iHeart : Dari 100 Paper Bags Gift kepada 1500


Wohooo, sekejap betul postage Skynet. Hari ni aku pos ke SDK, esoknya dah sampai (no wonder harga pun terik sedikit tapi tak apalah, yang penting dah settle).MySpace Apa yang aku pos? Hohoho, actually aku pos ke sana adalah 100 paper bags gift untuk semua rakan-rakan sekerja aku (maaflah pada yang bercuti dan tak datang masa tu, tak tahulah samada Ct Panda atau Afwani ada simpankan bagi atau tidak). Aku suruh bagi juga pada pekerja-pekerja pembersihan yang selalu tolong aku masa aku kemas-kemas barang dulu (jangan risau, memang cukup 100 paper bags gift tu). Dan kalau ada lebih, aku suruh pass around pada kawan-kawan SDK yang lain (tapi dahulukan SMSS dulu).

Ops, dah lupa pula nak ucapkan terima kasih pada Ct Panda dan Afwani yang tolong mengagihkan paper bags gift aku di sana. Budi kalian sentiasa aku kenang selalu.MySpace Walaupun aku tahu tengah sibuk dengan PMR (sebab kedua-duanya SU Peperiksaan PMR) tapi terima kasih banyak-banyak kerana mencuri-curi masa rehat kalian mengagihkan paper bags gift tu kepada semua sebagai wakil aku. Terima kasih sangat-sangat (rasa sebak sampai nak menitis air mata pula fikir pengorbanan masa rehat mereka untuk aku). MySpace

Walaupun paper bags aku tidaklah seHOT mana tapi memadailah untuk menjadi kenang-kenangan pada semua. Aku sekeluarga yang mempacking paper bags tu (sampailah memboxkan paper bags dan mengangkat masuk ke kereta dan bawa ke Skynet). Come on lah, aku mana larat nak buat seorang diri dengan keadaan aku yang agak tidak berapa nak mengizinkan sangat ni.

Pakcik aku ada juga yang membantah idea aku nak pos ke SDK ni. Katanya, bawa saja naik kapal terbang nanti bila aku nak balik sana nanti. Ideologinya memang begitulah (dan jimat juga kan?) tapi bila sampai di SDK dan tinggal aku sendiri nak angkat semua kotak (oh, memang tak boleh). Jadi, aku surrenderlah nak jimat sampai macam tu skali. MySpace

Dan aku pos guna Skynet pun sebabnya aku yakin yang mahal ini terjaga sedikit kualitinya sebab aku letak makanan dalam paper bags gift tu (harap-harap pekerja tu faham maksud word Fragile yang tertampal di situ).

Berapa harga aku pos ke SDK? Hohoho, untuk 5 kotak harganya hampir RM 500+. Memang melayanglah duit aku begitu saja masa tu. Apa mahu buat, memang macam tu kan; harung saja!MySpace Skynet atau kapal terbang tu bukan ada share dengan aku nak dapat harga diskaun pun? Hohoho… Lainlah kalau ada scandal dengan pilot ke (kihkihkih). MySpace

Dan selepas ini aku akan berhempas pulas sekeluarga lagi menyiapkan paper bags gift untuk keluarga FG dan sahabat-saudara yang datang pada majlis aku nanti. Oh, ini lagi mencabar sebab bukan ratus tapi ribu. Kami akan menyiapkan 1500 paper bags gift (termasuk untuk majlis Marhaban dan Khatam Al-Quran) maka janganlah risau kalau tak dapat ya?MySpace Cuma, sebab terlalu banyak maka biasanya yang datang awal akan dapat yang best-best sikit berbanding yang datang pada penghujung hari. Jadi, aku amat menggalakkan kalian datang awal ke rumah aku dan diingatkan sila bersalaman dengan Nenda aku atau aku kerana jika lepas makan terus blah memang tak dapat apa-apalah ya? Memang kena buat marking shake hands beritahu yang I was here. Hahaha… Demand kan? Biasalah, memang mengada-ngada sikit demand.

Untuk pengetahuan semua, actually di rumah aku memang tradisi menggunakan telur memang dah sebati. Jadi, memang tiadalah jumpa candy atau jelly di rumah aku. MySpace Sebabnya kami rebus telur menggunakan kayu yang memang sudah ada di rumah (sentiasa prepare untuk masak macam ni) jadi bila aku nak pos ke SDK, aku memang ditentang habis-habisan untuk mengepos telur ke sana (sebab telur lebih mudah rosak dan berbau). Maka aku tukarlah isi ke SDK dengan makanan yang tahan lasak (dodol dan baulu) supaya tidak mudah rosak. Jadi harap maklum ya? Jangan kecil hati pula bila tahu perkara tu. Tapi okey juga kan makanan yang aku isi tu? Aku dah test makan sebelum bagi pada kalian, di jamin sedap. Kalau nak order sila beritahu, aku tolong belikan (serious ni). MySpace

Pssst… Pernah dulu kami campurkan gula-gula dan telur masa kahwin Pakcik aku (tak ingat siapa sebab dah lama sangat) tapi Nenda asyik merungut dan mengungkit tetamu tak puas makan bertahun-tahun (padahal tiada orang complain pun tak cukup, aduyai). Jadi disebabkan itu kami ambil keputusan untuk fully 100% guna telur (baru puas hati Nenda, hahahaha). Tapi kali ini ada perubahan yang aku buat tentang telur ni (itu pun setelah bertikam lidah dengan Nenda tentang isu telur) dan akhirnya dia mengalah jugalah dengan aku (hohoho) dan apa perubahannya, kena datang lihat sendirilah ya? Mana boleh beritahu sekarang, tak surprise nanti. Kikiki… MySpace

Apa-apa pun untuk warga SMSS, harap-harap kalian berpuas hati dengan isi kandungan paper bags gift yang aku kirimkan tu. Jangan risau, nanti kita akan jumpa lagi bila aku habis tempoh cuti sijil sakit MC aku nanti. Hahaha, aku pun rindu nak borak-borak dengan semua.MySpace Di rumah sendiri sekarang ini agak boring sedikit (sebab kebanyakkan kerja aku tak boleh buat pun). Kerja aku kebanyakkannya Acik yang uruskan (huhuhu, malu pula bila fikir kembali). Terima kasih Acik. Budimu akan aku kenang jua. Nanti comfirm masa Acik nak kahwin aku akan tolong dia uruskan majlis dia nanti. Insya-Allah.

 

 

 

One thought on “iHeart : Dari 100 Paper Bags Gift kepada 1500

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s