iHeart : Jemputan Perkahwinan Diyana-Faiz (Ogos 25, 2012) dan Faiz-Diyana (Sept 17, 2012)


Dan dengan sukacitanya aku menjemput semua pembaca Facebook dan WordPress samada aku pernah bersua atau tidak, untuk memeriahkan majlis perkahwinan aku pada Ogos 25, 2012 di Melaka dan September 17, 2012 di Kuala Lumpur. Aku amat berbesar hati sekiranya kalian dapat memeriahkan majlis aku dan bersama-sama mendoakan majlis aku ini berjalan dengan lancar, insya-Allah. MySpace

Dan ada 800 kad yang telah aku buat dan diedarkan sepanjang bulan Ramadhan dan awal Syawal (pagi-pagi Syawal 01, 1433H) dikalangan penduduk sekitar dan saudara mara dekat dan jauh. Dan mengambil kesempatan ini aku ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat semasa membantu aku menyiapkan 800 kad ini.MySpace Kalau nak aku taip nama satu per satu memang penuh entri ini jadi cukuplah aku maklumkan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terima kasih tidak terhingga. MySpace

Dan ada juga 500 kad yang disediakan untuk kenalan aku di mana kebanyakkan kad dimonopoli oleh Acik (more than 200). Maaflah kerana kad yang tak berapa nak banyak ini maka limited edition sedikit nak bagi. Bukan aku tidak mahu memberi kad (dan hanya tag di Facebook dan share link di WordPress sahaja) tapi kad memang seriously sold out. Jadi, sila lihat di Facebook atau WordPress peta ke rumah pengantin jika kamu tiada mendapat kad. Ampun di pinta dari hujung rambut ke hujung kaki. Harap janganlah terasa hati dan merajuk sampai tak mahu datang ke majlis aku nanti. MySpace

Apa pun terima kasih pada semua yang terlibat menolong aku melipat kad 500 ini. Kalian memang sporting habis! Terbaik! Dan aku sangat happy melihat semua kad aku (totally 1300 kad) sebabnya warna kedua-dua jenis kad ini merupakan warna terbaik aku (surelah pink!) dan bila kalian tengok kad ini berwarna pink jadi faham-faham sahajalah yang mestilah tema rumah aku warna pink jadi jika datang ke MLK silalah berpink juga ya. Hehehe… Mesti jambu kan? MySpace

Berita baiknya mengenai kad 500 ini, ada juga diberi banner untuk digantungkan bagi makluman hadirin supaya tidak sesat dan silap alamat pengantin. Aku gantungkan di gelanggang sepak takraw depan Lorong 6 Bukit Piatu jadi pastikan kalian nampak banner tu. Dan aku juga ada sediakan papan sign untuk memudahkan mencari rumah aku pada hari tersebut. Jangan risau, pasti tak sesatlah dalam Melaka. Bukan besar sangat pun Melaka ni nak sesat-sesat.

Dan inilah sedutan peta ke rumah aku yang ada dalam kad aku yang disebelah Melaka pada Ogos 25, 2012. Kalian kalau ada masa, bolehlah datang pada hari Ogos 24, 2012 (Jumaat) selepas Maghrib kerana rumah aku pastinya ada malam berinai besar. Orang Melaka beb, mana boleh tak buat malam berinai besar kan? Langgar adat nanti kalau aku tak buat!MySpace Ada pula Nenda aku sumpah aku jadi TV Plasma 50 inch. Tapi serius, datanglah makan sup daging pada hari Jumaat selepas Isya’. Sedap tau, rugi kalau tak datang.

Dan ini pula adalah jemputan di sebelah KL pada September 17, 2012. Kalau kalian datang di sini pastikan menunggu sampai rombongan dari Melaka sampai dan shake hands dengan aku untuk buat mark “I was here” okay? Jangan pula datang 10 pagi (di mana aku pun masih lagi dalam perjalanan ke KL dari MLK) dan tak jumpa aku pula ya. Kecewa aku nanti kalau tak dapat jumpa kawan-kawan. Ada pula aku masuk ke batu belah batu bertangkup sebab merajuk nanti. MySpace

Dan ini adalah peta yang aku masukkan sekali dalam ni (siap diberi GPS Koordinat lagi, tak tahulah kalau sesat lagi). Dan untuk pengetahuan kalian, di sebelah rumah FG ada dua pasang pengantin (di mana satu pasangan itu mestilah aku dengan FG dan satu lagi adalah adik FG (Mohd Hazwan) dan pasangannya (Siti Rahimah) jadi kalau tengok banner tu, pastikan nampak ada nama aku dan FG (dan ada sepasang nama pengantin lagi). Jangan pula nanti kalian fikir silap rumah bila tengok banyak nama di banner sebelah KL ni.

Pssstt… Aku amat mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan aku dan pelajar-pelajarku terutamanya semasa aku di:-

MySpaceSek Ren Keb Jalan Dato PalembangMySpace

MySpaceSek Men Keb Tinggi Perempuan MelakaMySpace

MySpaceSek Men Keb Teknik Bukit PiatuMySpace

MySpaceKolej Matrikulasi PahangMySpace

MySpaceUniversiti Pendidikan Sultan IdrisMySpace

MySpaceSek Ren Keb Seri BandarMySpace

MySpaceSek Ren Keb Dato Demang HussinMySpace

MySpaceSek Men Keb Bentong PahangMySpace

MySpacedan currently working now Sek Men Keb Sung Siew!!!!!MySpace

Harapnya jika kalian membaca, kedatangan kalian memang aku sambut dengan carpet merah (kalau di MLK tapi di KL carpet tu warna lain, hehehe). Memang rindukan rakan-rakan lama seperjuangan yang mungkin ada yang sudah bergelar Puan sekarang ini. Mesti datang tau, aku sediakan lauk pauk yang sedap-sedap untuk kalian! Kalau dapat datang ke majlis di Melaka (rumah aku) lagi baik tapi jika tidak bolehlah ke KL (sebelah FG) untuk bertemu dengan aku. It’s okay datang mana-mana pun, yang pentingnya datang jumpa aku! Tapi kalau datang dua kali pun, aku tak kisah cuma mesti pastikan jumpa aku. Aku kan star hari tu nanti, sedihlah aku kalau kalian datang tapi tak jumpa. MySpace

Jumpa nanti tau pada Ogos 25, 2012 di Melaka dan September 17, 2012 di KL. Can’t wait! Untuk yang nak datang tapi tak pasti tempat atau nak booking homestay (kalau di MLK), sila contact aku as soon as possible. Tak kisahlah thru email, Facebook atau WordPress (kalau sesiapa yang ada nombor contact aku, silalah SMS atau give me a call) tapi sila contact aku kalau rasa tak pasti jalan mana nak go through nanti.MySpace Insya-Allah aku akan cuba membantu menyelesaikan masalah kalian sebaik yang mungkin (walaupun aku sendiri pun tak berapa nak faham jalan di MLK dan di KL tu).

Again aku jemput semua ke majlis perkahwinan aku dengan ikhlas dan berbesar hati. Silalah datang ya? Aku akhiri jemputan ini dengan ucapan ribuan terima kasih tak terhingga kepada kalian. Doakan perkahwinan aku kekal berbahagia hingga ke akhir hayat aku dan FG, insya-Allah. MySpace

One thought on “iHeart : Jemputan Perkahwinan Diyana-Faiz (Ogos 25, 2012) dan Faiz-Diyana (Sept 17, 2012)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s