iHeart : Undangan Ct Panda & Lela Belang


Proudly to say, Ct Panda; she is one of the best buddy ever had.MySpace Walaupun dia suka membebel (pening juga kadang-kadang dengar tapi most of the days aku suka dengar dia complaint bout how life treats her sebab funny, hahaha… jangan marah ya kalau baca ni tau Ct Panda) tapi she really have a big warm and good heart.MySpace Dan siapa sangka jodoh dia dengan cikgu satu sekolah dengan dia (dan satu sekolah dengan aku juga la kan?) iaitu Cikgu Saifolrizan. Tahniah En S kerana berjaya mencuri hati dia.

Dan tahniah kepada kedua-kedua cikgu ini kerana akhirnya mengambil keputusan drastik untuk menukar status bujang setelah penat bergelumang dengan gosip-gosip liar dan panas di SDK (wah, macam ayat Melodi pula). SELAMAT PENGANTIN BARU! Aku sentiasa doakan kebahagiaan dia dan akan datang ini juga. Uh, mujurlah dia pilih En S (kalau yang Si F tu… mati kena kutuklah dengan aku selalu, hahaha). MySpace

Dan inilah kad yang ditunggui oleh aku. Sangat gothic ayu gitu. Hehehe… Apa-apa pun yang penting aku nampak alamat dan pelan ke rumah pengantin. Nanti kalau kad meletup tapi tak jumpa rumah, susah pula kan?

By the way, oleh kerana berlaku kegelojohan tarikh; maka Ct Panda pun mencuri tarikh majlis perkahwinan aku iaitu 25 Ogos 2012. Jadi dengan erti kata lain, kami ni kahwin sama hari cuma berbeza negeri sahaja. Kalau sama negeri, memang havoc habislah! Bezanya aku nikah awal sedikit daripada Ct Panda tapi yang lain memang sama. Kelakar pula bila tarikh sama, sebab tak dapat nak attend majlis kahwin best fren sendiri jadi agak dissapointed jugalah tapi apa nak buat, dah tak tahan kan? (hahaha, ayat ini dipinjam dari En S – ops, aku tak suka buat ayat berani mati ya? Hahaha) MySpace

By the way, insya-Allah aku akan cuba mencari masa ke majlis di sebelah Saifol iaitu pada 1 September 2012 di Negeri 9 (sebab itu aku perlukan kad yang ada alamat Saifol bukan Ct Panda). Tapi sukar nak janji sebabnya majlis sebelah Saifol adalah sama tarikh dengan majlis sebelah perempuan adik Faiz. Tapi apa-apa pun aku akan cuba yang terbaik (wah, ayat macam gempak) untuk hadirkan diri ke majlis perkahwinan dia.

Tapi masalahnya sampai tika dan saat ini, kad Saifol tak kunjung tiba (macam tak nak bagi aku datang rumah dia saja ni). Jadi, macam mana ya aku nak redah ke Negeri 9 (rumah Saifol) berbekal alamat tanpa pelan? Hohoho… Saving nasi minyak ke Saifol, tahulah rumah awak tu 3 pasang pengantin. Kuikuikui… Jadi, kalau nak aku datang wajiblah make sure kad tu sampai di rumah aku sebelum majlis ya? Kalau dah selepas baru sampai, alamatnya memang aku tak pergi ke rumah sanalah ya?

Jadi sebagai precautions ketidakpastian kehadiran aku ke majlis perkahwinan Ct Panda, maka aku telah pun mengepos hadiah ke sekolah (sekaligus dengan kad jemputan aku ke SDK juga) buat Ct Panda. Jadi aku harap Ct Panda tidak berkecil hati dengan aku sekiranya aku tidak dapat datang ke majlis perkahwinan dia di Negeri 9. Maafkan Adik tau kalau Adik tak datang majlis Akak. Jangan marah-marah, nanti cepat tua macam Saifol. Hahaha…

Dan menulis tentang hadiah yang dipos, aku juga turut pos hadiah untuk Lela Belang sempena perkahwinannya pada 23 Ogos 2012 (minggu yang sama dengan tarikh perkahwinan aku) di Kelantan. Hohoho, aku memang nak pergi (at least sebelah lelaki) tapi sebelah lelaki (24 Ogos 2012) pun tarikh dekat-dekat maka comfirm aku tidak dapat datang ke sana kerana aku sendiri sedang sibuk di Melaka untuk last minute touch up. Sangat sedih sebab tak dapat tengok Lela Belang (yang sangat kurus macam Jerangkung tu, hahahahaha…) Ops, kutuk orang lagi aku ni. Aduyai, habis pahala aku asyik mengutuk orang macam ni. MySpace

Jadi, di kejauhan ini aku mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia ke akhir hayat ya Cikgu Lela Belang. Oleh kerana the only belang yang datang dalam kepala aku adalah Zebra maka inilah symbol yang boleh aku letak sebagai represent Cikgu Lela Belang ini. Janganlah kecil hati sebab aku macam sengaja tak nak bagi alamat untuk pos kad pada aku, tapi sebab aku tahu yang aku tak dapat datang juga pun kalau dapat kad tu pun. (Uh, sedihnya ayat aku ni.)  Jadi dari dia rugi satu kad bagi pada aku yang comfirm tak datang, baik dia bagi pada orang lain yang 50% mungkin akan datang. Walaupun tak dapat datang, jangan risau sebab aku akan tengok photo kahwin di Facebook juga nanti. Jadi, silalah tag nama saya ya di album kahwin nanti.

Dan sebagai menutup entri mengucap tahniah kepada mempelai-mempelai ini, saya sekali lagi mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan moga hingga ke akhir hayat jodoh perkahwinan kalian (dan aku juga, hahaha). MySpace

Pssst… Jadi, Cikgu Bebiri akan datang ke majlis perkahwian yang mana? Nah, confused sudah kan? Hahaha… MySpace

 

 

 

4 thoughts on “iHeart : Undangan Ct Panda & Lela Belang

  1. Lailawati Zakaria says:

    hahahaha…fara ngenggggg…i’m the lela belang wanna wish both of u happy2 slalu…smoga mjlis smbut menantu nnt berjalan dgn lancar..aku trun KL tp 16hb da balik sndakan…so sad cannot attend ur wedding =(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s