iHeart : Yang Ini atau Yang Itu atau Yang Begitu?


Dalam proses nak menyediakan barang-barang sempena perkahwinan aku, antara barangan yang masih pending dalam list aku adalah tudung.MySpace Biasanya untuk majlis perkahwinan, mak andam tidak menyediakan tudung (sebab ada sesetengah pengantin tidak mahu bertudung kan?) dan disebabkan family aku berkeras suruh aku bertudung (padahal aku relax sahaja kalau tak pakai pun) jadi ini merupakan satu isu yang perlu aku cari sebelum raya 2012.

Dan sekarang ini bermacam jenis tudung ada di pasaran dan aku ambil jenis yang am (kalau aku nak list satu persatu nama tudung tu, matilah aku! Banyak tu!). Pertamanya jenis bawal (tak tahulah aku apasal nama dia macam nama ikan). Jenis bawal ini ada bermacamlah design dia. Ada yang bersulam di kepala, berkerawang di belakang, bermanik dan berbatu. Dan tudung ini adalah tudung yang standard aku pakai sekarang ini sebabnya harganya murah (aku beli yang batu biasa saja dan cepat pula tercabut kalau sudah basuh banyak kali, hehehehe) tapi kalau kena kerawang sulam yang berat tu, mahal juga harga tudung ni. Tapi setakat sekarang aku tak pernah pakai tudung bawal yang cecah RM 50, aku pakai semua pun range RM 10 – RM 40. Lagipun aku pakai Acik punya sahaja banyaknya. Hehehe…MySpace

Dan latest sekarang ini adalah tudung bawal Rose (aku ambil yang am sahaja, sebab banyak pula jenis Rose tudung ni). Simple sahajalah tapi macam-macam jenis ada. Tudung bawal pelangi Rose, tudung bawal dua tone Rose dan macam-macam lagilah. Memang pening kepala tengok tudung yang pelbagai jenis kalau pergi ke kedai tudung. Itu belum tanya nama lagi. Tudung Obama pun ada sekarang ni. Padahal Obama tu lelaki, bila pula dia pakai tudung.MySpace

Tapi untuk wedding kenalah cari yang mahal sikit daripada yang aku pakai selalu tu. Dan kenalah cari sulaman dia berat sedikit. Dan mestilah harga dia berat sikit kan? Huhuhu… Pasrah sahajalah. Tapi itulah, susah nak cari tudung bawal macam ini sekarang ni. Sebabnya sekarang ini orang dah pakai tudung ala-ala Ariani (kalau mampu boleh beli Ariani). Mudah, senang, cepat dan kemas. Malah sekarang ini banyak di majlis kahwin pun, pengantin pakai tudung Ariani look-a-like ni.

Tudung Ariani memang antara yang popular sebabnya kain tudungnya tahan lama dan tidak mudah berbau busuk (akibat asap serta rambut contohnya). Dan kalau tanya aku, mestilah sebab kedainya berwarna pink. Hehehe…MySpace

Tudung sebegini (bukan Ariani sahaja) senang untuk dipakai dan tidak mengambil masa yang lama. Jadi ini memang sesuai untuk orang yang bekerja dan orang yang mempunyai anak kecil. Jadi, tudung ini memang popularlah (even Nenda sangat suka pakai tudung ni).

Dan kadang-kadang aku pakai juga tudung ni (tapi Acik punyalah) kalau aku malas nak iron tudung bawal dan kalau setakat nak ke pasar. Hahaha… Tapi jangan main-main ya, seperti tudung bawal; tudung ini juga ada banyak pattern. Contohnya ada yang jenis beropol-ropol, bertingkat-tingkat (layer) dan design Rose pun ada.

Dan tudung ini juga ada yang bercorak, dua tone dan banyaklah lagi jenisnya. Kalau pergi ke Ariani tu (pergi kedai tudung biasa pun boleh juga) memang rambang mata tengok jenis-jenis tudung sebegini.MySpace

Tapi untung wedding, mestilah aku kena cari yang ada manik-manik sedikit di kepala. Barulah pakai untuk wedding kan? Kalau plain sahaja, memang macam nak pergi ke Tesco sahaja kan? Tapi itulah, susah nak cari tudung ini yang sesuai dengan muka. Kalau tak kena dengan muka, memang akan nampak tembam (chubby) di pipi. Aduyai, tak fasal-fasal orang claim aku gemuk pula nanti. Tu yang aku seram sedikit dengan tudung jenis ni.MySpace

Dan sesungguhnya tudung jenis ini perlukan hanger yang ada klip macam ini. Aku memang tiadalah penyangkut tudung macam ini sebabnya aku memang tiada tudung macam ni (pakai orang punya pandailah!) tapi aku replace dengan penyepit baju (tapi sepit macam ini juga). Tak kisahlah nak buat macam mana, tapi pastikan lapik keras di kepala tudung tu tak rosak. Sebab nanti shape muka dia lari, dah tak cantik nak pakai. Serius ni. Jadi, kalau tiada pastikan guna pakai alternatif yang aku suggest tu (dan kaedah ini juga diguna pakai di tudung jenis bawal juga). Selamat mencuba!

Dan ketiga mestilah jenis selendang (shawl) yang sangat digilai oleh remaja (sampai di Jepun pun sangat popular trend ini) di mana Ain amatlah excited kalau aku pilih yang ini. Mestilah dia nak tunjuk talent dia pakai selendang kan? MySpaceDan paling best, selendang tidaklah semahal tudung-tudung yang tadi tu. Selendang paling rendah berharga RM 5 tapi jenis mahal pun ada juga.  Dan sama sahaja seperti yang lain, selendang juga ada banyak pattern dan design (nama pun banyak juga). Contohnya jenis satin, labuci, pashmina (tebal sedikit) dan banyaklah lagi. Warna pun ada yang bercorak, triple tone dan sebagainya.

Dan kalau untuk wedding mestilah pilih jenis yang bermanik dan berlabuci kan? Takkan nak pakai yang plain pula. Tapi masalahnya kalau nak pakai selendang ni, nanti cmne pula nak pakai veil? Sebabnya biasanya selendang ini diguna sebagai veil (sebab yang jenis kilat berlabuci banyak memang selendanglah jawapannya). Jadi kalau banyak sangat selendang, sarat pula kepala aku nanti kan?

Masalah lain kalau pakai selendang adalah, anak tudung yang amatlah adventure nak dapat bentuk muka yang cantik. Aduyai, susah nak dapat anak tudung yang sesuai tau. Jadi, agak peninglah aku kalau nak pakai selendang ni. Macam-macam nak consider.

By the way, selendang boleh disangkut di penyangkut bulat-bulat ini kerana kebanyakkan selendang tidak perlu iron (sebab itu ramai remaja pakai selendang). Jadi kalau sangkut di sini, kalau renyuk pun tak kisah sangat. Lagipun selain selendang, baju pun boleh sangkut di sini.

Argh, berbalik pada perbincangan kita tadi, ada 3 jenis tudung dan ada pelbagai masalah yang muncul dan masih aku tiada penyelesaiannya. Aku perlukan pandangan kalian, tudung jenis manakah yang sesuai untuk majlis kahwin aku nanti? Please…MySpace

17 thoughts on “iHeart : Yang Ini atau Yang Itu atau Yang Begitu?

  1. Plants vs Zombies says:

    Hey! I just wanted to ask if you ever have any trouble with hackers?
    My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing months
    of hard work due to no back up. Do you have any methods to protect against hackers?

  2. games questions says:

    Hi there! I’m at work surfing around your blog from my new iphone 3gs!

    Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts!
    Carry on the superb work!

  3. clans says:

    I like the valuable info you provide in your articles.
    I’ll bookmark your weblog and check again here regularly.
    I’m quite certain I will learn plenty of new stuff right here!
    Best of luck for the next!

  4. clash of clans fools gold says:

    We’re a gaggle of volunteers and opening a brand new scheme in our community.
    Your web site provided us with valuable information to work
    on. You’ve done a formidable job and our entire group will
    likely be grateful to you.

  5. sims 4 #1 says:

    Excellent post however , I was wondering if you could write a litte more on this subject?
    I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further.
    Bless you!

  6. hay day y8 says:

    Hi, i read your blog occasionally and i own a similar one
    and i was just curious if you get a lot of spam responses?
    If so how do you stop it, any plugin or anything you can advise?
    I get so much lately it’s driving me mad so any assistance is very much appreciated.

  7. clash of clans not loading says:

    This design is incredible! You certainly know how to keep a reader amused.
    Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog
    (well, almost…HaHa!) Fantastic job. I really loved what you had to say, and more than that, how you presented it.
    Too cool!

  8. sims 4 cracked says:

    Very great post. I just stumbled upon your blog and wished to mention that I’ve truly loved browsing your blog posts.
    After all I will be subscribing on your feed and I’m hoping you write again very
    soon!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s