iHeart : Ceritera Fisioterapi


Biasalah kalau dah lepas buat pembedahan, mestilah aku akan ke Fisioterapi untuk senaman bagi melonggarkan sendi dan gerakan tangan aku lebih cantik. Dulu masa kali pertama aku dengan Dr Pn Wong dan aku dah tahu sikit basic senaman yang aku boleh buat di rumah. Jadi, bila kali kedua ini aku dengan Dr Yati; senaman jadi mudah sedikit sebabnya aku dah cuba-cuba buat di rumah sebelum aku ke hospital. MySpace

Senaman basic guna kayu dan lakukan gerakan dengan bantuan tangan yang baik. Gerakan ke atas, kiri-kanan etc di atas katil. Dan di rumah aku buat guna penyapu. Hebat tak? Gerakan ini pada awal-awal memang semput nak buat (sakit terutamanya masa ke kiri-kanan). Tapi nanti lama-lama bila dah longgar, barulah tak berapa sakit sangat. MySpace

Dan kemudiannya ada penggunaan dumbbell dan penggunaan dumbbell aku yang paling ringan (0.5 kg) dan yang penting warnya pink. MySpace Logiknya 0.5 kg tidaklah seberat mana tapi masa tangan sakit dan nak buat gerakan (sama seperti guna kayu) memang agak perit sikit. Kalau di rumah aku gantikan dumbbell ini dengan bekas minuman di isi air 500 ml. Yelah, nak beli dumbbell tiada pula kepentingan jadi bikin sendiri sahaja pun boleh kan? MySpace

Ada satu lagi yang aku tidak boleh buat di rumah tapi ada di hospital adalah senaman pulley. Di mana tangan yang baik akan menarik sehingga lurus tangan yang sakit. Mula-mula buat memang lah agak susah tapi lama-lama okay. Dan yang paling penting kalau di rumah boleh sahaja buat regangan luruskan tangan.

Dan kadang-kadang aku buat juga senaman wheel ini. Bukan apa, nak pastikan aku boleh pusingkan tangan dengan baik. Tapi jaranglah aku buat senaman ini sebab aku boleh pusing-pusing sendiri tangan aku tanpa roda pun. MySpace

Tapi, kadang-kadang ada juga selingan senaman susun-susun barang mainan kanak-kanak ini. Tapi ini senang sahaja dan tak menyakitkan sangat. Dan senaman ini dibuat sebagai petunjuk latihan sebelum ini ada improvement atau tidak. MySpace

Dan yang paling sakit (dan masih sakit setiap kali aku cuba buat) adalah senaman yang ini. Senaman yang susun-susun gelang ini sangat menegangkan bukaan tangan ke maksimum. Sangat sakit! Sampaikan aku rasa nak menangis masa buat senaman ini. Aduh, susah mau story. MySpace

By the way, inilah serba sedikit mengenai senaman-senaman yang aku buat di hospital. Dan disebabkan luka aku yang masih tak berapa nak sembuh lagi maka aku tidak dibenarkan menggunakan hot-cold pack sebabnya takut akan membakar sel kulit yang baru nak bertunas tu. Jadi, doktor guna sinaran lampu infrared untuk memanaskan otot-otot di bahu aku supaya rasa sakit senaman berkurangan. Tapi seriuslah, memang lepas guna lampu tu akan rasa lega dan tidaklah sesakit masa sebelum guna lampu tu.

Pssst… Disebabkan di rumah manalah aku lampu infrared tu, maka doktor suggestkan aku pergi beli promo pek Libresse yang beri hot pack sebagai promosinya. Itu sebenarnya berfungsi untuk diletakkan di perut semasa senggugut. Isi air panas dalam tu, kemudian tuam atas tempat yang sakit (kalau masa haid, di perutlah!). Jadi dalam kes aku pun sama, letak di bahu aku yang sakit tu. Dia tak bagi aku guna hot pack yang memang amat panas tu, dia suruh aku guna air suam sahaja sebab kalau panas sangat nanti sel kulit aku mati. Tapi itulah, masa dia beritahu aku tentang promosi Libresse; dah tiada di pasar raya pun pads tu. Yang ada biasa punya sahaja (bukan yang promo). Nak buat macam mana, tiada rezeki. MySpace

Jadi, kalau ada yang jumpa di mana-mana pasar raya di Melaka promo Libresse ini; silalah beritahu aku ya. Boleh aku suruh Acik pergi belikan sebab masa tu Acik survey di Parkson dan di Jusco tempat dia kerja tu sahaja. Tempat lain tidaklah pula dia check. Aku ini kena pasrah sahajalah sebab kena quarantine di rumah sahaja.MySpace Nak beli Cadbury pun tinggal ‘harapan’ sahaja. Memang sedih hidup sebagai pesakit ini. Aish, bunyi macam tak bersyukur pula aku ni. Hahaha… Sorry-sorry, aku memang bersyukur dengan apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya jimat duit aku dari habis membeli Cadbury yang aku gilakan tu. Hahaha… MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s