iHeart : Selamat Tinggal?


Minggu akhir sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun 2012 memang sangat menguji sungguh ketahanan air mataku.MySpace Ada banyak perkara yang tidak dijangkakan berlaku. Terutamanya semasa jamuan perpisahan kelas 5B pada masa waktu P & P (memang waktu kelas aku dengan 5B masa tu). Serius aku terkejut sampai tak tahu nak cakap apa.MySpace Makanan jangan ceritalah banyaknya yang mereka bawa. Dengan makanan yang dibeli lagi (sebab masa tu ada Hari Kantin), memang penuh perut aku masa tu. Nak beli makanan lain pun tak muat dah spacing dalam perut aku disebabkan mereka. MySpace

Totally aku blank dan tak tahu langsung tentang jamuan ini. Bila aku tanya guru-guru lain yang mengajar kelas tersebut, ada yang tahu tentang jamuan tersebut dan mereka dipesan untuk tidak memberitahu aku langsung tentang jamuan tersebut. OMG! Sangat surprised! Mujur aku tak melompat naik ke langit masa tu. MySpace

Dan punyalah terkejut plus minus dengan terharu, memang berlinangan air mata aku bila aku masuk kelas masa tu. Dengar ucapan beberapa wakil pelajar 5B lagi buat aku tak tahu nak cakap apa selain, ‘terima kasih‘. Huh, sangat terharu! MySpace

Dan masa tu dapatlah aku merasa air tangan pelajar-pelajar perempuan. Sanggup mereka bangun awal semata-mata nak memasak untuk di bawa ke kelas. Aduyai, speechless!MySpace Mujur tak menitik air mata aku dalam makanan.MySpace Aku makan semua makanan yang ada sikit-sikit. Ada mi goreng, nasi goreng, sushi, sandwich dan pelbagai frozen food (sosej, nugget, kentang etc)  yang digoreng. Dan pelajar lelaki bawa air berkarbonat dan jajan (makanan ringan) pelbagai perisa termasuklah kuaci. Aku cuma ingatkan mereka supaya berkelakuan baik (tidak bising atau melompat terjun dari bangunan) MySpace dan jamuan dalam keadaan yang terkawal serta perlu pastikan juga membersihkan dan menyusun semula kelas dalam keadaan asal untuk P & P cikgu lain. Risau juga aku kalau ada cikgu yang complaint tentang jamuan ni. MySpace

Kata ketua kelas; Syafiqah, semua pelajar 5B membawa makanan dan minuman tidak kiralah beli atau buat. Mereka sehati sejiwa berbincang tentang jamuan ini. Pertama kali mereka bersatu pada bertungkus lumus, aku memang terharu.MySpace Kalau tidak macam nak tercabut anak tekak aku berteriak supaya mereka bekerjasama untuk aktiviti yang melibatkan kelas.MySpace Aneh tapi benar, bila macam ini memanglah nak bekerjasama kalau selain yang ini, aku rasa ada sahaja yang tidak puas hati.

Dan siap mereka hiaskan kelas (terutamanya papan putih di depan kelas dan papan kenyataan belakang kelas) dengan ucapan-ucapan yang pelbagai untuk aku.MySpace Yang paling menarik, mereka letakkan trademark aku di situ, simbol treble clef. Hahaha… Nak buat macam mana, dah memang aku sign macam treble clef. Actually bukannya treble clef pun, itu represent alphabet D actually. Dah cara aku sambung signature aku inovatif sangat sampai nampak looks like treble clef. Sebab ramai fikir itu treble clef so aku pun ambillah treble clef as my trademark. Lagipun simbol treble clef comel kan? Tapi serius, aku buta music. Janganlah kau tanya aku tentang ilmu music, memang sesat jalan jadinya. MySpace

By the way aku memang tahap terharu yang amat dengan pelajar 5B.MySpace Lagipun dah setahun lebih aku mengajar mereka (sejak dari tingkatan 4) jadi memang perangai baik-buruk mereka memang dalam poket aku pun. Tapi tahun ini mereka berkelakuan baik dari tahun lalu. Tidak banyak rungutan tahap extreme tentang mereka seperti tahun lalu (atau pun aku yang buat-buat MySpace pekakkan telinga tahun ini?) Dan masa pemberian rekod pencapaian pun, tiada nama yang aku hantar ke Unit Disiplin untuk ambil tindakan. Bagi aku tahap baik-nakal-jahat mereka tahap biasa sahaja, sesuai sebagai seorang pelajar dan remaja berumur 17 dan 18 tahun.MySpace Apa pun harapnya mereka akan keluar mencorak dengan gemilang masa depan mereka selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Insya-Allah, aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka walau di mana mereka berada kelak.

Oh ya, lupa nak cerita. Masa pengambilan rekod pencapaian, ada lagi pelajar yang menitiskan air mata di depan ibu bapa mereka apabila bersalaman denganku. MySpace Sebak jadinya situasi tersebut (especially Mutiara) tapi aku control diri depan ramai parents, haru ungu violet aku kalau aku menangis depan ramai orang tu. Dan ada juga yang bawa ibu bapa ke bilik guru untuk berjumpa denganku sebab mereka bukan kelas 5B tetapi kelas lain yang aku ajar juga (iaitu Liliana dan Dayangku Nur Amalina).

Dan sebab pada hari jamuan tersebut mestilah mereka telah memberitahu ibu bapa masing-masing (sebab nak keluar beli macam-macam perkakas untuk jamuan) jadi pada hari pengambilan rekod, mereka mengulang mengenalkan aku kepada ibu bapa semula. Mungkin untuk mengukuhkan kenyataan mereka tentang jamuan perpisahan yang mereka rancang masa tu, inilah cikgunya.

Aduyai, macam-macam kisah ada pada hari pengambilan rekod pencapaian prestasi tersebut. Drama bersiri ibu bapa menangis depan aku memang ada.MySpace Dan drama bercerita segala ketidakpuashatian perangai anak masing-masing di rumah lagilah panjang berjela-jela.MySpace Kebanyakkan ibu bapa panjangnya bercerita tentang perangai anaknya di rumah dan ada cerita dari perangai sejak dari Tingkatan 1.MySpace Peh, ibu bapa lain berbaris menunggu giliran di belakang dia buat tak nampak sebab nak jua story pada aku tentang perangai anaknya.MySpace Pening jugalah aku dengar masalah mereka di rumah tapi susah aku mahu cakap sebab kalau kata-kata ibu bapa pun mereka langgar, kata-kata aku sebagai seorang guru kelas ini lagilah susah mereka nak dengar kan? Itulah, susah aku mahu cerita. MySpace

Okeylah, tutup cerita sedih. Kelas Peralihan B turut sama menghadiahkan suatu kenangan jamuan perpisahan di Mc Donald’s.MySpace Memang very rushing juga jamuan kami sebab aku belum packing barang-barang nak fly balik masa tu. Tapi habis one set burger plus dengan satu ice cream aku makan. Tak pasti siapa yang bayar. Aku makan je. Malas nak tanya, nanti kena bayar pula. Hahaha…MySpace Tak patut kan aku ni? By the way kalau orang yang bayar tu baca, cikgu ucapkan berbanyak terima kasih atas set meal McD tu.MySpace Kalau tak silap macam Wong Kah Wing yang belanja hari tu. Tapi tak tanya panjang masa tu sebab jamuan pun rushing gitu. Maaf ya, lain kali kalau ada masa kita lepak lagi. Insya-Allah…

Kad dengan Hello Kitty tu Jamie Lu yang bagi. Aku dah hang pada beg make up aku pun Hello Kitty tu. Comel kan?MySpace Dan cupcake homemade ni diberi oleh Jean Lee Jing. Terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga pada mereka. Yang homemade tu yang tak tahan tu. Terharu rasa. Kad ni memang menarik dan terharu (sebab hand made dan lukisan dia nice!) bila aku terima tapi salah ejaan tu yang buat aku tepuk dahi.MySpace Aiseh malulah sebab aku ni cikgu Amalan Bahasa Melayu (ABM) kelas ni jadi kalau salah ejaan BM memang aku antara salah seorang yang patut di blame lah kan? Hahahaha… MySpace Kena hints pada Cikgu BM dia ni, suruh belajar buat karangan ucapan.

Dan ini Pricilla Chung dan May Yee May Ling yang hadiahkan di McD. May Yee May Ling siap menangis lagi di McD. Dramatik jugalah jadinya di McD tu tapi class control kena jaga.MySpace Sudahlah masa tu ramai orang di McD (sebab Mc Value Lunch kan murah harganya) jadi kena jaga air muka sikit. Huhuhu… Tapi nice, aku letak di hand bag hadiah May Yee May Ling bagi (sebab nama aku kan?). Comfirm semua tahu tu hand bag aku sebab dah ada nama. Hehehe… MySpace

Tapi hadiah yang paling tak boleh dilupakan adalah bunga yang diberi oleh trio sekawan ni.MySpace 3 teddies tu represent mereka. Dan mereka harap bila aku tengok teddies tu aku akan ingat pada mereka. Aku senyum sahaja bila dengar request tu. Mestilah tak lupa, mereka ini antara kenangan terindah aku di Peralihan B. Dan ini lagi sukar aku lupa, ucapan ‘Selamat Berpengantin Baru’ yang diberi tu. 1st time dalam life aku jumpa word ‘berpengantin’ tu. Memang memori daun pisang betullah dengan trio ni. MySpace

Dan tak sempat untuk kelas 5C buat jamuan dengan aku walaupun aku tahu mereka nak juga buat jamuan seperti kelas-kelas lain. Malah sesi ambil gambar dengan mereka pun tak banyak. Tapi masih lagi ada gambar kenangan antara kami. Syukurlah kan?

Ini adalah antara hadiah yang aku paling suka. MySpace Liliana yang bagi masa pengambilan rekod prestasi dia. Siap datang bawa ibu sekali jumpa aku. Sangat terharu. Aku tersangat happy sampai melompat dalam kelas bila buka kotak hadiah tu. Sebab comel sangat teddies tu. Sampai Cikgu Satidja (penolong guru kelas 5B) yang jaga di kaunter menunggu ibu bapa untuk sesi pengambilan rekod prestasi tergelak besar tengok muka excited aku nampak dua ekor teddies ni. Hahaha… Malu pula bila fikir balik.MySpace Mujur masa tu tiada students dan parents nampak kalau tak mesti merah padam muka aku menahan malu.

Dan ini tudung bawal putih berbatu hitam hadiah dari Dayangku Nur Amalina yang dia beri di airport. Mujur datang masa tu aku tak masuk balai berlepas lagi. Terima kasih banyak-banyak. Terharu sungguh aku masa dia jumpa aku di bilik guru tanya jam berapa fly sebab hadiah tertinggal di rumah dan nanti nak bagi di airport.MySpace Siap kenalkan pada ibu dia lagi. Susah nak cakap. Hari terakhir tu macam-macam perasaan ada sampai susah nak digambarkan dengan perkataan.

Walau bagaimanapun aku ucapkan ribuan terima kasih atas semua pemberian yang aku dapat. Harapanku mereka akan serius belajar dalam beberapa bulan sahaja tinggal untuk SPM (kelas 5B dan 5C) dan Peperiksaan Akhir Tahun (untuk kelas 4B dan PB). Dan ketahuilah yang aku selalu doakan kejayaan mereka dalam setiap waktu solatku. Jangan tawakal dengan doa cikgu sahaja andai kamu sendiri tidak berusaha untuk berjaya. Masa kian singkat tapi jangan mudah putus asa. MySpace

Dulu masa aku belajar aku suka dengar lagu ‘Fikirkan Boleh’ sebab aku rasa lagu ini ada suatu sumber inspirasi yang sangat menyuntik hormon semangat bila aku fikirkan lirik lagu ini dalam kepala aku. MySpace Tapi pelajar zaman sekarang ini lebih sukakan music disco. Tapi ini cuma satu cadangan, nyanyilah lagu ini di saat kepala rasa macam dah tepu sangat. Fikirkan yang masa depan yang kamu mahu macam mana dan bagaimana persiapan untuk mencapai impian tersebut. Kalau rasa belajar setakat itu memadai maka tak perlulah belajar bersungguh lagi tapi kalau rasa belajar setakat itu masih tak mencukupi nak gapai impian tersebut maka selepas rehat 5 minit, sambung belajarlah lagi. Insya-Allah. MySpace

MySpace Lirik Lagu Fikirkan Boleh MySpace

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
MySpace

Dan insya-Allah kelak kamu bila sudah berjaya nanti boleh cari cikgu semula. Boleh jumpa cikgu lagi. Jangan risau, semua pun ada Facebook cikgu bukan? Kita ini 1Malaysia, masih lagi boleh berhubung walau apa caranya pun. Jangan kamu melayan perasaan negatif pula. Cikgu tidak pernah buang kamu dari memori hidup cikgu dan harapnya kamu semua pun begitu. Amin. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s