iHeart : Ramadhan 1433H


Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, tahun 2012 ini bersua kembali aku dengan bulan yang amat aku nantikan sepanjang tahun iaitu bulan Ramadhan. MySpaceApa yang menariknya dalam bulan Ramadhan ini adalah, pada bulan ini aku dapat menurunkan berat badan aku kepada yang ideal kerana kejayaan aku mengawal nafsu makan kepada level yang sepatutnya. Sebabnya sekarang ini entah mengapa baju kurung pun dah terasa ketat sampai aku tak beranilah aku nak timbang berat.MySpace

Jadi mengambil kesempatan bulan Ramadhan ini untuk tidak makan dan minum (bukan sepanjang hari tapi daripada Subuh sehingga Maghrib sahaja), sesuailah untuk aku menurunkan berat badan aku kepada yang sepatutnya untuk nampak cantik semasa majlis perkahwinan aku semasa Syawal 07, 1433H (iaitu Ogos 25, 2012). Biasalah aku, sepatutnya kena pantang makan 60 hari selepas pembedahan tapi mestilah bertukar menjadi pantang jumpa makanan. Hehehe… MySpace

Dan sebagai seorang gossip girl mestilah bulan Ramadhan ini agak mencabar kerana aku memang 100% mencuba yang terbaik untuk tidak bergossip.MySpace Memang sebulan aku bersara untuk bergossip pada waktu siang (tetapi masalahnya selepas berbuka ada pula orang ajak aku bergossip sebab katanya sudah tidak berpuasa, aduyai). Apa pun aku memang berusaha yang terbaik untuk mengurangkan perkataan-perkataan yang tak elok keluar daripada mulut aku. Insya-Allah.

Bukan sahaja aku mengawal percakapan aku, malah aku mengawal semua deria aku termasuklah mata dan telinga daripada perkara-perkara yang tak elok.MySpace

Dalam bulan Ramadhan ini ramai yang akan menjaga ketertiban diri dan aku pun antara salah seorang yang bersungguh-sungguh menjaga diri aku semasa bulan yang mulia ini. Dan aku harap kalian pembaca WordPress aku ini pun turut sama berhemah tinggi menjaga diri semasa bulan ini. Peliharalah diri kamu daripada perkara-perkara yang mungkar demi memperolehi pahala pada bulan Ramadhan yang berganda-ganda banyaknya pada bulan ini.

Kepada keluarga, sahabat handai dan seluruh Muslim di dunia ini; aku mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramdhan yang mulia kepada kalian.MySpace Aku mengharapkan agar kita sama-sama berkerja keras berebut-rebut mengambil peluang beribadat kepada Allah S.W.T dalam bulan ini. Aku mengingatkan diri sendiri dan orang lain juga agar bibir kita ini basah dalam membaca Al-Quran dan bersolat terawih di masjid mahu pun di rumah. Biarlah buat 8 rakaat sahaja tetapi sekurang-kurangnya pahala solat sunat kita itu akan berganda-ganda. Insya-Allah.

Dan aku sendiri pun nak ke masjid setiap malam untuk berterawih. Feeling terawih di masjid dan di rumah lain tau, rasa macam diberkati saja kalau buat di masjid (tak percaya boleh cuba) dan solat terawih di masjid juga mengingatkan aku kepada arwah Mum yang tak pernah tertinggal terawih (kecuali semasa arwah Mum sakit).

Dan jangan lupa dapatkan kurma sebagai makanan untuk sahur dan pembuka berbuka puasa. Banyak khasiat dan kandungan protein dan glukosanya yang sesuai untuk berpuasa. Dan tidak lupa juga, juadah di bazaar Ramadhan yang tidak terkira banyaknya (dan sedap!). Masa nak berbuka tu memang rambang mata nak beli yang mana kan?

Kepada yang terfikir untuk ponteng puasa,MySpace malulah sedikit dengan diri sendiri. Dalam kad pengenalan kamu bertaip Islam tetapi kamu sendiri untuk menunaikan Rukun Islam pun susah. Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu perkara wajib sebagai orang Islam yang perlu dilakukan dan apabila ada yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam, aku memang kasihan dengan orang seperti itu. Ingatlah ya, bukan selamanya kamu hidup di Bumi ini. Suatu masa nanti pasti akan kembali ke sisi Allah S.W.T semula. Allahuakbar!

Dan kepada orang yang bukan beragama Islam, anda boleh cuba menahan lapar dan dahaga seperti kami. Bukan untuk mendera pun, tapi puasa ini ada kebaikannya (kalau tak percaya boleh Google cari). Dan puasa ini dapat meningkatkan tahap kesihatan secara tersirat. Tapi bukan paksaan, cuma kalau sudah tahu tidak berpuasa maka janganlah makan di khalayak orang Islam yang sedang berpuasa. Hormatilah orang-orang Islam yang sedang berpuasa. Inikan amalan dan budaya kita sebagai rakyat Malaysia.

Tapi apa yang paling aku suka pada bulan ini? Kerana pada bulan ini semua azab di Neraka terhenti dan pintu Syurga dibuka seluas-luasnya supaya bau-bauan kesenangan itu singgah kepada penghuni di Neraka. Dan pada bulan inilah kerana terbuka luasnya pintu Syurga,MySpace pahala yang diberikan amat berganda-ganda. Dan dikatakan doa yang di mohon pada bulan ini mempunyai % yang tinggi untuk dimakbulkan, insya-Allah.

Semulia mana seorang manusia itu, pasti akan ada sedikit kepincangan (kelemahan) yang akan diadili di dunia sana di mana pasti akan ke Neraka untuk menebus kesilapan tersebut. Di dunia mungkin akan terlepas daripada hukuman manusia tapi hukuman di sana pastilah menunggu. Manusia mana yang sempurna, hanya Nabi Muhammad S.A.W sahaja contoh ideal manusia sempurna dan manusia lain tidak akan dapat menandingi kesempurnaan beliau.

Dan sebab itulah aku pasti yang arwah Mum, KY yang di alam sana pastilah ada hukuman yang menunggunya. Dan selalu aku doakan agar Allah S.W.T meringankan hukuman untuk Mum. Dan bulan Ramadhan inilah yang aku tunggu-tunggukan sebab segala azab akan dihentikan bagi menghormati bulan Ramadhan ini. MySpace

Aku tak tahu bagaimana hukuman di sana tetapi aku pasti hukuman itu pasti perit. Sedangkan di dunia ini, terkena air panas sedikit sudah merah kulit kita; bagaimana pula jika api Neraka pula. Masya-Allah. Dan selalu selepas solat aku menangis dalam doa mengenangkan penderitaan yang arwah Mum tanggung di sana. Pasti dia kecewa dan sedih bila melihat adik-beradikku jika bertegang leher tentang sesuatu. Allahuakbar!

Dan itulah yang selalu buat aku sedih bila aku melihat Hafiz dan Ain jika mereka tersasar dalam pemilihan jalan kehidupan mereka. Terutamanya Ain yang sering kali tewas dengan hasutan nafsu dalam belajar mengawal emosinya. Dan Hafiz yang hanya tahu menghargai setelah kehilangan dan sering kali enggan mendengar nasihat kerana selalu rasa dirinya disisihkan Tuhan (sedangkan dia yang menjauhkan dirinya daripada Allah S.W.T). MySpace Aku pasti yang arwah Mum juga akan menangis melihat kealpaan mereka mengingati Allah S.W.T dan tewas pada hasutan Syaitan.

Merasai dugaan hidup ini yang kadang-kadang tak tercapai dek akal dengan kerumitan hidup buat aku belajar erti ketabahan dan dengan ketabahan inilah aku tetap menasihati adik-adikku untuk meneruskan kehidupan ini.MySpace Kerana aku selalu yakin yang setiap dugaan ini ada kebaikannya. Walaupun ada akal jahat kita asyik meracun mengatakan dugaan ini suatu yang tidak patut terjadi kepada kita tetapi kelak akan sampai satu masa nanti kita akan menyedari betapa kuatnya diri kita ini dek kerana dugaan yang kita tempuhi itu untuk menempuh ujian akan datang yang mungkin lagi mencabar.

Air mata aku ini walaupun tidak tumpah di depan mereka, tapi hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu. Aku yakin untuk setiap air mata yang aku mengalir keluar, yang aku menahan keluar dan yang aku tangis dalam jiwa; semuanya dalam lingkungan perkiraan Allah S.W.T semasa memberi ujian tersebut kepada aku untuk menghadapinya. Kerana aku tahu, betapa Allah S.W.T mahu mengingatkan aku yang alpa untuk berkongsi (mengadu nasib) cerita kepada-Nya. Kerana daripada Dia kita datang, dan daripada Dia juga dugaan ini datang. Hanya dia sahaja yang tahu pahit maung kesakitan dugaan yang sedang kita tempuhi ini. Dan hanya Dia sahaja yang boleh memberi kita penyelesaiannya. Insya-Allah. MySpace

Aku nak ke pusara Mum, banyak yang aku nak cerita. Tentunya tentang perkembangan terbaru aku yang bakal bertukar status Cik kepada Puan tak lama lagi.MySpace Aku mesti mengambil kesempatan berkongsi cerita gembira pada bulan yang mulia ini. Aku juga tidak sabar mahu membawa FG ke pusara Mum tetapi setelah dia bergelar suami aku. Jadi FG sila kamu bersabar ya.

Tapi itulah, setiap kali ada cerita gembira aku nak cerita; hati aku pasti akan dipagut duka. Aku selalu bayangkan senyuman Mum dan kesibukan Mum menguruskan perkahwinan aku. Dan mestinya dia yang paling sibuk ke sini sana. Tapi, sekarang ini semuanya aku yang uruskan sendiri dengan bantuan Nenda dan Acik. Kan bagus kalau Mum ada lagi sekarang ini. MySpace

Jangan silap, bukan aku tidak mempercayai Qada` dan Qadar Tuhan tapi itulah emosi, kadang-kadang cuba menipu kebenaran sesuatu perkara. Dan aku selalu muhasabah diri sendiri agar aku berpijak kembali ke dunia realiti. Bukan apa, aku tidak mahu tergoda dengan mainan Syaitan yang memang kerjayanya suka menghasut ke jalan kemungkaran.

Tahun 1433H ini aku tak pinta banyak untuk meraikan Aidilfitri, aku hanya minta adik aku Khidir pulang bersalaman dengan aku pada pagi raya. Walaupun kedengaran macam agak sukar terjadi, tapi itulah yang aku harapkan. Sudah lama aku tak berjumpa dengannya, bagaimana agaknya dia di kehidupannya sekarang? Walau apa pun jalan yang dia pilih untuk hidup, aku harap dia tidak mudah putus asa dan bekerja keras untuk memperbaiki hidupnya ke arah yang lebih baik. MySpace

Walaupun apabila berjumpa, kita seakan-akan strangers yang tiada hal untuk bicara; tetapi aku nak dia tahu yang aku sayangkan dia. Aku sentiasa doakan dia selepas solat walaupun tidak bersua muka. Aku doakan kejayaannya di dunia dan di akhirat dan aku mahu dia berbahagia dengan kehidupannya walaupun jauh daripada kakak-abang.

Dan aku harap dia masih lagi tidak lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Mum dan tidak lupa menziarahi pusara Mum. Semakin berumur, aku harapkan semakin berakal dan matang untuk berfikir baik-buruk sesuatu perkara. Insya-Allah. MySpace

Psst… Dalam ertikata lain bila masuknya Ramadhan ini bermakna ada lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk aku menjalani hidup ini sebagai anak dara sunti (tak boleh blah kan ayat ni?). Selepas Syawal 07, 1433H ini akan bermulalah hidup aku sebagai isteri FG pula. Huh, nervous pula bila fikir.

Dan mengambil keberkatan bulan Ramadhan ini aku berdoa agar perjalanan perkahwinan aku dimudahi dan sangat dipermudahkan dari mula hinggalah ke akhir hayat aku. Dan Allah S.W.T menjaga perkahwinan aku ini sebaik mungkin. Insya-Allah. MySpace

Ops, jangan lupa ya bayar zakat. Ramai orang suka bayar last minute (macam aku jugalah kan?). Tahulah masa nak bayar tu adalah sebulan tapi takkanlah nak tunggu hari terakhir kan? Agak-agaklah perangai tu. Ish ish ish…MySpace

Kepada Hafiz : Berubahlah dan berusahalah membaiki perangai kau tu. Kalau aku cakap pun kau tak dengar, kau nak tunggu Mum bangun dari kubur untuk nasihatkan kau? Masa tu aku fikir kau pula yang arwah sebab terperanjat. Kalau kau menangis dan merintih tapi tak berusaha berubah, takde maknanya hidup kau akan berubah pun. Aku sedih tengok kau sesat (dan suka blame situation) tapi setiap kali aku nak bagi torchlight (nasihat), kau mesti menolak. Macamlah kau boleh jumpa jalan sendirian (sebab kau tak nak dengar cakap orang lain yang bersusah-susah nasihatkan kau untuk melihat perubahan positif pada kau) tanpa bantuan orang lain. Aku tak tahulah nak cakap apa. Kalau untung sabut kau timbullah, kalau untung batu maka tenggelamlah kau seorang. Aku letih tengok perangai kau yang tak improve ke arah kebaikan (sedangkan itu untuk diri kau sendiri, bukannya untuk aku pun). Aku letih tengok kau menangis (drama! drama! drama!) bila kau dah totally sesat (kehilangan) dan masa tu nasi dah jadi bubur dan aku pun tak boleh nak cakap apa kecuali (I oredy told you wut?!) Apa pun aku berharap agar tahun 1433H (2012) ini kau puasalah penuh. Bukan lama pun, 30 hari sahaja pun. Adik-adik sepupu kau yang belum sekolah pun sudah puasa penuh tapi entah kenapalah kau tu payah sangat. Fikirlah dulu ya. Azab di dunia ni pun kau tak tertanggung, macam manalah pula nanti di Akhirat. Allahuakbar.

Kepada Ain : Kau ni pun satu, nak balik pun susah. Macamlah tempat kau belajar tu jauh sangat (padahal 2 jam sahaja pun dari MLK). Ni nak suruh balik, macam-macam alasan. Ikut suka hatilah ya, kalau kau ingat orang MLK di sini; kau baliklah. Kalau tak ingat, raya sahajalah kau balik. Tak paksa pun sebab aku ni siapa nak bebel-bebel suruh kau balik. Cumanya kalau di sana tu, belajarlah betul-betul (ini asyik update Facebook sahaja aku tengok). Dan jangan asyik nak layan cerita Korea sahaja di sana. Berenjoy-enjoy over pula kan kau kat sana. Tu yang keras kalau nak suruh balik. Duit tu jangan pula kau nak perabis. Banyak nak guna tu, kata nak beli motor lagi. Aduyai, aku rasa kalau ada pointer mesti kau ni kurang daripada 3.0 sebab asyik perabis duit dan online sahaja. Yelah, bila aku bebel kau complaint masa kau belajar tak pula aku nampak (atau kau beritahu di rumah tak boleh nak belajar) tapi kalau di sana aku tengok rajin pula online. Apa cer ni? Lain cakap, lain buat. Cet! Sempena bulan Ramadhan ni, kau kurangkanlah tengok dan buat perkara-perkara yang tak berapa nak bagus ni. Janganlah kau asyik nak ketawa dan tersengih-sengih depan komputer dan handphone kau tu. Ingat-ingat sikit, hilang ilmu kau kalau over enjoy duniawi ni. Bersyukur tak nak, complaint pandai. Nanti aku marah-marah, buatlah muka seposen.

Arrgh, banyak pula aku nak membebel marah adik-adik aku (tetiba sahaja berapi nak nasihat) dalam entri ni. Adeh, (nanti bulan Ramadhan mesti ada feeling syahdu nak mengada-ada menangis especially masa terlihat episod drama secara live atau dalam tv tentang keluarga) aku bukannya ada 24 jam per 7 hari dengan mereka. Aku nak mereka jadi tabah dan kuat sedikit. Aku cuma nak mereka tahu, Mum tak pernah tinggalkan mereka. She’s always in your heart and mind. Jadi kalau mereka ingat pada Mum, bagus mereka sedekahkan doa kepada Mum. Doa mereka tu merupakan ubat penyelamat kepada Mum di dunia sana. Kalau mereka ingat dan menangis, itu bukan penyelesaian. Menangis tu perlu tapi sampai tak boleh nak baca buku (merujuk pada Ain) dan sampai tersedu-sedu blame sini sana (merujuk pada Hafiz) tu apahal kan? Come on lah, your age dah bertambah jadi perangai dan fikiran pun silalah matang sikit ya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s