iHeart : “Acik [Alice] in Wonderland [Melaka]”


Sekarang ni kalau nak update tentang event berkaitan dengan aku memang agak susah sikit sebab sepanjang sakit ni aku asik terperap dalam rumah sahaja.MySpace Jadi, memang nak update news luar sana dengan adanya penglibatan aku memang zero. MySpace Jadi kali ini aku nak update tentang Hari Keluarga 2012 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Melaka Tengah yakni tempat Acik (mak cik aku) bekerja. Mereka anjurkan di Taman Tema Wonderland, Melaka.MySpace

Kalau ikut cerita Acik; kawasan itu okay untuk aktiviti kekeluargaan tapi A’Famosa lagi puas main permainannya. Cet, mestilah sebab bayaran pun seganda lagi.

MySpace

Dan disebabkan pergi kena bayar RM 15 maka limited edition orang yang pergi. Acik sendiri bawa Luqman Hakim (adik sepupu aku) yang baru umur 7 tahun untuk pergi main aktiviti kanak-kanak Hari Keluarga.MySpace Menang tempat ke-3 dalam acara lumba lari katanya. Hadiah as usual lah kan, pensel warna. Acik menang apa aku tak pasti, tapi ada juga hadiah dia. Tak tanya pula apa. Hehehe…MySpace

Kata Acik hadiah cabutan bertuah kali ini amatlah grand (siap ada TV besar, mesin basuh, microwave etc) tapi itulah, tiada luck.MySpace Acik memang Tupperware sahaja. Cukuplah, dari tak dapat apa. Nanti menggigit jari, baru tau kan? MySpace

Dan aku melopong dengar cerita kepenatan main air di Wonderland (versi Luqman).MySpace Ikut versi Luqman, tempat tu masyuk habis! Hahaha… Cerita budak umur 7 tahun, apa kalian harapkan? MySpace Hampes aku ni, dari masa dia buka (masa tengah murah) tak aku pergi sampai dah mahal harga masuk dia.MySpace

Tapi kata Busu, Taman Tema Air Gambang, Pahang lagi best.MySpace Kata Alang Taman Tema A’Famosa lagi best.MySpace Kata Ain, Taman Tema Sunway Lagoon lagi best.MySpace Tak tahulah mana lagi best sebab aku tak pernah pun sampai lagi mana-mana pun. Tapi aku ni tunggu kalau ada promotion baru aku sambar! Kalau tiada, kirim salam sahaja!MySpace

Tapi entah bila aku dapat pergi, aku pun tak pasti. Dengan tahap phobia aku dengan air lagi, memang kena calculate betul-betul nih!MySpace Sebab dulu masa belajar, walau dekat dengan Taman Tema Tambun, Perak; pun aku ada sahaja halangan nak ke sana. Agaknya aku ini tak berjodohan nak ke Taman Tema Air agaknya.MySpace

Apa-apa pun aku rasa agak malu jugalah sebab aku ni nama ja anak Melaka (lahir di Melaka) tapi buta tempat di Melaka.MySpace Itulah, dari kecil asyik merantau sampai masa bekerja pun merantau juga, memang jalan balik ke rumah sahajalah aku tahu. Yang lain, ampun maaf di pinta! Hahaha… MySpace

Itulah, harap-harap jangan jadi macam Eye On Melaka (sebelum ini di panggil Eye On Malaysia masa di KL). Dari hari pembukaan sampai dah tutup dah Ferris Wheel tu, aku tak merasa pun naik. Punyalah busy aku ni kalau balik kampung. Sehari dua nak naik Ferris Wheel pun tak boleh. Aduyai, buat malu sahaja kan? MySpace

Nanti aku drag Faiz semua tempat di Melaka yang aku tak pernah pergi. Discover Melaka dengan Faiz, hahaha… Bila lagi kan? MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s