iHeart : Hari Guru 2012


16 Mei datang lagi dan akan datang lagi setiap tahun selagi ada kalendar yang menggunakan 16 Mei sebagai penunjuk hari bagi meraikan sambutan Hari Guru di Malaysia.MySpace Dan 16 Mei ini buat insan-insan yang bergelar guru, adalah satu hari yang sangat amat bermakna untuk mendengar ucapan “SELAMAT HARI GURU” selain daripada perkataan “Selamat Sejahtera” dan “Terima Kasih” yang akan di sebut pelajar setiap kali kelas bermula dan berakhir. MySpace

Dan inilah yang buat aku terimbau kisah-kisah lama tatkala aku masih bergelar seorang pelajar. Aku rasa sejak aku tadika lagi aku sudah mulai memberi dan menghargai cikgu-cikgu yang mengajarku dengan hadiah-hadiah yang masa itu ambil di rumah (secara senyap-senyap) MySpace dan bungkus dengan surat khabar atau kertas warna lagi (hadiah percuma memang begini) MySpace. Yelah, nak minta Mum beli takut pula. Sebab Mum memang sangat garang orangnya seingat aku dulu, suka mencubit aku kalau aku buat silap.MySpace Ngeri wooo… sangat berbisa kena cubitan Mum. MySpace

Hadiah masa aku tadika dan sekolah rendah memang jimat. Cawan aku ambil di rumah punya MySpace, sabun mandi-sabun basuh (asalkan sabun) pun ambil di rumah punya MySpace, pen merah beli di kedai buku sekolah (tak sampai seringgit pun) jangan ceritalah berapa kali dah aku bagi pada cikgu aku MySpace. Masa tu belajar guna kapur lagi. Mana ada guna marker pen dan powerpoint slides macam sekarang ini. Zaman dah berubah. MySpace

Bila aku naik sekolah menengah baru aku beli barang yang canggih-manggih sikit. Masa tu dah berani nak minta pada Mum beli hadiah untuk cikgu.MySpace Dan masa tu tak lagilah aku bungkus guna kertas warna. Masa tu dah beli kertas pembalut hadiah yang cantik-cantik di kedai buku. MySpace Masa aku 15 tahun dulu (wah, ingat lagi kenangan lama tu) aku siap buat cupcakes dengan Mum untuk hadiah pada cikgu.MySpace Teringat kembali, rasa macam dulu pernah jadi champion dalam segmen masak-memasak antara badan beruniform di sekolah. Memang tak boleh blah kan? MySpace

Dan masa tu beli hadiah tak semahal barangan sekarang ini. Malah ada yang aku beli hasil tabungan lagi. Kalau cikgu sekolah aku tahu dulu yang aku menabung, mesti dia terharu. Mujur tak beritahu, kalau tak mahu menangis dia dalam kelas. MySpace

Dan masih, sampai aku ke sekolah menengah pun, aku masih memberi hadiah pada cikgu aku walaupun mulut murai cikgu sekolah menengah aku tak boleh berhenti setiap kali marah aku (terutamanya Cikgu Lela). MySpace Nak buat macam mana, aku selalu terlupa jalan ke sekolah. Ops! MySpace

Bila aku naik ke kolej dan universiti, hadiah tu susah sikit nak bagi tapi ucapan masih di beri. MySpace Walaupun pensyarah, masih lagi dia adalah seorang guru. Aku ingat lagi masa zaman belasan tahun tu (macam dah tua bebenar pula rasa bila taip macam ni) aku panggil pensyarah aku, “Cikgu X” sedangkan sepatutnya panggil Dr./En./Pn./Cik X (***X merujuk kepada nama pensyarah berkenaan). Dah terbiasa panggil cikgu, jadi lidah ni senang je panggil cikgu dari guna panggilan formal yang lain. Malu pula fikir zaman jahiliyah aku dulu ni. Hahahahaha… MySpace

Tapi sekarang ini dah lain, sebab sekarang ini aku pula yang diberi ucapan tersebut dan aku pula penerima untuk hadiah-hadiah tersebut.MySpace Dan masa ini buat aku terfikir, okey-inilah perasaan cikgu-cikgu aku masa aku bagi ucapan dan hadiah Hari Guru pada mereka dulu-sangat terharu dan tidak boleh nak cakap apa-apa selain terima kasih. MySpace

Sambutan Hari Guru 2012 kali ini di SDK, mestilah dimulai dengan kek. Okey, inilah kek yang sekolah aku dapat. Secara jujurnya, aku rasa kek ini kekurangan perisa vanila. Rasanya tidak seindah rupanya. Dan bikin aku rasa nak muntah bila makan.MySpace Aku peminat kek jadi kalau aku yang minat ni rasa nak muntah, macam mana pula dengan orang yang tak minat… uuu… no comment! MySpace

Dan masa sambutan juga ada kek berperisa keladi (yam). Walaupun aku peminat warna ungu tapi aku tak suka perisa keladi. Rasa sikit je sebagai syarat makan. Tak larat nak habiskan. Makan sesuap sahaja, selebihnya tong sampah yang makan. Hahaha… MySpace

Tapi jangan salah faham, ada banyak kek lain masa minggu sambutan Hari Guru.MySpace Memang larislah jualan kedai kek masa minggu sambutan Hari Guru ni. Kebanyakkan kelas ada membeli kek untuk kelas masing-masing. Ada juga bekas pelajar yang datang menghadiahkan kek pada guru-guru di sekolah. Tapi ada kek yang sedap dan ada juga kek yang perlukan tambahan perisa untuk menambahkan kesedapan kek-kek tersebut. Tapi apa pun, aku tetap makan semua kek yang orang bagi pada aku. Rezeki jangan di tolak beb, lagipun aku sangat gilakan kek. Especially chocolate cake! MySpace

Dan sambutan Hari Guru tak lengkap kalau tiada adegan persembahan di pentas. Tahun ini persembahan sambutan seperti biasa cuma kali ini aku lihat pelajar-pelajar kelas aku (kelas 5B) banyak membuat persembahan di pentas (pelajar perempuan). Dan itu suatu yang tabik spring untuk aku enjoy habis-habisan kerana selepas ini pelajar tersebut akan tamat pelajarannya dan entah bila dapat bersua lagi. MySpace Dan paling enjoy masa tarian Melayu (Bajau sebenarnya), pelajar mention atas tunjuk ajar Cikgu Fara Diyana (yakni aku). Alamak, tarian zapin yang pun aku tak pass apatah lagi tarian masyarakat Bajau. Hahaha… MySpace

Apa pun terima kasih kepada Cikgu Suhaimi dan Cikgu Anin (penyelaras sambutan) kerana banyak beri peluang kepada pelajar tingkatan 5 untuk membuat persembahan mengenangkan sudah tahun terakhir mereka di sekolah. MySpace Dan ada persembahan bekas pelajar yang sukarela datang untuk menyampaikan lagu dalam version Kadazan untuk Pesta Kaamatan (siap duet dengan Cikgu Ridzwan lagi). MySpace Macam-macam lagu ada dalam sambutan persembahan kali ini. Memang enjoy habislah! MySpace

Dan kali ini aku lihat para pelajar sudah pandai make up. Ada yang lebih-lebih sampai rasa macam artis pula atas pentas tu.MySpace Rasa masa tu macam aku nak pergi ke butik M.A.C di Sogo KL dan capai satu lipstick Barbie yang mengancam tu. Mesti masa tu kepucatan muka aku tak sekalah mana dengan para peserta persembahan yang ala-ala artis tu.MySpace

Dan masa sambutan ini juga aku mengetahui tentang sejarah “Pesta Menuai Kadazan” kerana sambutan Hari Guru digabungkan dengan Pesta Kaamatan pada kali ini di sekolahku.MySpace Tabik spring pada sejarah tersebut dan terima kasih kepada Cikgu Shabia kerana meng-translate sejarah Pesta Menuai ini dalam versi mudah untuk aku fahami.

Kadang-kadang bila difikir kembali, banyak sungguh yang aku belajar semasa berada di Sabah ini. Kalau tak aku memang cuma tahu Hari Raya je. Hahaha… Gila cetek ilmu aku ni! MySpace

Ini adalah satu pengakuan yang tidak direkodkan, aku menangis pada hari sambutan tersebut. MySpace Jujurnya, aku akui yang aku memang sangat terharu (sampai menangis) masa pelajar aku bersalaman dengan aku masa hari tersebut. Aduyai, malu pula bila fikir aku menangis atas pentas. Janganlah ada orang rakam waktu itu.MySpace Aku mulai nangis masa Arica Nur (pelajar kelas 5C) bersalaman denganku atas pentas. Aiseh, sampai terbawa-bawa ke bilik guru (selepas di pentas) pula.

Apa yang tak menariknya? Sebelum adegan tangisan syahdu tu tak pula ada orang nak bergambar dengan aku. Selepas mata aku dah bengkak macam kena sengat dengan tebuan (sebab menangis) sibuk pula diambil gambar. Masa tu mata dah bengkak MySpace kena genyeh (*gosok) dengan tisu (tisu pun pelajar yang bagi sebab aku tak sangka pula akan menangis hari itu). Kalau pelajar tengok lagi 10 tahun lagi gambar aku pada sambutan ini, malunya… MySpace mesti rupa aku sangat teruk dan buruk! Aduyai, aku dah lah tak comel kalau menangis… Rosak gambar kenangan Hari Guru aku!

Oh ya, hari itu juga aku sibuk menyusun kedudukan meja-kerusi untuk pemberian rekod pencapaian pelajar esoknya. Memang tak boleh blah. Dengan mata bengkak-bengkak aku siap pergi marah pelajar aku sebab escape masa mengemas meja-kerusi di kelas. Tragic aku ni. Drama je lebih! Ni effect dari cerita drama Korea 16 episod, taubat aku! MySpace

Gambar sambutan ada banyak dalam Facebook. Bukan dalam FB aku (sebab aku mana ada kamera canggih nak ambil gambar cantik-cantik) tapi dalam FB kawan-kawan dan pelajar-pelajar. Aku dapat pun sebab kena tag di FB. Sila layan buka FB aku untuk lihat gambar sambutan Hari Guru dengan mata aku yang bengkak. Itulah, masa pagi-pagi mata aku kiut-miut, tak pula nak ambil gambar. Sabar je lah! Jadi jangan berani nak complaint kalau tengok gambar mata aku yang sangat sexy tu! MySpace

Kesimpulannya, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru 2012 pada semua tenaga pengajar di seluruh dunia walau siapa pun dan berapa jumlah pun pelajar yang ada. Moga kesabaran kalian akan ditebalkan untuk menempuh sehingga ke 16 Mei 2013. Pada bekas guru aku yang masih mengajar atau sudah bersara, aku ucapkan terima kasih dari hujung rambut ke hujung kaki. Bebelan cikgu sampai sekarang ada yang berbekas di hati aku terutamanya Cikgu Zubaidah (cikgu Bahasa Melayu Tahun 1 aku dulu yang asik tarik tocang aku setiap kali aku pot-pet kat belakang). Nak buat macam mana aku kan kaki gossip, dari umur 6 tahun mulut dah mula beroperasi. Hahaha…MySpace Pada guru yang dah tiada lagi di atas Bumi ini (sudah meninggal dunia), aku sedekahkan doa dan Al-Fatihah untuk cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar pada aku terutamanya Arwah Cikgu Sabtu masa aku tingkatan 5 dulu (subjek Fizik). Teringat aku dia selalu panggil aku dengan nama Primadona Princess Diana tu. Kelakar pula bila fikir sekarang ini.

Dan pada diriku sendiri, Selamat Hari Guru! Moga suatu hari semua pelajar bimbinganku akan menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. MySpace

Dan tak lengkap sambutan Hari Guru kalau tiada tema. Tema 2012 adalah “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” sejajar dengan 2012 yang padat dengan gerakan paradigma inovasi Sains contohnya penggunaan nuklear yang sedang dimesyuaratkan di Parlimen. Dan terimalah dedikasi dariku iaitu lagu yang setiap tahun pun akan berkumandang di radio pada setiap 16 Mei iaitu Lagu Guru Malaysia.

Guru Malaysia

Lirik Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

MySpace

Psst … Ni adalah antara hadiah yang aku terima daripada pelajar untuk Hari Guru tahun ni. Antaranya adalah hiasan untuk iPhone 4 aku yang sangat aku suka!MySpace Aku memang terfikir nak beli tapi tak sangka dapat hadiah pula. Jimat duit aku dari kena beli. Terima kasih Emily Ng, Chin Choy Yee, Tay Ru Sin dan Phylis Chok (pelajar Peralihan B). Cikgu sangat suka hadiah yang kamu bagi ni!

Hadiah makanan jangan ceritalah. Ini yang aku sempat ambil gambar sebelum aku makan. Yang lain kebanyakkannya aku dah makankan di sekolah lagi. Hahaha…MySpace Thank you very much, macam tau je aku ni sukakan coklat. Hahaha… Again, thank you Michelle Tan dari Peralihan B.

Dan bunga kertas hasil lipatan pelajar kelas 4D yang dibeli oleh ketua kelas 5B; Syafiqah, untuk aku. Kreatif pelajar tersebut. Siap buat jualan lagi dan ramai pula yang beli. Thank you so much. Nice dan sangat suka hadiah comel macam ni. MySpace Ops lupa nak inform, tulisan tu adalah Syamimi 5B yang tulis.

Dan tidak dilupakan setiap guru dihadiahkan dengan sebotol air eco-Tupperware 750 ml (aku punya warna ungu) yang berisi sebatang pen merah dalam tu. Aku sangat suka warna bekas minuman tersebut. Sangat ungu!!!! (terukkan komen aku ni?)

Apa pun aku ucapakan zillion terima kasih untuk semua hadiah dan makanan yang aku dapat. Rasa terharu pula dapat hadiah tersebut. Sentiasa mereka semua ini ada dalam ingatan kenangan aku. Terima kasih… MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s