iHeart : Nyum nyum,,, Kek Berry Violet (okey, actually nama asalnya Chocolate Blueberry Roulade Torte)


Ulang tahun kelahiran Kak Nani untuk tahun ini jatuh pada sama hari dengan Hari Ibu iaitu Mei 13, 2012. MySpace Disebabkan hari tersebut Kak Nani dan Wani nak bermanjaan telefon ibu masing-masing (aku tiada Ibu untuk di telefon tapi aku telefon Afiz, Ain, Awa & Acik untuk bertanya khabar hari tu) maka sambutan dicepatkan sehari kepada Mei 12. Tak kisahlah janji dapat makan kek. Hehehe… Dan untuk Kak Nani, Happy Birthday! Moga perancangan kahwin tahun 2012 ini terlaksana, Amin!  MySpace

Dan kerana kami nak sangat makan kek berjalur Blueberry (sebenarnya nama dia adalah Chocolate Blueberry Roulade Torte tapi berpintal-pintal lidah aku nak sebut jadi nak mudah, aku sebut kek Blueberry je la) , maka dengan bersusah-payah dapatlah terhasilnya kek ini. Dan paling menarik adalah icing kek di buat (setelah hasil percubaan beberapa kali) sendiri oleh Kak Nani. MySpace Syukur ada line internet untuk mencari information di web sites dan langkah-langkah membuatnya di YouTube. Dan tahniah juga pada Kak Nani kerana berjaya menghasilkan icing yang tidak muak, manis dan sedap! Jadi jangan lupa klik di blog Kak Nani untuk mencuba resepi kek blueberry ni. MySpace

Dan memang kena cuba buat kek blueberry ni sebab aku seorang sahaja dah makan lebih dari 1/4 kek (sampai berebut dengan Wani). Serius sedap yang amat sangat! Jadi sila-silalah contact Kak Nani through blog dia seandainya terpengaruh dengan idealogi aku untuk mencuba membuat kek Blueberry ini. MySpace

Aku memanglah tak boleh nak comment banyak tentang kek Blueberry ni sebab memang masa Kak Nani datang, kek tu cume tinggal letak icing sahaja. Cuma aku pasti yang cara membuat kek ini ada sedikit leceh MySpace tapi jangan risau, bila sudah siap… rasanya memang meletup! Biasalah kan, makanan yang sedap memang leceh untuk dibuat.MySpace Itu semua pun memang maklum kan? Sebab itu makanan yang sedap, harganya pun mahal. MySpace

Menu utama kami hari itu adalah Nasi Tomato! Dan sangat mengingatkan aku kepada cartoon Tomato Man (rindu cartoon zaman kanak-kanak dulu!) MySpace Lauk ayam masak merah dan acar timun yang memang amat menyelerakan. Cuma disebabkan potongan ayam terlalu besar dan gorengan pun tak cukup lama maka ayam ada sebahagiannya tidak cukup masak (berdarah… MySpace yuck!) tapi lepas tu kami masak semula dan ayam tu sudah boleh dimakan seperti biasa cuma Wani jadi kembang tekak dan tak boleh nak makan ayam tu.MySpace Teringat ayam berdarah (ala-ala period haid pula kan?) langsung dia hilang selera makan. Hahaha… Mujur aku memang tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang sebegini. Tak bagi effect pun pada selera makan aku. Ngeh ngeh ngeh… MySpace

Dan ada pudding caramel yang seperti biasa memang aku suka sluurp makan!MySpace Dan adakah anda nampak air dalam jug tu? Itu adalah kuah side dishes yang makan dengan puding tauhu yang ada senduk pink di situ. Makan ala-ala puding berkuah.MySpace Air yang kami buat masa tu adalah air cocktail (buah-buahan campur) tapi boleh juga digantikan dengan air Laici atau Longan! Yang penting, dia mestilah ada buah-buahan sedikit sebagai penambah manis.MySpace Ahaks, untuk yang ada kencing manis boleh kurangkan kandungan glukosa dalam minuman tersebut ya. Tapi puding tauhu tu kalau makan dia sahaja pun sedap (sebab aku makan macam tu sahaja pun) dan masa buat puding tu, bau dan rupanya dia seperti air soya. Eleh, tak percayalah tu details yang aku bagi ni.MySpace Hello, aku buat juga okay! Kalau tak percaya, sila buatlah! Resepi boleh usha pada aku! Gerenti jadi tau!

Tapi menu yang paling aku suka adalah Cheesy Wedges yang aku buat(saja nak boldkan bagi semua nampak lagi jelas dan nyata)! Hahaha… MySpace Mestilah sedap sebab aku yang buat kan? Walaupun actually instant sahaja tapi yang penting rasanya lagi sedap daripada KFC punya (sebab kami punya memang lebih cheese tau!) Dan aku amat sukakan makanan ini dalam barisan makanan yang lain dalam menu hari tu.MySpace 1st Chessy Wedges ,MySpace 2nd Kek Blueberry! MySpace 3rd? Aku suka puding tauhu tu! Sedap sangat!!!!!!!! Tabik spring!!!!!! MySpace

Ada bagi comment aku nampak amat chubby masa ni. Ops! Berat aku naik berkilo-kilo akibat habit aku yang suka makan makanan manis-manis ni (terutamanya kek dan coklat!) Tapi ‘ada aku kisah’????!!!! MySpace Again jangan lupa klik sini untuk melihat dan mencuba resepi kek ini. Memang sedap dan tak rugi mencuba tau! Kalau dah cuba tu boleh sharing dengan aku, hehehe… MySpace

Then sebagai penutupnya, kami buat apam beras (yang memang sangat sedap kalau makan dengan nyiur muda) dan kek layer chocolate cheese.MySpace Yang layer tengah-tengah kek adalah cheese tau! Apam tu memang mengingatkan aku pada kampung halaman sebab Nenda memang suka betul makan apam beras ni. Dan aku pula tolong pilihkan warna pink sahaja bila dia beli di pasar malam. Hehehe… Nak buat macam mana, dah aku suka color pink kan? Aku kan bias kalau bab-bab warna ni. Hohoho… MySpace

Dan kek layer tu, aku tak berapa minat sangat sebab kek tu terasa dan bau telurnya kuat sangat. Maaf nak cakap ya, aku memang tak berapa makan sangat telur. Jadi bila bau kek ini kuat sangat dengan bau telur, memang aku surrender nak makan banyak.MySpace Tapi yang uniknya bila aku simpan dalam fridge, bau telur tidaklah sekuat seperti masa panas-panas selepas masak tu. Mungkin kena simpan peti sejuk dulu baru makan. Tapi bahagian coklat tu sedaplah! Cuma layer cheese tu sahaja yang mungkin perlu add on lagi esen vanilla nak cover rasa dan bau telur tu.

Dan inilah menu bersama (dengan Kak Nani) yang terakhir untuk aku rakamkan bersama.MySpace Selepas ini kami akan bercuti dan balik ke kampung halaman masing-masing dan aku dengan cuti sakit aku yang tidak pasti berapa lama. Tapi jangan risau, walaupun jauh di mata tapi dekat di handphone! Boleh SMS tanya resepi. Hehehe… Zaman dah maju kan? MySpace

Tapi sayanglah sebab tak sempat nak belajar buat kuih bijan berinti kacang hitam seperti yang aku habaq dulu. It’s okay, kalau ada jodoh; belajar juga aku membuat kuih tu. Hehehe… Jumpa lagi next entri. Daaa… MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s