iHeart : Back2Work


Selamat bekerja semula pada diriku yang sudah lama bercuti. Macam tak percaya saja yang aku akan masuk kembali bekerja. Dan hari pertama nanti mesti aku agak kekok dan lupa sedikit apa yang patut aku lakukan. Hahaha… It’s okay, yang penting aku akan masuk kerja semula.MySpace

Masuk kerja maksudnya akan kembali memandang orang-orang yang akan memandang aku dengan perlian tajam (sampai aku terluka) dan sinis. Hohoho, dan ada aku kisah? Yang penting, jangan ada yang pandang aku sampai mata mereka terkeluar pula kan? MySpace

Dan akan berderet ucapan “SELAMAT PENGANTIN BARU” dan “SELAMAT BEKERJA SEMULA” pada aku nanti. Nanti aku update ucapan mana yang banyak, hehehe… Tapi memang akan asyik aku tersenyum saja nanti sebab ucapan-ucapan itu. Tapi jangan terkejut, ada juga ucapan gaya sinis nanti (hohoho, itu memang pasti). MySpace

Apa-apa pun, aku dah fly ke SDK dan sampai ke sini. Aku kembali semula menggila menetap dengan Wani dan Azy. Barang-barang aku dalam rumah lama Panda nantilah aku ambil. Bukan apa, aku kan ada 2 bulan lagi di SDK ni. Ngeh ngeh ngeh… Ayat macam pasti pula mulai 2013 nanti aku sudah masuk ke sekolah baru (di KL). MySpace

Psssttt… Pelajar-pelajar masa tu mesti tengah sibuk dan fokus belajar sebab masa tu PMR  dan SPM dah dekat gila-gila.MySpace Aku doakan mereka berjaya dalam memberi jawapan yang terbaik boleh mereka tulis di dalam dewan peperiksaan nanti. All the best!

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s