iHeart : Reusable Pads


Kali ini aku nak cerita sedikit tentang perkembangan terbaru aku. MySpace 1st time aku tertengok tuala wanita guna semula ni masa aku tengok Kak Nani sidai di ampaian. Pad dia design donut dan sangat ceria.MySpace Masa tu aku fikir yang itu adalah pemegang pad (untuk bagi kemas bila pakai bagi yang tiada wings). Tapi bila Kak Nani terangkan details barulah aku tahu yang ini adalah macam dulu-dulu masa zaman aku kecil-kecil dulu Mum pakaikan napkins (warna putih) dan kemudian boleh basuh dan pakai semula. Hohoho, masa tu aku fikir memang jimat kalau aku pakai macam ini juga.MySpace

Tapi itu masa aku di SDK dan selepas itu tidaklah pula aku teringat bila aku dah balik ke MLK ni. Sehinggalah Acik tonton rancangan di TV mengenai reusable pads ni dan menggesa aku membeli dan mencuba.MySpace Dikatakan yang pads boleh tahan sehingga 5 tahun (lihat juga pada kegunaan) dan sekurang-kurangnya perlukan 10 – 12 helai pads sahaja (sebab boleh basuh dan guna semula). Dan kerana itulah aku pun membeli untuk mencuba pads yang sampai masuk TV promosinya.MySpace

Mula-mula aku beli adalah dari Mama Patch. Aku beli yang trial Orkid punya cuma aku upgrade overnight pad tu kepada yang paling besar.MySpace Harganya (Original) Night 11” RM65.00 (tidak termasuk harga pos) dan (Upgrade) Night 13” RM67.00 (tidak termasuk harga pos). Seriously, saiz pantyliner dia pendek sangat (patut panjangkan sikit cm) dan dia macam tak boleh duduk diam (sebab pendek sangat mungkin) dan tension jugalah aku bila pakai.MySpace Lepas basuh kain dia akan jadi berbulu-bulu (mungkin sebab aku gosok ganas sangat walaupun tak pakai berus pun). Jadi aku memang tak berapa nak suggest pantyliner ni walaupun boleh digunakan kedua-dua belah.MySpace

Kemudian aku cuba pula pada Mum7Kids (yang ada label Saffa kecuali pantyliner tiada label Saffa sebab boleh guna kedua-dua belah). Kakak ini memang understanding dan senang nak deal. Siap dia ajar aku satu-satu dengan details macam mana nak guna dan apa kepentingan pads ni (siap dia cerita pengalaman dia sendiri dalam email). Jadi agak tertarik hatilah aku dengan kakak tu.MySpace Pada website dia kita boleh pilih design kain apa kita mahu dan boleh juga dia jahitkan satu set semua guna kain tu. Tapi boleh juga kita campur-campurkan kain corak apa yang kita mahu juga.MySpace

Dan pantyliner dia panjang sikit dari Mama Patch (saiz pantyliner biasa) dan dia ada wings untuk lebih kemas. Sama sahaja dengan Mama Patch, lepas basuh pun kain dia ada berbulu-bulu tapi itulah mungkin silap aku sendiri (cara basuh aku extreme sangat mungkin sampai nak terkoyak dan pudar warna aku gosok). Dan pantyliner ni pun boleh digunakan kedua-dua belah.MySpace Jujurlah aku suggestkan pantyliner dari sini boleh dipakai harian cuma pada minggu yang berkemungkinan datang haid (kita boleh agak tarikh haid kan?) aku suggestkan pakai yang slim pad yang bukanlah yang jenis boleh guna kedua-dua belah. Sebabnya yang slim pad tu mudah nak basuh stain tapi yang kain pantyliner biasa (yang boleh pakai kedua-dua belah) agak payah sikit nak tanggalkan stain (lagipun pantyliner bukannya untuk masa haid). Tapi itulah pakai yang slim pad punya masa minggu nak haid. Bukan apa, senang sikit nak hilangkan stain. Ini cuma suggestion aku, bukan paksaan.MySpace

Tapi aku lebih suggestkan Mum7Kids pantyliner dari Mama Patch sebabnya Mum7Kids lebih berkualiti dan design lagi menarik. Mama Patch satu warna sahaja dan memang bosan gila rupa.MySpace Dan mudahlah pantyliner ni sebab boleh guna kedua-dua belah. Jadi, tak pening-pening kepala nak tukar pantyliner di pejabat. Senang kan?

Flannel Regular 9"-

Flannel Regular 9"-

Dan slim dan regular pads kedua-kedua (Mama Patch dan Mum7Kids) tu macam biasalah. Saiz dan kegunaan boleh adjust bila kegunaannya. Cuma yang bezanya Mama Patch menggunakan plastic (macam pada diapers pakai buang bayi) pada bahagian sebelah belakangnya tetapi Mum7Kids pula pakai kain (yang sama macam pantyliner).MySpace Dan kali ini boleh pilih nak yang satu warna atau pun bercorak untuk Mama Patch tapi diingatkan yang pantyliner tadi hanya ada satu warna sahaja. Apa pun aku pakai aku selesa dengan kedua-duanya dan saiz pula lebih kurang sama sahaja dua-dua ni. Jadi tiada masalah tentang slim dan regular pads ini.MySpace

Yang aku nak sharing adalah mengenai overnight pad. Sengaja aku memilih overnight pad Mama Patch yang paling besar (untuk aku cuba penyerapannya). Memang terbaik overnight pad Mama Patch sebab memang tiada kebocoran dan selesa. MySpaceManakala overnight Mum7Kids pula tidaklah sepanjang Mama Patch dan ada kebocoran. Jadi, bagi yang heavy memang guna Mama Patch adalah idea yang terbaik manakala pada malam-malam seterusnya bolehlah menggunakan dari Mum7Kids. Tapi aku tak cuba Mama Patch overnight yang biasa (sebab aku cuba yang paling besar) tapi aku yakin yang biasa mungkin sama saiz dengan dari Mum7Kids. Dan sama seperti slim dan regular pads, overnight pad Mama Patch adalah plastic dan Mum7Kids seperti biasa. Cuma Mama Patch satu warna sahaja. Apa nak buat, tema Mama Patch memang satu warna sahaja. Sabar sahajalah ya.MySpace

Ops, lupa beritahu yang selain pantyliner; pads yang lain boleh diguna sebelah muka sahaja. Jangan pula memandai-mandai nak guna dua-dua belah ya.MySpace

Dan produk ketiga yang aku order adalah dari Bisky Bosky yang masih lagi tidak sampai dan tidaklah dapat aku nak beritahu review macam mana. Walau bagaimanapun, aku turut beli untuk Acik dan Ain satu set dari Mum7Kids untuk mereka. Dan Acik dah bagi testimoni (yang aku pun akui juga) iaitu bila pakai pads ini; rasa sakit haid berkurangan daripada biasa. Jadi, kuranglah kesengsaraan senggugut yang selalu mengganggu emosi semasa datang haid. Jadi bolehlah cuba kalau tak percaya dengan testimoni kami (Ain belum cuba lagi jadi tiada lagi testimoni dari dia).

Dan ini adalah set yang ditawarkan oleh Mum7Kids iaitu :

  • SET 1 :  2 PANTYLINERS AND 2 MEDIUM PADS AT RM52 INCLUDING POS
  • SET 2 : 1 PANTYLINER, 1 MEDIUM PAD AND 1 HEAVY PAD AT RM48  INCLUDING POS 
  • SET 3 : 1 PANTYLINER, 1 MEDIUM PAD, 1 HEAVY PAD AND 1 OVERNIGHT PAD AT RM70 INCLUDING POS
  • SET 4: 2 HEAVY PADS AND 2 OVERNIGHT PADS AT RM88 INCLUDING POS 
  • SET 5: 4 MICROFLEECE MEDIUM PADS AT RM70 INCLUDING POS 
  • SET 6: 2 MICROFLEECE MEDIUM PADS AND 2 HEAVY PADS AT RM76 INCLUDING POS
  • SET 7 : 1 PANTYLINER, 1 MEDIUM PAD, 1 HEAVY PAD AND 1 OVERNIGHT PAD AT RM75  INCLUDING POS (tapi set ini medium pad dia yang kualiti sedikit dari set 3)

Dan ini adalah sedikit nasihat penggunaan dari aku iaitu sila basuh dahulu pads sebelum digunakan (walaupun baru). Boleh dibasuh dengan tangan atau dimasukkan ke dalam mesin basuh. Tapi aku suggestkan pakai mesin basuh sebab kain pads ini agak tebal jadi kalau basuh tangan nanti lambat kering. Tapi kalau basuh tangan dan spin dengan mesin basuh tu okay. Itu lagi bagus.MySpace

Petite Wetbag (Double Zip)-

Dan biasalahkan kalau promosi perniagaan supaya beli wet bag untuk pads yang telah digunakan dan telah dibilas bersih sebelum disimpan ke dalam wet bag sekiranya anda bekerja. Sebabnya ada orang yang kena tukar banyak kali sebab jenis heavy flow. Dan pads yang disimpan di dalam wet bag tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti bau disposable pad yang telah digunakan dan kita boleh basuh di rumah samada basuh tangan atau mesin basuh. Tapi bagi akulah kan, tiada wet bag pun okay as long kau simpan dalam beg yang kalis air atau plastic bising pun boleh (sebab takut pula kalau perah tak elok nanti meleleh pula air).MySpace Tapi kalau nak beli pun boleh juga, your own money kan?

Dan sila rendam dan bilas bersih pads sebelum dimasukkan ke dalam mesin untuk dibasuh dan ia boleh dibasuh bersama-sama kain lain. Rendaman tengoklah macam mana degilnnya stain tu dan boleh campurkan sedikit garam ke dalam air rendaman supaya mudah tanggal. Ada yang 2 minit pun dah elok tapi ada yang kena semalaman 24 jam baru hilang, jadi sila sesuaikanlah ya. Yang penting jangan sental guna berus untuk mengelakkan fabrik kainnya rosak (aku yang gosok dengan tangan pun dan terosak kain tak tahulah kalau aku guna berus macam mana pula kan).MySpace

Dan jangan guna softener (tak kisahlah Downy atau Softlan etc) dan peluntur (seperti Clorox, Dettol etc) semasa membasuh supaya pad dapat menyerap dengan baik dan tidak mudah rosak. Basuh dengan sabun mandi (Lux ke, May ke etc) lagi baik sebab wangi dan tidak merosakkan. MySpaceTapi nak rendam dengan sabun serbuk Top pun boleh juga. Hehehe…

Tapi tak bermakna tak pakai yang pakai buang punya. Kalau jalan jauh contohnya, gunalah yang pakai buang sebab senang (tak payah fikir nak basuh-jemur). Janganlah bila sudah ada yang ini terus lupakan yang pakai buang.MySpace Standby jugalah yang pakai buang sebab masa emergency nanti mesti capai juga yang pakai buang ini. Cuma nanti akan jimatlah duit sebab most days pakai yang guna semula jadi yang pakai buang ini silap haribulan satu pek (60 pads) pakai dua tahun baru habis pakai. Jadi jadilah rakyat Malaysia yang tahu menghargai duit dan berjimat cermat dengan bijak. Selamat mencuba.MySpace

Psssst… Bagus kalau aku pandai menjahit kan, boleh aku buat sendiri. Comfirm semua warna pink! Hahaha… Terbaik! MySpace

2 thoughts on “iHeart : Reusable Pads

  1. aku gabanzz says:

    salam.saya ada beli macam awak yang mamapatch tu yang pjg.macam mana awak basuh darah sebab saya perasan susah nak hilang.pastu sy nak cepat sy guna clorox.sayang kan.

    pastu saya pakai bocor tepi.awak pakai tak boco tepi?sebab saya rasa cloth pad bukan macam pad pakai buang yang ada guard kat tepi.

    skarang ni ada 7 helai mamapatch saya tak guna dah.guna sekejap kemudian tak guna langsung smpai skarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s