iHeart : Question & Answer


Sekarang ini aku dengan aktifnya tengah menolong Cikgu Satidja membuat pengiraan markah ko-kurikulum bagi kelas 5B. Walaupun sebenarnya itu bukanlah kerja aku tapi memandangkan aku ada banyak free time maka aku pun tolong dia buat pengiraan ini. Mujur kelas tingkatan 5, kalau kelas tingkatan 4… Jenuhlah aku nak cari nama seorang demi seorang untuk last year marks (sebab markah carry until form 5). MySpace

Dan aku juga dengan baik hatinya masuk mana-mana kelas yang diberi jadual ganti pada aku tanpa apa-apa masalah pun (biar pun kadang-kadang masa yang diberi itu tak releven).MySpace Tapi since aku tak berapa busy, maka aku malas nak complaint banyak sangat. Sebab aku tahu juga mereka ada PHD (perasaan hasad dengki) yang tinggi pada aku. Well, apa mahu buat. Sabar saja lah kan? Lagipun bila aku masuk menjaga kelas tu, aku busy juga membuat kerja aku sendiri. Asalkan pelajar dalam kawalan (jangan ada pula yang terjun bangunan), maka aku okay saja. MySpace

Jadi, inilah jadual latest aku since June 25, 2012 lagi. Ahaks, ada perhimpunan saja. Yang lain akan diisi harian (jadual relief) oleh AJK Jadual Ganti.MySpace  Jadi aku pun tidak ada memegang mana-mana kelas dan terlucutlah jawatan aku dengan mana-mana kelas juga. Jadi, bila ada pelajar 5B datang mencari aku bertanya macam-macam, aku tak tahu nak cakap macam mana. MySpace

Jadi, aku harap ini menjawab segala persoalan mereka. Pertama sekali mereka kena tahu yang Cikgu Satidja itu guru kelas mereka.MySpace Dan kedua, aku bayar RM 35 (baju kelas 5B) sebabnya Fung Kar Ying sudah order untuk aku. Jadi, bukanlah bermaksud aku masih lagi guru kelas. Cuma aku bayar sebab baju tu aku punya. Takkanlah tak bayar pula kan?MySpace Dan ketiga, aku tiada jadual dengan semua kelas lama aku. Aku juga tidak akan ajar mereka pun lagi. Sebabnya sudah mahu habis sekolah ni. Takkanlah nak rombak jadual waktu semata-mata demi aku. MySpaceDan yang keempat, aku bukannya berpindah tapi aku bercuti sakit. Aduyai, ada juga yang tanya aku “Bukan Cikgu pindah ke?” dan aku tak tahu nak reply apa bila ditanya soalan tu. Tapi yang pastinya insya-Allah tahun 2013 aku memang totally pindah dan tiada di SDK lagi. Hehehe… MySpace

Dan terakhir sekali, aku nak mereka tahu walaupun aku tidak mengajar kelas mereka lagi (especially 5B dan 5C), aku selalu doakan kejayaan mereka dalam SPM.MySpace Jadi, buatlah latih tubi sehabisnya kerana latih tubi amat membantu kalau dah last minute macam ni. Buat yang terbaik ya, kalau tidak sia-sialah kamu belajar selama 2 tahun ni. Penat-penat ke sekolah belajar tapi bila sampai masa diuji, gagal pula. Aduyai, tingkatan 5 hanya sekali seumur hidup tau! MySpace

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s