iHeart : Dr Haziq & Cikgu Afwani… Selamat Pengantin Baru!!!


Selamat Pengantin Baru aku ucapkan pada housemate aku, Puan Afwani dan pasangannya Dr Haziq!!! MySpaceWalaupun aku tidak dapat datang ke Kelantan (majlis rumah Wani) tapi aku cuba juga menghadirkan diri ke majlis Haziq di Bandar Baru Nilai. Itu pun mujur sebab majlis Wani tidak bertembung dengan majlis adik FG.MySpace Sebab majlis rumah Saifol aku tak dapat datang sebab majlis Panda sama hari dengan majlis adik FG. So, maaf ya Panda. Bukan tak nak pergi tapi tak boleh nak pergi. Maaf, maaf… Tapi masih aku doakan majlis itu berjalan seperti yang dirancang, insya-Allah… MySpace

Ini gambar yang sempat aku ambil dengan Wani sebelum dia memotong kek. Peh, coklat beb! Sudahlah bersanding tadi dengan warna pink! Dan semua keluarga Haziq berpink (memang borong satu kayu) – serius, gua jeles beb! MySpace

Dan ini yang Wani bagi pada aku untuk hebahan di Facebook aku (ni gambar majlis di Kelantan). Bukan apa, Wani tiada FB jadi memang dia mengwar-warkan perkahwinan dia di FB aku untuk makluman rakan-rakan yang lain. Jadi, tidaklah orang cakap dia sombong tak beritahu sesiapa yang dia kahwin kan? MySpace

Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kerana sudah bergelar Puan pula kan? Jadi, silalah cepat-cepat mohon pindah ke Pahang (sebab Haziq doktor di Temerloh) pula ya. Syukur dan tahniah sekali lagi. Aku tumpang gembira bila lihat kawan-kawan gembira sama. Hehehe…

Pssstt… Katerer makanan di Nilai memang aku tabik habis! Sedap terangkat gitu. Peh, memang I like (siap bertambah-tambah makan). Sudahlah suasana pink tu sesuai dah dengan mode aku. Memang terbaik! MySpace

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s