iHeart : Segmen Makan-Masak-Makan


Bila Kak Nani datang SDK masa hujung-hujung minggu macam ni, memang berasaplah dapur rumah kami dengan bau-bauan makanan yang enak-enak.MySpace Asalnya Kak Nani datang sempena menyambut ulangtahun hari lahir Wani yang ke 26 tetapi selain dari itu ada jugalah agenda lain kami. Dan tak lain tak bukan, mestilah segmen masak-masak kami MySpace!

Aku dengan Wani memang dalam proses belajar memasak sempena nak tukar status PUAN tahun ini. Jadi, Kak Nanilah chef utama yang mengajar kami masak-masak ni semasa kami di SDK.MySpace Nanti balik kampung nanti, Ma (kalau Wani) dan Nenda (kalau aku) yang chef utamanya. Apa pun, selagi kita bernafas selagi itulah kita akan belajar sesuatu. Cuma malas atau rajin, itu masalahnya. MySpace

Mula-mula kami makan ikan putih (panggilan nama ikan ni di SDK) masak stim. Pergh, memang stim bila makan.MySpace Dan tak susah mana pun. Letak ikan, masuk cili padi, serai, halia, bawang, asam boi, tomato dan apa-apalah yang nak makan bersama-sama, kemudian kukus dia. Memang bau jangan ceritalah. Memang bersaliva dalam mulut aku bila aku tulis semula pengalaman masak ikan stim masa tu.MySpace Punyalah kuat aura stim tu. Insya-Allah, lain kali boleh praktikkan ikan stim ni. MySpace

Kemudian esoknya kami buat roti jala hijau dengan gulai darat (rempah-ratus diimport khas dari Kelantan).MySpace Serius aku akui yang aku tidak suka warna hijau tetapi disebabkan pewarna hijau sahaja yang ada, apa boleh buat [terpaksa aku pasrah sahaja].MySpace Yang menarik dan tertarik adalah, Kak Nani guna pakai bekas sos (kalau di Jepun) sebagai acuan roti jala. Memang nice jalinan roti jala moden ni. Tak sama dengan jalinan yang lama. Yang lama tu ada 5 lubang acuannya tapi yang ini ada 3 lubang sahaja. Lagi kemaslah bentuk jalinan roti jala. Dan yang paling penting, ini membuktikan manusia sudah menjadi semakin kreatif. MySpace

Dan inilah hasilnya kerja kami di dapur. Sedap sampai menjilat jari [ops, pinjam trademark KFC].MySpace Dan serius aku katakan, kamu mesti cuba resepi ini. Dan masa kami buat beramai-ramai macam ini, tak rasa leceh pun. Malah rasa seronok dan enjoy masa buat. Kalau tak percaya boleh cuba. MySpace

Kemudian petang tu kami buat pau berinti sambal sardin pula. Hohohoho, memang lembutlah pau tu. Dan sedap juga.MySpace Lain kali aku nak request buat pau inti kacang hitam pula sebab aku suka pau kacang hitam. Lagipun Kak Nani cakap pau kacang hitam boleh buat bentuk ros (macam sedap je bunyinya kan?) Tunggu ya, kalau ada buat nanti pasti aku upload dalam entri seterusnya. MySpace

Cuma disebabkan sambal sardin terlebih minyak, jadi pau kami ada yang kebocoran pula. Habis berminyak kertas yang kami lapik bawah pau tu. Jadi macam pau berdarah pula.MySpace Masa tu aku pun gelak kuat-kuat dan cakap, “Aiyark, pau kita period”. Habis semua gelak di dapur kuat-kuat jadinya.MySpace See, buat ramai-ramai tak rasa beban pun malah rasa tak sabar nak makan masa panas-panas. Kan aku cakap tadi, kalau tak percaya silalah cuba buat. MySpace

Oleh kerana hari bekerja sampai 6 hari, maka tidak banyaklah menu yang dapat kami buat kali ini. Insya-Allah lain kali akan berlambakan menu makanan hujung minggu kami.MySpace Dan aku sangat seronok sebab dapat belajar sesuatu yang baru. Dan bertukar-tukar cerita dengan Kak Nani dan Afwani di hujung minggu macam ini.MySpace Terasa tidaklah teruk sangat hidup di perantauan bila ada teman-teman seperjuangan berkumpul bergosip di hujung minggu macam ini [ops]. MySpace

Macam biasa, sila refer blog Kak Nani untuk mengetahui resepi.MySpace Aku menulis apa yang aku makan, bukan cara penyediaannya. Insya-Allah, kalau akan datang aku yang chef utama, pasti aku tukarkan entri dari menulis apa yang dimakan kepada apa yang disediakan untuk dimakan. Ahaks, tapi macam lambat lagi nak tunggu aku menulis yang “itu”. Sabar ok? Dan sila klik Nuwairani untuk cari resepi yang best-best okay? MySpace

P/S : Sebenarnya aku sangat suka bila Kak Nani datang sebab dapat makan makanan yang sedap banyak-banyak.MySpace Masa ini memang alat penimbang aku buat-buat tak nampak sebab aku tak mahu desire makan aku ini tercekik sebab jarum penunjuk alat penimbang tu menunjukkan ke nombor yang tidak aku sukai. MySpace Sebab aku tahu esok lusa aku timbang berat, pasti aku kecoh sebab angka tu naik lagi (padahal aku yang makan macam tak ingat esok lusa).MySpace Ahaks, drama-drama-drama… MySpace

Apa pun, esok aku kena mula berpuasa ni.MySpace Minggu ni makan macam tak ingat dunia. Hohohoho, seram pula nak menimbang berat esok.MySpace Ngeh ngeh ngeh… Jumpa lagi entri yang lain. Mungkin esok atau lusa, tapi definitely I’ll write something. MySpace

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s