iHeart : Rombongan Bas Che Wah


Disebabkan keluarga FG jauh, maka mestilah mereka bermalam di MLK untuk majlis kahwin kali ni. Dan mestilah aku mencari homestay dekat dengan rumah aku supaya mudah perjalanan mereka nanti.MySpace Tapi itulah, mahal-mahal homestay di MLK sekarang ni. MySpace Geleng kepala aku mendengar harga homestay yang Pak Lang aku carikan tu. Tapi apa pun mereka dah bermalam pun di rumah tu. Jangan fikir banyak, yang penting majlis dah settle.

Tapi mujurlah bas yang Pak Lang aku cari untuk perjalanan bertandang ke rumah FG bulan September nanti dengan harga yang berpatutan. Kalau tak mestilah aku akan surrender dan berguling-guling cakap aku nak bas lain. MySpace

Cerita tentang bas, ini adalah kali kedua keluarga aku bertandang menggunakan bas. Masa pertama kali dulu adalah majlis perkahwinan Etam (pakcik aku). Dia kahwin dengan orang Pahang jadi kami ini memang naik bas ke sana. Apa yang menariknya bas tu boleh pula rosak di tengah jalan di tengah hutan pula tu. Memang creepylah masa tu.MySpace Sebab jalan ke Pahang masa dulu tidaklah secanggih sekarang. Tapi mujurlah driver bas tu pandai baiki sendiri bas tu jadi akhirnya kami selamat sampai ke Pahang dan selamat pulang ke Melaka (tapi memang sampai malam di MLK).

Dan masa rombongan Pahang ke Melaka pun, kenangan yang sama iaitu bas rosak. Walaupun bas mereka lebih baru daripada bas kami tapi driver bas dia tak pandai baiki bas dan kena panggil mekanik. Sudahlah masa tu hujung minggu (bengkel tutup) dan akhirnya rombongan tersadai di rumah kami. Kelakar bila ingat kembali kenangan tu. MySpace

Tapi, janganlah majlis aku jadi macam tu pula lagi. Selisih Malaikat 44!MySpace Tak nak aku pisang berbuah dua kali. Jadi memang aku paksa Pak Lang selidik dulu betul-betul bas yang nak ambil tu supaya tak jadi macam ke Pahang dulu. Aish, cerewet pula aku rasa diriku ini. Hahaha… MySpace

Psst… Tapi ada juga ahli keluarga aku yang tak nak naik bas beramai-ramai (contohnya Ain yang tunggu di rumah Etam sahaja). Sebabnya mereka nak pergi berjalan-jalan ke tempat lain pula selepas wedding tu. Tiada paksaan, aku hanya sediakan dan terpulang jika ada yang nak ke KL menggunakan kenderaan sendiri. Janji kamu bahagia! Amin! MySpace

Ops, tapi aku sendiri naik kereta pergi sana. Beriya sahaja aku complaint tentang bas tapi aku tak naik pun. Hahaha…MySpace Bukan apa, aku nak orang lain yang naik itu selesa jadi mestilah aku cari yang terbaik kan? Baik hati kan aku ni? MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s