jauh maka tol-minyak nak kena consider juga). Bagus juga cara begini. Apa-apa pun yang penting mestilah fikir untuk baju, make-up dan pelamin (atau hiasan bilik bagi yang buat simple saja). Ops, jangan lupa pula urusan makan-makan (either masak sendiri atau katerer). MySpace

Untuk bertunang, masa aku dulu wakil Tok Sidang kampung aku adalah Tok Imam kampung aku. Jadi kalau di tempat kalian, aku tak pastilah siapa tapi you all boleh tanya parents kalian dan booking that person on that day. Then, remind him bila dah nak dekat seminggu sebelum majlis. Bukan apa, manusia mudah lupa perkara remeh macam ni. MySpace

Dan bila dah booking, terus booking Pak Imam untuk akad nikah nanti ya? Sebabnya biasanya masa bertunang ni akan terus dibincangkan tarikh nikah dan majlis juga. Dan masa itulah Pak Imam akan pesan untuk pergi Kursus Pra-Perkahwinan (kalau di Melaka RM 80) dan lengkapkan borang kahwin. Borang tu pada Pejabat Agama Negeri ada. Jangan risau, tak mahal pun. Jadi, nanti lengkapkanlah borang itu. Contohnya surat akuan bujang, ujian HIV (ujian ini valid 6 months), salinan kad pengenalan kedua-dua pasangan dan sebagainya.

Borang lelaki mestilah diproses dan diluluskan oleh negeri lelaki dahulu dan kemudiannya barulah borang perempuan. Proses itu tak makan masa lama pun (dalam 2 minggu macam tu). Bila dah settle di pejabat agama (negeri perempuan), borang tu bagi pada Pak Imam (juru nikah) bersama dengan dua keping setiap orang gambar. Ini untuk simpanan file dan kad nikah. Lepas tu nanti jangan rungsing-rungsing, masa majlis akad nikah nanti Pak Imam tu bawa tunjuk pada kita. Relax saja. MySpace

Sekarang lepas tu boleh focus pada majlis kahwin. Kalau kalian buat di rumah (macam aku buat), kena pastikan rumah tu ready for the wedding. Contohnya kalau nak kena cat rumah ke, tempah langsir ke, tukar sarung cushion ke… Oh, so memang kena get ready yang tu.MySpace Masa aku dulu, memang penat gila-gila Acik nak siapkan langsir untuk majlis aku.MySpace Cat pula jangan cerita macam mana seksanya Hafiz dan Busu Kojam mengecat luar-dalam rumah.MySpace Hohoho, fikir kembali rasa terharu pula. MySpace

Tapi kalau buat di dewan pun kena deal dengan pihak pengurusan dewan tu. Tengok setting dewan tu macam mana. Dewan biasanya ada dengan kerusi-meja dan DJ. Tapi, tanya sungguh-sungguhlah ya semua tu. Kalau tak, silalah cari DJ untuk majlis tersebut. Dan selain DJ, cari jugalah kompang. Kalau yang tiada kompang tu, suruh DJ tu pasang lagu kompang (bolehlah, janji ada). MySpaceTapi ada juga yang boleh tanya ke sekolah berdekatan yang ada kompang. Bukan apa, guna pelajar dapat murah sikit. Hehehe… MySpace

Oh ya, jangan lupa cari tempat penginapan untuk keluarga lelaki kalau perlu. Sebabnya macam aku perlulah sebab FG dari KL maka memang aku ada booking homestay yang sangat dekat dengan rumah aku. Dan masa tu kena pastikanlah berapa ramai rombongan lelaki. Dah dekat seminggu sebelum boleh comfirmkan semula. MySpace

Dan masa tu kalau perlukan transport untuk bertandang ke rumah lelaki pun, dah boleh cari. Ramai yang guna kereta saja tapi masa aku tu, kami guna satu bas ke KL. Balik tu siap singgah di Nilai lagi. Hahaha… Jangan risau, normalnya rombongan paling ramai pun 50 orang. MySpace

Dan satu lagi yang macam trend adalah pakai baju satu kayu. Hohoho, ini memang I like! Aku pergi beli baju untuk semua pakcik dan makcik aku. Paling best warna pink! Woohoo, sangat best! Tapi kalau tiada budget, tak perlulah ya? MySpace

Dan lepas tu carilah Mak Andam. Masa tu boleh decide samada pakej bilik tidur ambil sekali atau tidak. Kalau tidak maka cadar kenalah beli sendiri ya? Kalau under pakej tak payah pening-pening, pakai saja cadar Mak Andam tu (kalau ada). Then, pelamin, baju, kasut dan make-up. Decide juga sekali untuk sebelah lelaki macam mana. Biasanya kita ambil sekali tapi bagi yang jauh ada juga di sebelah lelaki cari Mak Andam lain. Baju pun kena tengok majlis apa yang ada. Tapi untuk photoshoot boleh saja ambil sampai 15 pasang pun. Cuma kena rajin tukar-tukar baju macam model. Hehehe… MySpace Dua minggu before majlis boleh pergi cari semula Mak Andam untuk remind dan try sekali lagi baju. Bukan apa, ada juga yang badan dah naik maka nak sarung baju terus tak muat. Susah juga kan?

Macam aku, semua kasut aku untuk majlis aku punya sendiri. Sebabnya aku memang penggila kasut jadi untuk wedding aku semua warna kasut aku ada (dan kalau tiada pun memang aku akan ada kan… Hahaha). Jadi, itu semua terpulang pada bicara anda dengan Mak Andam yang anda guna khidmatnya tu. Ops, tapi lelaki biasanya sepasang kasut hitam sudah cukup (kasut sendiri ya). Mak Andam tak sediakan kasut lelaki biasanya. MySpace

Dan yang paling penting adalah kanopi dan katerer. Kanopi kenalah ikut tema yang kita pilih. Tapi kalau pakai dewan tiadalah kanopi. Biasanya kanopi datang dengan kerusi-meja dan pinggan-mangkuk. Tapi ada juga yang tiada sediakan pinggan-mangkuk. Jadi kena tanya betul-betul sebelum sign mana-mana agreement. MySpaceKemudian katerer. Katerer biasanya ada pinggan-mangkuk juga. Kalau katerer ada, maka tak perlulah sewa dengan kanopi. Janganlah nak buat gila sewa dua-dua pula tau. Macam aku, tiada katerer sebab masak sendiri. Jadi, bagi yang di kampung dan masak sendiri maka kenalah cari tukang masak dan berbincang.

Yang pentingnya, kalau katerer wajiblah kalian test dulu makanan dia. Kalau tak sedap tapi bayar mahal-mahal, rugi pula kan? Harga sudahlah paling minimum RM 10 seorang. Kalau tukang masak, kenalah tanya apa barang nak di beli. Dan itulah yang berlaku pada keluarga aku. Memang kami beli sendiri semua barang untuk majlis (sampai 12 kampit beras kami borong di Tesco). Jadi, untuk makanan bila dah jumpa tukang masaknya (termasuklah katerer) silalah berbincang menu dan get ready apa yang disenaraikannya. MySpace

Kemudian sila booking untuk kad. Kad biasanya ambil masa 2 minggu untuk siap. Ramai cari online tapi ada juga yang cari di kedai. Kad ni tak kisahlah, janji ada kad untuk ingatkan orang tentang majlis rumah kita. Dan bila dah dapat kad, kenalah pergi standby setem dan pos pada kawan-kawan.MySpace Sekarang ini mudah, ramai pos di FB saja (kemudian invite dan tag kawan-kawan). Walau apa pun caranya, jangan invite overdose pula dari yang dijanjikan pada katerer. Nanti berlambak orang datang tapi tak cukup makanan pula. Lagi susah dan bikin malu. MySpace

Kemudian, boleh sediakan goodies. Macam aku, goodies ke SDK aku pos saja (kemudian Wani dan Panda yang agihkan). Tapi terpulanglah kalian goodies macam mana nanti. Lagipun goodies tu kena tengoklah berapa ramai jemputan kalian dan apa majlis yang nak kena bagi. MySpace Macam rumah aku, goodies memang super duper banyak. Sebabnya masa majlis akad nikah bagi pada keluarga lelaki. MySpaceMajlis berinai besar bagi pada keluarga lelaki MySpace dan kumpulan marhaban (orang dari masjid).MySpace Majlis khatam Al-Quran bagi pada kumpulan marhaban perempuanMySpace dan sewajibnya pada majlis kahwin (goodies keluarga lelaki dan tetamu).MySpace Jadi memang sangat banyak. Kalau yang buat simple, senanglah. Jadi, masa bikin goodies tu kena fikir-fikirkan ya? Masa rumah aku dulu sebab ada majlis khatam, maka kena buat pulut kuning lagi. Memang leceh sikit la tapi bila buat ramai-ramai, okay juga tu. MySpace

Oh ya, bunga telur pahar jangan lupa. Sebab ada tepung tawar kan? Jadi, preparelah bunga rampai juga. Tapi kalau rumah yang tiada pelamin tak perlulah susah-susah nak buat. Macam aku, malam berinai ada bunga telur pahar, bersanding pun ada lagi. Jadi memang banyak setlah nak buat. Serta, nanti pada rumah lelaki kami akan bawa sepahar bunga telur pahar (balas untuk lelaki bawa masa majlis rumah perempuan).

Tapi zaman dah moden, ramai bunga telur pahar sudah bertukar menjadi bunga pahar coklat (sebab aku sendiri pun letak coklat Kinder Joy). Tapi masih ada yang letak telur lagi (ada juga yang gantikan dengan telur itik atau telur masin tu). Tak kisahlah, yang penting bunga pahar tu ada di sisi pelamin ya? MySpace

Biasanya majlis kahwin mesti akan ada kek. Tak kisahlah kek tempah atau kek beli terus saja. Yang penting ada kek. Kalau nak meriah lagi, letak kek cawan yang comel-comel tu. Aku pun ada kek (3 tingkat lagi). Rumah FG pun ada, itu memang pakej dengan dewan yang dia tempah tu. Apa-apa pun biasanya memang ada kek.MySpace

Dan banner atau bunting jangan lupa. Bukan apa, barulah nampak gah sikit event.MySpace Dan jangan lupa penunjuk arah (yang tunjuk kanan, kiri dan terus).MySpace Aku lupa tentang penunjuk arah masa majlis rumah aku. Kelam kabut suruh Aiman buat. Mujurlah keluarga aku ni boleh diharapkan untuk kerja last minute. Hehehe, tapi memang funnylah. Kami siap balut dengan plastik lagi sebab takut kena hujan. Hahaha… MySpace

Cakap tentang hujan, ada petua untuk bagi cuaca cerah (tapi masa majlis aku, aku tak buat pun). Nenda cakap kena baling baju pengantin ke atap sebelum majlis.MySpace Tapi since terlalu sibuk, aku pun terlupa maka pada malam berinai tu hujan lebat… Gilalah aku kena ceramah gila-gila sebab aku tak buat acara baling baju ke atap tu. Huhuhu… Malam tu aku berdoa kaw-kaw supaya tak hujan masa majlis. Mujurlah doa aku dimakbulkan dan esoknya cuaca cerah. Alhamdulillah… Risau juga aku kalau hujan. Memang rosak kasut pink aku nanti. Hehehe… MySpace

Kalau kita buat di dewan, biasanya ada tempat parking. Tapi kalau buat di rumah (especially rumah kampung macam aku di MLK yang lorong memang sempit dan muat-muat satu kereta lalu) maka kenalah upah RELA tolong conduct untuk cari parking. Jadi kena ambil kira banyak faktorlah ya? Kalau yang pakai space jiran-jiran tu, kenalah rajin-rajinkan mulut meminta izin parking untuk majlis nanti. Insya-Allah, bagi juga tu. MySpace

Dan last sekali, jangan lupa tempah photographer. MySpaceIni untuk memori kenangan sendiri maka terpulanglah nak yang mahal atau murah. Dan ada sesetengah orang buat guestbook untuk kenangan. Macam aku memang aku tak buat guestbook tu. Tapi Wani ada buat (aku datang tapi lupa pula nak tandatangan dalam buku guestbook dia). Bagus juga kalau nak buat as kenangan. Sebab two things ni as sweet memory only. Up2U nak buat macam mana. Hehehe… MySpace

Oh lupa pula, kalau sempat bolehlah buat spa aromatherapy.MySpace Aku memang tak buat dan tak boleh nak buat pun sebab aku baru lepas operation masa aku kahwin tu. Maka, kalau berkesempatan bolehlah buat tapi kalau tak buat pun tak apa. Itu tak wajib pun. Bagus lagi kalau tak buat, jimat sikit duit. Hehehe… MySpace

Psst… Jangan lupa booking untuk honeymoon dan baju tidur. Ramai yang terlepas pandang perkara ni termasuklah aku. Hahaha… Dah habis berlalu baru teringat. Kihkihkih… Nak buat macam mana kan? Sibuk sangat fikirkan perkara lain. Hahaha… MySpace

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s