iHeart : Aidilfitri 2012


Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI kepada semua umat Islam yang menyambut Hari Kemenangan ini. Sesungguhnya, nikmat Syawal 1433H yang diberi pada kita tahun ini insya-Allah akan membawa hikmah kepada kita. MySpace

Dan aku juga memohon kemaafan seandainya aku ada terkasar bahasa dalam lisan atau menulis samada secara live atau pun di belakang tabir atau pun dalam mana-mana website. Janganlah berkecil hati dengan bahasa Melaka aku yang kadang-kadang diluar kawalan aku tu (boleh tak bagi alasan macam ni? Hehehe…) MySpace

Dan aku bersyukur kerana aku masih lagi dipertemukan dengan Syawal 1433H ini. Alhamdulillah… Dan terus terang aku katakan, aku sangat rasa bertuah kerana masih lagi terlindung dalam peliharaan-Nya. Dan moga-moga tahun ini aku semakin dilindungi oleh-Nya dan diberkati oleh-Nya. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Dan masuknya Hari Raya maknanya majlis perkahwinan aku juga makin dekat. Debar janganlah cerita tapi nervous sangatlah banyak. Dan kerja juga semakin pressure. Hahaha, sampaikan nak jalan raya pun susah. Punyalah sibuk dengan preparation wedding. Hehehe… MySpace

Tapi masih lagilah aku dapat kumpul duit raya tahun ini tau! Dan ayat as usual semua, “tahun ini last ya, next year minta pada cik abang”. Nah FG, baca tak ni? Hahaha… MySpace

Raya ini selain duit raya mestilah cerita tentang biskut raya. Dan tahun ini favorite aku jatuh kepada Blueberry Cheese Tart. Nyum nyum. Disebabkan agak leceh sebab nak kena fridge dan harga pun agak mahal, maka kalau datang ke rumah aku mestilah tidak dihidangkan biksut ni. Maaflah ya, ini cuma untuk makan family sahaja. Kalau nak makan kena jadi family member dahulu. Huhuhuhu… Nampak dah sikap kedekut kan? MySpace

Dan tahun ini masih lagi kami (aku dan adik-adik sepupu aku) suka menapau (bungkus dalam tisu masuk dalam handbag) biskut-biskut raya yang sedap-sedap jika terjumpa di mana-mana rumah orang. Hahaha, kagum tak? Mujur tak ambil satu balang (dengan balang-balangnya sekali kan?) MySpace

By the way, raya kali ini sangat bersyukur sebab Khidir datang beraya (dan siap salam tangan aku lagi tu) pada 01 Syawal 1433H setelah sekian lama tak beraya dengan kami. Dan harapan aku biarlah setiap tahun pun begini (harap-harap tak jadi “harapan” saja kan?) Jadi kali ini banyaklah Khidir dapat collect duit raya. Hehehe… Bolehlah dia beli hadiah kahwin untuk aku kan? Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Dan kali ini juga iklan terbaik adalah iklan Bernas yang sangat menyayat hati. Pandainya pereka marketing iklan Bernas buat (dah berjaya lawan box office Petronas suatu masa dulu nampaknya).

Apa-apa pun raya kali ini bagi keluarga aku banyak berfokus pada majlis kahwin aku. Tapi masih lagi kami bakar mercun dan bunga api tau cuma pelita saja yang tak pasang (lilin pun jadilah kan?).

Now, very can’t wait for the wedding day! Nanti aku update ok? MySpace

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s