iHeart : M.I.A (missing in action)


Aku memang angin yang amat dengan Cik T (Tikus). Memang melampaulah Cik T sebab menggigit the only red stiletto aku! Come on lah, kasut hitam aku tu tak nak pula dia gigit kan (tak berapa nak kisah sangat kalau kasut hitam sebab aku ada banyak kasut hitam). Uh, memang tension aku bila aku discover ada kesan gigi dia pada kasut aku. Memang tak boleh blah siap ada kesan gigi dia tu.MySpace

Mungkin memang silap aku sebab tak simpan kasut aku dalam plastic box. Yelah, selalu aku simpan dalam kotak plastik tapi entah macam mana aku boleh terlepas pandang the only kasut merah aku tu. Dan kesimpulannya aku pun kehilangan kasut merah aku dan suppose aku kena cari replacement kasut merah aku semula tapi disebabkan ketiadaan masa dan wang yang mencukupi (kerana nak kena simpan untuk majlis kahwin) jadi aku masih lagi berkabung dan berdendam dengan Cik T. MySpace

Kata Nenda, tak baik berdendam dengan Cik T. Dan tidak boleh bercakap buruk-buruk tentang dia (sebab deria Cik T sensitif) sebabnya Cik T juga mempunyai deria membinasa untuk orang yang berdendam dan bercakap buruk di belakangnya (hebat Cik T ni). Dan sudahnya Nenda aku blame aku (dia cakap aku ada cakap buruk tentang Cik T) dan nasihatkan aku jangan berdendam dengan Cik T. Uh, sebab Cik T; aku kena marah (memang tak patut dan lagi bagi aku marah ada lah!). Lagi bakar aku bengang dengan Cik T bila aku kena ceramah free dari Nenda aku. MySpace

Jadi, kesimpulannya aku tidak lagi bercakap yang tak baik mengenai Cik T MySpace (tetapi dalam kepala aku dah lebih tinggi dari Gunung Everest aku memaki hamun dia!) dan aku simpan semua kasut aku dalam kotak plastik (even yang dalam rak kasut pun!). Jadi, kebarangkalian dia nak menggigit kotak plastik demi merosakkan kasut aku tu agak kurang sedikit berbanding dengan kotak kertas biasa.

Dan paling best, aku cuba bersikap positif untuk kejadian yang berlaku. Dan dengan ini aku sehabis mungkin cari kasut tumit tinggi shocking pink untuk majlis kahwin aku (sebagai replace kasut merah aku yang digigit Cik T itu).MySpace Biarlah apa orang nak cakap (Hafiz cakap memang masa kahwin orang tengok kasut aku sahaja) tapi yang penting hati aku puas. Yang penting aku mahu the perfect shoe for my wedding. Ada aku kisah kalau ada yang tak puas hati?

Tau tak kenapa perempuan obsess dengan kasut? Ini adalah satu fakta yang wajar diketahui oleh mana-mana lelaki yang selalu tak puas hati kenapa perempuan mesti nak beli banyak kasut. Pertama sekali, biar berjuta tahun pun akan berlalu; biar sebesar mana pun sel lemak dalam badan boleh membesar tapi saiz kaki masih lagi sama.MySpace Sebab itu jangan pelik jika ada perempuan berbadan besar memiliki saiz kaki yang kecil (cuma nanti mereka ini akan mudah diserang penyakit lutut sebab kaki tak terdaya nak menampung berat badan yang berlebihan). Sebab itulah perempuan gila membeli kasut sebabnya kalau nak beli baju nanti kalau dah naik saiz, tak boleh pula nak pakai lagi. Kasut boleh muat lagi walaupun saiz baju naik pun.

Kedua, mestilah sebab matching set! Come on lah, takkan baju pink tetapi pakai kasut hijau pula kan? MySpace Mestilah nak cari matching set yang warna senada. Macam pakai tudunglah, takkan baju purple tapi tudung warna kuning kan? Mesti orang pandang pelik dan ketawakan kita kalau pakai yang tak matching. Samalah dengan kasut juga. Orang pandang kita dari hujung kepala ke hujung kaki tau. Jadi, kadang-kadang atas semua dah okey tapi kasut pula spoil! Memang memalukan! Jadi, sebab itulah kasut mesti ada pelbagai warna (sekurang-kurangnya warna itu boleh dipakai dengan beberapa pasang baju). MySpace

Ketiga, lihatlah pada fungsi kasut. Takkan kasut tumit tinggi nak bawa pergi pasar juga? Aduyai, ikut logiklah kan nak pakai kasut tu. Kalau ke pasar, pakai sandal biasa okay sudah tapi kalau nak ke majlis makan malam mestilah sandal pergi pasar tu tak boleh dipakai. MySpaceSebab itulah kasut mestilah nak kena banyak juga. Walaupun ada orang mungkin tak berapa nak setuju kasut banyak-banyak tapi cuba tanya dia sendiri, dia berlari jogging pakai kasut ke pejabat ke? Eleh, cakap banyak sedangkan dia sendiri kasut lebih dari satu. MySpace

Keempat, keselesaan kasut pada pemakai! Kadang-kadang masa kita testing kasut kita akan rasa selesa jadi kita belilah. Tapi bila kita pakai (kadang-kadang kita pakai berjam-jam dan naik-turun tangga) kita mulai rasa sakit di belakang-depan.MySpace Jadi kita pun akan berhenti pakai (dan akan pakai kadang-kadang sahaja itu pun dengan bantuan alat-alatan lain untuk belakang-depan) tapi kita tak buang sebab beli pun dah mahal dan masih lagi dalam keadaan elok jadi biasanya kita simpan sahaja. Jadi, lepas itu kita pasti akan cari kasut lain (sebab yang pertam tadi tak selesa nak pakai) jadi sebab itulah kasut nampak banyak dalam rak kasut (sedangkan yang boleh pakai dengan selesa bukan banyak pun). Jadi kalau ada lelaki yang complaint kasut banyak, memang kita naik marahlah kan sebabnya yang boleh pakai bukan banyak mana pun. MySpace

Jadi, kaum lelaki jadilah budiman (gentleman) sedikit. Jangan nak blame tak tentu fasal bila tengok rak kasut dah termuntah-muntah penuh. Cakaplah dengan dedikasi (dan jangan nak marah-marah) supaya yang perempuan akan buang mana kasut yang for display only (sebab nak pakai tak selesa). Kalau terus melenting marah memang jawabnya satu rak kasut semua kena buang (dan lepas tu beli baru semua kasut lain, lagi membazir kan?). Think before you open your mouth to speak! MySpace

Dan sekarang ini aku dalam proses mencari kasut pink. Dan amatlah susah nak cari. Tak apalah, ada lagi sebulan nak cari kasut pink ni. Hopefully by that time, kasut ini ada sudah! Insya-Allah.

Psstt… Dua kasut ini memang aku gila bayang bila tengok dalam blog Ellie. Kasut ini sempena Valentino’s 2012 couture show. Memang macam kasut bidadari. Sangat perfect dan heaven sangat structure dia.MySpace Kalaulah tersarung pada kaki aku, peh… (comfirm tidur dengan kasut-kasut sekali). Tak dapat beli dapat admire pun jadilah kan? Tapi kalau kasut ni warna pink atau merah mesti meletup! Huhuhu… MySpace

Last time aku tengok kasut di KLCC memang meletup banyak dan cantik (lepas ini kalau nak beli kasut, mesti nak tengok di KLCC) tapi itulah, harga pun meletup jugalah kan? Hehehe, tak apalah; janji beli satu untuk diri sendiri for my birthday. Sangat tak sabar!MySpace Oktober, sila cepat datang! Nah, siapa nak bagi hadiah kasut pun boleh pada aku. Aku pakai saiz 7 (38) atau 6.5 jadi kalau dah tahu saiz apa lagi kan, jangan lupalah standby hadiah pada Oktober 24, 2012 ni ya? MySpace

Ops, lupa nak inform untuk wedding aku ni; walaupun kebanyakkan barang-barang sudah dicari tapi masalahnya aku masih tidak ketemu photographer! Aduyai, sakit kepala fikir.MySpace Nantilah slow-slow cari. Kalau ada sesiapa yang ada buat wedding photography silalah inform aku. Boleh aku calling-calling untuk booking nanti. Hahahaha… Suka kan aku ni buat kerja last minute macam ini. Teruk betul perangai aku ni. Kena ubah ni. Insya-Allah. MySpace

2 thoughts on “iHeart : M.I.A (missing in action)

  1. kak nani says:

    huhuh….rumah wani skrg banyak gile cik T. kak nani pulak yang jadi pengganas kt situ bunuh segala Cik T ni. Bayangkan dalam masa seminggu boleh dapat 8 ekor!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s