iHeart : Merdeka… Merdeka… Merdeka


Sebagai anak Malaysia yang berjiwa merdeka, aku dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 55 untuk tahun 2012 ini. Macam tak percaya tapi sudah 55 tahun negara kita bebas daripada mana-mana penjajah, alhamdulillah… Monkey

Dan tahun ini bertema Janji Ditepati sesuai dengan transformasi negara 1Malaysia, banyak perubahan inovatif yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Perdana Menteri kita. Dan harapanku agar selepas ini tiada lagi istilah janji politik yang sering kita dengar sebelum pilihan raya. Majulah ke depan dan berusaha bersama-sama dalam membina negara Malaysia ini ke arah yang lebih stabil daripada semua sektor terutamanya ekonomi.

Dan yang paling aku suka tentang kemerdekaan kali ini adalah cupcake yang dilancarkan oleh Celcom. Sangat sesuai masanya sempena bulan kemerdekaan ini. Memang aku tabik spring!!!! MySpace

Dan aku tahu aku tidak layak bercerita tentang erti merdeka ini cuma yang boleh aku katakan, aku bersyukur kerana negara kita masih lagi berdiri teguh sebagai satu negara yang majmuk dan aman damai. Dan aku berdoa agar toleransi ini berkekalan sampai bila-bila, insya-Allah.

Pssst… Apa pun aku kecewa tak dapat tengok bunga api secara live masa detik Ogos 31, 2012. Sangat jealous pada semua yang dapat tengok. Huhuhuhu… MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s