iHeart : Puding Karamel a.k.a Gula Hangus


Baru-baru ni aku terpanggil untuk buat puding karamel sendiri atas terpengaruh dengan iklan bazaar Ramadhan di tv (bahaya promo tv ni, aku ni cepat betul terpengaruh).MySpace Dan disebabkan terlampau sedap looking dalam tv, maka aku pun buatlah puding karamel ni. Selalunya di SDK, aku ni jadi tukang makan puding yang Wani buat sahaja tapi kali ini aku makan hasil handmade Chef HunnyBunny sendiri. Hahaha… MySpace

Aku membuat ikut resepi Cikgu Fatimah yang kiut-miut tu. Di mana dalam gambar pun boleh lihat senarai bahannya. Cuma susu pekat tu pakai separuh sahaja, nanti manis sangat pula kalau satu tin dicampurkan sekali. Dan agak-agaklah tuang esen vanilla tu, takkan nak tuang sebotol kan? Biasanya satu penutup saja pun.

Lepas campur semua, aku blend (senang). Then aku tuang dalam loyang yang telah pun dibuat gula hangus. Gula hangus tu senang saja pun, letak saja gula dalam loyang dan panaskan atas api sampai dia hanguslah (melted brownish color).

Dan inilah hasilnya setelah aku kukus selama sejam. Dan suku daripada puding ini, Acik bawa ke office untuk bagi kawan-kawan dia (mujur sedap, kalau tak… mati kena kutuklah aku kan?)MySpace Dan yang lain-lain tu mestilah kena makan di rumah kan? Masa tu baru tahu, anak Pak Uda aku si Hanis tu amatlah suka makan puding ni. Tapi sayang, masa aku tahu yang dia suka makan puding tu; dah habis dah pun. Hehehe…

Tapi, ini adalah satu pengalaman dan langkah pertama yang baik. Ceeewah, puji diri sendiri pula kan? Mungkin kalau masuk pertandingan, taklah dapat nombor #1 tapi dapat pujian melambung-lambung pun jadilah kan? MySpace

Jadi, terima kasih kepada Cikgu Fatimah atas resepi itu (dan aku sudah masukkan dalam buku resepi aku pun). Lain kali kalau aku teringin nak makan lagi, aku buatlah lagi. Hehehe…

Tapi ada sesuatu yang aku nak kongsi, iaitu telur ayam yang aku guna hari tu banyak yang kembar. Hohoho, kiut kan? Tapi seriouslah, sangat comel! Tabik spring!!!! MySpace

Jadi, bertambah pages lagilah buku resepi aku. Itu belum cerita buku masakan yang FG beli bagi aku baca. Hahaha… Mau tercabut tangan aku kalau nak masak semua dalam buku tu. Hahaha… MySpace

By the way, selamat memasak. Ini kali pertama aku mencuba sendiri puding karamel ni. Orang kata kalau ada yang pertama, mesti ada yang kedua jadi nantikanlah apa lagi yang akan aku cuba masak sendiri selepas ini. Jeng jeng jeng… Nantikanlah ya? MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s