iHeart : Kad Undangan Perkahwinan Afwani


Forever Friends Bride Amp Groom Wedding Bears Wedding Teddy Bears Bride And

Akhirnya kad yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Terima kasih kepada Cikgu Afwani kerana sudi mengirimkan kad jemputannya yang tiga tingkat tu (hehehe). MySpace

Pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Afwani dan pasangannya Dr Haziq. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Dan sangat ceria kad Wani ya (aku sangat suka sebab warna kad ini warna fave aku, pink!) sampaikan aku pula yang tabik spring banyak kali bila tengok kad Wani. MySpace

Dan satu perkara yang nak aku war-warkan juga kepada pembaca yang merangkap kawan-kawan lama kami berdua di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dulu, silalah highlight baca entri ini untuk lihat berita mengenai perkahwinan Wani.MySpace Bolehlah mengirimkan ucapan Congratulations anda pada Wani melalu SMS atau Call atau E-mail. Kalau tulis di komen entri ini pun boleh (nanti aku suruh Wani baca).MySpace

Dan rakan-rakan yang berada di sekitar Pasir Mas, Kelantan pada 22 Ogos 2012 sempena berhari raya di sana (sebab masa tu adalah 4 Syawal 1433H) digalakkan ke rumah Wani untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan Wani kelak. Aish, rasa aku ni macam promoter pula sibuk nak promote barang. Hehehe…MySpace

Alamat dan pelan ada aku attach di sini. Silalah datang ya? Sebabnya aku tak dapat nak datang ke rumah Wani masa tu kerana aku sendiri sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk majlis perkahwinan aku pada Ogos 25, 2012. Jadi, bolehlah wakilkan aku untuk majlis di rumah Wani.

Dan aku dah inform Wani pun yang aku tak dapat nak datang (sebab itu pada bahagian kad sebelah Wani, nama aku tiada di tulis di situ, hehehe). Jadi jangan kata aku ni sibuk promote tapi tak pergi pun ya?

Dan di sebelah belakang kat 3 layers ni adalah alamat sebelah pengantin lelaki yang akan dilangsungkan pada 2 September 2012 di Nilai, Negeri 9. Nah, kalau lihat di kad sebelah lelaki; ada pula kan nama aku (dan FG juga) di situ utuk menjemput aku ke rumah sebelah lelaki.

Disebabkan di sebelah Wani aku tak dapat nak datang maka insya-Allah di sebelah Haziq nanti aku akan muncul memeriahkan suasana. MySpace

Cuba lihat tema kad Wani, merah-pink-putih gitu. Jadi tak terkejut kalau baju pengantin warna tu kan? Hehehe, ops aku ni terbocor rahsia ke? Jangan marah. Hehehe…

Dan again, ikhlas dari housemate di SDK kamu ni; aku mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Wani. Doa aku, agar perkahwinan ini dilindungi Allah s.w.t. Insya-Allah.

Psst… FG, Wani dah siap tulis nama guna marker pen lagi tu. Tak patut kalau tak pergi ni! Ish ish ish… MySpace

Dan Ct Panda, mana kad Akak ya? Kad Wani dah sampai dah ni. Kad Akak mana ya? Ish ish ish, kalau tag di FB je tak rock lah! MySpace Hahaha… Ops, kalau bagi tu kan; bagi kad Saifolrizan sekali ya? Tu wajib tu! Kihkihkih…

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s