iHeart : Bersungguh-sungguh Beraya


Tahun ni nampak sungguhlah Nenda aku nak beraya sakan tahun ni. Sampaikan meja makan dari kerusi 6 sudah bertukar kerusi 8. Terbaik! MySpace Dan semua orang macam kagum sebab semangat raya Nenda aku yang sangat mendadak ni. Tabik spring! Dan bagi sesiapa yang beraya di rumah aku, silalah puji sikit meja makan Nenda. Bukan apa, kembang sikit hati dia bila ada orang puji meja yang memang dia dah aim cukup lama (sejak makcik aku Bee Shelly beli meja makan 8 kerusi).

Dan tahun ni Acik juga mempunyai luck yang sangat baik. Banyak baju dia dapat percuma! Oh, sangat aku cemburu. Itu belum top up dengan baju yang dia beli lagi. Peh, jeles aku seh!MySpace Dan itu bikin aku teringat yang aku dah lama tak beli baju baru (kasihan kan aku ni?).

Wow, semua sangat bersemangat raya tahun ni. Aku pun macam blank tak tahu mana pergi semangat raya aku sebabnya aku lebih bersemangat nak kahwin dari raya (hahahaha, tak boleh blah pengakuan ni kan?). MySpace

Dan bukan Nenda aku sahaja yang beriya-iya nak beraya, kerajaan Malaysia juga sempena Kemerdekaan yang ke #55 kali ini juga turut beriya-iya sakan untuk beraya iaitu pada tahun 2012 ini, wujudnya duit kertas dan duit syiling baru yang nyata lebih trendy dan sytle gitu.MySpace Dan berebut-rebutlah rakyat Malaysia nak tukar duit baru ini untuk disedekahkan di pagi Hari Raya Aidilfitri (dan penuhlah beratur di bank nanti, aku pasti). Hohoho, apa pun aku still terkejut bila nampak semula wang kertas RM 20 yang sudah lama tidak nampak kelibatnya (sampaikan aku rasa dah pupus dah RM 20 ni). Tahniahlah kepada pereka wang baru ini kerana berjaya menyuntik semangat 1Malaysia dalam wang ini. Come onlah, RM 10 kali ini ada bunga Raflessia kan? Hehehe… MySpace

https://diyanapinkfaizcoklat.files.wordpress.com/2012/08/duit2bkertas2bdan2bsyiling2bbaru2bmulai2b20122b5.jpg?w=300

Dan hobby aku yang mengumpul duit syiling RM 0.50 juga selalu diconfusekan oleh syiling RM 0.20 (kerana kedua-duanya sama warna). Tapi aku masih lagi kumpul 50 sen ya.MySpace Dan sekarang ini duit baru ini juga sudah boleh digunakan di vending machine untuk bayar tiket parking. Jadi jangan kata pihak kerajaan kita tak up-to-date barangannya ya? Kalau ada orang yang cakap begitu, maknanya dialah yang katak di dalam gelas (nampak perubahan tapi masih ketinggalan).

Jadi untuk Syawal 1433H yang bakal menghampiri tak lama lagi ini, marilah kita sama-sama berubah menjadi lebih kreatif dan inovatif (ada kena mengena dengan nak beraya bersungguh-sungguh ke ni? MySpace) sejajar dengan konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita. Insya-Allah.

Pssst… Hohoho, kalau aku kahwin ni aku jemput Perdana Menteri datang; agak-agak dia datang tak? Hehehe… Kalau dia datang tu, bolehlah aku usha nak minta pindah KL lepas kahwin nanti. Terbaik! MySpace

 

 

 

One thought on “iHeart : Bersungguh-sungguh Beraya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s